redha dan keikhlasan

Mesti korang tertanya2.mencari keikhlasan apa?aku ada satu masalah,mungkin berat untuk aku hadam seorang diri,tersepit antara pilihan parents n pilihan diri sendiri.ini bukan soalan jodoh,ini mengenai pelajaran aku.mak ayah aku tak kisah aku nak ambil kos apa sekalipun,diaorang memang tak kisah,tapi yang kisahnya mereka nak tempat yang dekat dengan rumah,its mean tempat di mana keluarga aku tinggal,cth klo kau tinggal kat johor,means kau kena belajar kat johor jugak.masalahnya ialah bidng pilihan aku ada kat tempat lain yg sangat jauh,dan semestinya diorang tak benarkan walaupun mulut cakap pergilah..aku rasa pengalaman selama setahun yang memeritkan,sampai satu tahap aku rasa nak stop ja belajar.kenapa aku rasa perit??aku sendiri ada jawapannya,redha ibu bapa.pada awalnya ayah aku tk benarkan aku pergi belajar kat tempat itu,antara matrik dan upu,kedua2 dapat jauh,tapi itu upu adalah impian aku,akhirnya ayah aku benarkan,aku tak tahu sama ada diorang terpaksa benarkan atau ikut saja pilihan aku.dan selama setahun tu lah,aku berendam air mata,call mak ayah setiap hari,studi susah masuk,test selalu fail.mungkin ada yang akan cakap aku homesick,bukan setakat homesick,semua perasaan aku rasa.aku rasa down sangat,waktu tu aku terfikir,mungkin mak ayah aku terpaksa benarkan aku pergi dalam keadaan terpaksa.lepas dapat result untuk exam,aku bersyukur sangat2 sebab aku lulus kedua2 sem walaupun tk cemerlang,bila nk isi upu,aku jenuh berfikir,aku nak isi bidang apa yang menjaminkan aku akan belajar kat tempat tinggal aku,aku harus korbankan kehendak aku,allah,sungguh aku rasa sangat2 sedih,tak tahu hendak membuat pilihan.akhirnya aku isi satu kos ini,yang sememangnya dekat dengan rumah,dan yakin akan dapat alhamdulillah,aku dapat dan semestinya mak ayah aku pon gembira.ya lah sebab anak dekat dengan diorang.aku pon pada mulanya ikhlas,maybe ini yang terbaik,tak kisah untuk melupakan impian aku,sebab impian mak ayah aku lebih penting,untuk aku sentiasa ada dengan mereka.alhamdulillah result sem 1 elok sikit dari dulu,walaupun bukan dekan,tapi bila masuk sem seterusnya,aku rasa subjek semakin susah,ya lah engineering,bila perasaan itu datang,aku mula nak give up,mula nk fikir buruk,terfikir nak drop a few subjek yang aku rasa tak boleh bawak,alangkan bagusnya kalau aku isi apa yang aku hendak tu sebagai pilihan pertama aku,komfem dapat.aku dah mula rasa keikhalasan aku tu dah mula hilang,mula rasa nk menyesal.tapi kawan2 sentiasa cakap,mungkin ada hikmah disebalik semua ini,memang kita tak nampak hikmah sekarang,maybe Allah akan tunjukkan pada masa depan. Dan aku rasa lega walau stress dgn belajar,sekurang2 dua minggu,atau tiga minggu sekali aku dapat balik rumah,dapat tengok mak ayah,kelaarga,dapat makan masakan mak.itu yang membuatkan aku rasa bersyukur sangat2.kalau dulu,aku hanya akan balik bila cuti mid sem dan bila habis sem,sekarang bila2 masa ja aku boleh balik tengok diorang.mungkin org lain akan cakap mak ayah aku mengongkong,tapi aku tak rasa semua tu,malah bersyukur sangat sebab dapat mak ayah yang sentiasa nak tengok anak2 depan mata.hanya ada beberapa minggu lagi nak final,doakan aku dan kawan2 buat yang terbaik,dapat banggakan mak ayah.point disini ialah,redha ibu bapa.kalau kau nak jugak teruskan niat kau nak ambil kos yang memang kau minat gila,cuba untuk slow talk dengan diaorang,in shaa allah dioarang akan bagi.cuma aku,ada pilihan tapi aku buat pilihan untuk dekat dengan mak ayah,sebab aku dah ada pengalaman setahun yang perit.soal kerja,aku serah pada Allah,in shaa allah akan ada yang terbaik untuk aku…jangan mudah mengalah,jangan tentang mak ayah kalau pilihan mereka tak sama dengan mereka,cuba pujuk mereka,mesti jalan punya..hehee.itu saja aku nk kongsi,maybe ia tk menarik seperti konfession yang lain.ingat,bukan senang nak cari keikhlasan dalam benda yang kita tak jangka..

– tiada nama

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *