“Hati kau hitam!”
Apabila sang pendosa ditegur oleh si fulan tentang kesalahan diri mereka yang telah mereka kecapi selama bertahun nyawa dikandung badan dunia ini, dari situ tercetusnya benci dan memarahi terhadap srikandi mujahadah yang bersusah payah menegur diri mereka yang disaluti dosa.
Apakah terlalu hina diri mereka untul menegur kita yang berbuat dosa. Apakah engkau menganggap mereka adalah lebih muda dan tidak layak untuk memperbetulkan hati kita yang hitam ni? Hati hitam. Ah! Ketahuilah, titik hitam yang sudah lama bertapak di hati itulah yang menambahkan lagi kesombongan dalam diri yang sungguh hina.
Oh tuhan, adakah aku bersama mereka yang berhati hitam? Kenapa perlu aku untuk aku ego lalu menambahkan lagi kebodohan dalam diri aku? Mengapa perlu kita memburukkan lagi imej kita sebagai seorang khalifah di bumi ini?
Hanya istighfar sahaja yang dapat melunturkan bintik-bintik hitam yang bertakhta di hati ini, andai mampu untuk aku melihat bintik-bintik hitam dengan mata kasar, sudah tentu aku membasuhi ia dengan istighfar yang memanjang pagi dan malam.
Aku tahu terlalu susah untuk kita sedari bahawa ego kita sudah melebihi paras malah melimpah ruah. Ketahuilah, kesombongan yakni bintik hitam adalah perosak hati… Adakah hati aku hitam?
– Pena Sang Faqir
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->