Aku tak mahu jadi seperti ibuku!

Assalamualaikum.

Ini adalah kali pertama aku menulis di laman seperti ini. Disiarkan atau tidak, ahh lantak. Aku perlu lepaskan semuanya.

Keluargaku tidak seperti keluarga bahagia yang lain, yang sentiasa penuh dengan kasih sayang dan gelak tawa. Menjadi anak sulung dalam keluarga, lebih memberi tekanan kepadaku. Kedua ibu bapa aku sentiasa dalam keadaan ingin mencari salah antara mereka. Bila aku dengan ibuku, dia mengungkit-ungkit tentang kemalasan ayah aku dan juga perangai ayah yang suka bertangguh. Dan apabila bersama dengan ayah, perangai ibuku pula yang dijadikan bahan, katanya ibuku suka sorokkan duit, dan tak peduli tentang dia. Aku yang di tengah-tengah, pecah kepala!

Mereka tak pernah peduli kalau pergaduhan mereka bagi kesan pada kami adik beradik. Aku kadang2 menangis seorang diri dalam bilik kerana terlalu tertekan mendengar pergaduhan mereka. Kadang2 di tempat yg public pun boleh jadi tempat mereka bertekak. Beberapa kali juga aku menahan malu di kedai makan bila ibu merajuk dgn ayah dan bergaduh disitu.

Adik-adikku bernasib baik, mereka semua duduk di asrama, tak perlu mengadap perangai kedua ibu ayahku yang hari-hari bertegang urat. (Ketika aku sedang menulis ini pun, mereka sedang bermasam muka.) Adik2 ku juga beruntung kerana keluarga kami sudah agak senang berbanding dulu. Cakap saja apa yg mereka mahu, ibu ayahku akan berikan. Mereka tak perlu bersusah payah ikut ayah mencari besi buruk, tebalkan muka kerana tak mampu membeli buku dan bayar yuran sekolah, dan tak perlu kongsi telur sebiji yang dipotong 3 utk makan tengahari seperti aku dulu!

Malangnya, ibu ayahku juga tak begitu bersyukur dengan nikmat rezeki yg diberi pada kami sekarang. Masing2 hanya ingin melepaskan diri, dan mengadu dia lah yg bekerja lebih dalam keluarga. Tp memang ayahku selalu mengelakkan diri dari tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Segalanya diuruskan oleh ibuku, dari makan, pakai, hal kedai kami, termasuklah mengecas handphone ayahku. Hal2 begini buatkan ibuku semakin penat dan agressif, sentiasa saja dia ingin menaikkan suara pada ayah, walaupun dalam hal yg kecil. Dan ayah pula tak sedar itu adalah akibat dari perangai malas dia juga. Ayahku juga sentiasa melebihkan orang luar dari keluarga sendiri.Pernah sekali, ada pekerja ayahku cuba utk melakukan hal yg tak elok padaku, aku ceritakan pada ibuku dan ibuku mengadu pada ayahku, agar dia tegur pekerja tersebut. Tapi lain pula yg berlaku, ibuku pula yg disalahkan kerana tak cuba halang perkara itu. Aku betul2 kecewa dgn sikap ayah ketika itu. Terasa gelap dunia kenangkan ayah sendiri tak cuba utk lindungi anak perempuan dan isterinya.

Aku sangat tertekan. Baru sekarang aku berpeluang duduk dengan keluarga sejak sekian lama aku berada di asrama kemudian terus ke universiti. Namun dalam masa beberapa bulan ini betul2 buatkan aku rasa nak pergi jauh dari sini.

Orang luar mudah berkata, bersyukurlah selagi ada ibu bapa. Jika aku tak bersyukur,dah lama aku buat perangai anak derhaka. Dan tak mungkin aku doakan mereka berubah!

Aku juga semakin takut dengan perkahwinan. Makin hari makin tak mahu rasanya libatkan lelaki dalam hidup aku. Paling menakutkan, perangaiku semakin hari makin seperti ibuku. Suka membentak dan sentiasa negatif. Aku tak mahu jadi seperti ibuku. Dan sesekali aku tak ingin bersuamikan lelaki seperti ayahku!

– Erra

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

iiumc.com/submit

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *