Perangkap Cinta ii

Dah masuk 3 tahun kami bercerai. Fikiran aku dah boleh lupakan bayang-bayang dia. Tapi tangan aku gatal search nama dia di FB. Tak berharap pun masa tu tapi, tiba-tiba memang ada di search result. Aku stalk janda aku. Aku dah gila talak ke.

…………………….

Sepanjang tiga tahun ini, beribu-ribu kali otak aku mainkan balik saat-saat aku mengenali dia. Dua tahun kami berkawan, tak pernah aku nampak cacat cela pada dia. Lagi-lagi kalau moment perkahwinan pendek kami. Dia melayani aku cukup sempurna.

Dari situ aku mulai teringat satu persatu kata-kata dia, seolah-olah dia memang dah bagi aku hint tentang kebenaran diri dia. Pernah dia tanya pada aku, apa hukumnya belajar Al-Quran dari tafsir yang ada tulisan rumi. Aku jawab apa yang aku patut jawab, dan memang tak tersampai niat dia nak intro pada aku tentang keinginan dia belajar Quran. Pada saat aku luahkan hasrat mengahwini dia, ditanyakan pada aku semula, kalau saya tak sempurna, awak masih mahukan saya? Aku angguk beriya. Dalam kepala aku masa tu, apa sangat yang tak sempurna pada diri kau, wanita idaman. Dia tanya lagi, saya banyak kena belajar ilmu rumahtangga, ilmu Allah, awak sudi bimbing saya? Aku angguk lagi, dengan dalam kepala aku fikir, tak banyak aku kena didik dia melihatkan perwatakan dia. Aku selamat nikahi dia dengan mahar RM1,000 tunai.

Hari demi hari, aku terfikir sebenarnya bukan dia yang bermasalah, aku yang tak mendengar. Aku yang dah letakkan satu benchmark wanita sempurna, letakkan beban expectation yang tinggi pada dia sedangkan dia dah berkali-kali berikan aku klu mengenai diri dia.

Kami duduk berasingan selepas tamat tempoh iddah dia. Dia keluar dari rumah dengan membawa semua barangan miliknya. Ditinggalkan cincin nikah dan risik yang aku berikan padanya dulu. Ditinggal atas telekung yang berlipat rapi atas almari bilik, telekung pemberian sewaktu kami bertunang dulu. Telekung itu yang dia pakai, tepi almari itu tempat dia duduk bersimpuh merenung Al-Quran. Yang mana bacaannya mati setiap kali aku masuk ke bilik. Yang mana pernah aku melihat dia mengelap air mata memandang bisu pada helaian-helaian kitab itu. Hari ini baru aku dapat rasa pedihnya hati dia, ingin menyebut ayat-ayat suci itu tapi tak berdaya. Sebab suami dia tak tahu dia tak reti membaca, dan suami dia bebal tak dapat terima hakikat kelemahan dirinya. Bodoh nya aku ketika itu.kalaulah pedih ini dapat aku rasa waktu dia berterus terang pada aku malam itu, akan aku tarik tubuhnya dalam pelukan ku, cium keningnya dan sapu semua air mata dia. Betul lah aku dah gila. Bertahun aku berlagak tenang padahal aku tercari-cari bayangan dia. Allah balas aku cash, tapi aku tak rasa setimpal dengan apa yang aku lakukan pada dia. Aku bertaubat, tapi benar, dosa dengan manusia tak akan selesai selagi kau tak mohon ampun dari dia sendiri.

Selepas setahun bercerai, hati aku tak tenang, aku cari dia, tunggu dia di ofis lama tapi kawan-kawan dia cakap dia dah pindah. Aku tunggu rumah sewa dia macam stalker. Sakit hati aku tengok ada lelaki dalam 30-an drive kereta masuk. Suami baru kah? Sekali, perempuan yang menyambut di pintu bukan perempuan yang aku tunggu-tunggu. Lega hati aku macam apa tak tahu lah. Tapi misi aku belum selesai, aku mahu berdepan dengan dia, mohon maaf dari dia. Itu pun cukuplah kalaupun dia tak mahu kembali pada aku.

**aku kumpul kekuatan luar biasa untuk luahkan pengalaman ni. Maaf kalau dah macam cerpen ke novel ke, memang aku tak reti nak singkatkan. Agak panjang dan berperingkat sebab pengalaman bertahun-tahun dan aku pula agak sibuk. Semoga korang dapat baca habis sebab aku nak sangat kisah aku dijadikan pedoman hidup.**

bersambung

– Faizin Islam

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

64 Comments

    • Bukan senang nak tuliskan semula pengalaman pahit.. Kisah hidup dia.. Ni entah dia taip sambil nangis sebak ke apa.. Be consider.. Huhu walaupun semua nak tahu ending

  1. Teruskan confess.

    I know u r strong. Walaupun org kata mcm2 tp xmudah utk confess n admit silap.

    So, apa yg org duk kata tu, just ambil yg positif.

  2. Ish2. Macam2 …
    Siapa dapat detect dan dpt tangkap budak lelaki ni pls pm. Atau budak lelaki ni sendiri sila serahkan diri,laporkan diri pm akk. Nk offer jd penulis novel. Modal no worry. Ada ganjaran lumayan. Tapi ganjaran tu dpt lps akk jual habis novel budak lelaki ni ye. Jgn risau, dijamin sold out. Insyaallah. Best cerita dia ni. Akk serius ok…:))

  3. Face to face jela bro..its hard but u hv to..kalo tak hati xtenang..minta maaf dgn bks isteri..if ade peluang blh smbung blk..if not redha n terima kenyataan jodoh takat tu je..face the reality..

  4. *potong bawang*

    Moga Allah mudahkn. Kdg2, rse ble bace entri confessions smua yg wujud dlm page ni, ak rse mcm da bce novel. Tp, ni lah sbnrnye hakikt khidupn, dlm pahit psti ad mnisnya.

    #rollinginthedeep

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *