Assalamualaikum. First of all, aku bukan la budak UIA. Tapi aku suka scroll IIUM Confession.
Pada 6 May 2016, Fakulti Sains Kesihatan di UiTM Puncak Alam telah mengadakan perlawanan bola tampar sempena Festival Mega Sport of Health Sciences (Femos). Perlawanan ni diadakan di court bola tampar yang nun jauh dari pandangan semua orang. Di tempat terpencil di celah celah semak samun. Mana-mana student Palam akn dpt imagine where is the court situated. Dkt situ mmg ada court bola tampar je.
Nak dipendekkan cerita, lepas asar semalam, perlawanan masih lg berlangsung walaupun hujan lebat turun. Waktu itu jam sudah menunjukkan jam 5.30 ptg dan masih ada baki perlawanan yg tinggal. Untuk pulang ke kolej kediaman atau ke surau berdekatan bagi menunaikan solat, amatlah jauh dan memerlukan kami menunggu bas.
Tengah aku syok berlatih serve bola, aku terpandang 6 org pemain bola tampar lelaki ke hujung court. Aku perhatikan saja gerak geri mereka. Allah! Allah! Allah! Tahukah apa yg mereka lakukan? Mereka solat asar berjemaah! Di tengah hujan yang lebat mereka masih kuat utk sujud pada Ilahi.
Itu satu pandangan yang asing untuk diri aku. Aku tak pernah nampak pandangan seperti itu. Mata aku memang berkaca habis beb masa tu. Terasa hati ini disentuh. Ingin sahaja aku menyertai jemaah tersebut tp entahlah. Aku rasa terlalu pelik utk aku buat seperti itu. Aku rasa terasing. Tp sungguh, itu pandangan paling indah sepanjang aku hidup. Paling bermakna. Aku ada snap gambar mereka, tapi tak tahu pula mcm mana nak attach gambar tu dekat sini. Selepas kumpulan itu solat, ada sekumpulan lagi atlet lelaki berjemaah, pun aku tidak ikut serta. Sedihnya, aku nak join tp aku rasa sangat pelik utk berbuat demikian.
Aku tak sangka, nilai Islam masih lagi hidup di bumi Palam ini. Aku berharap satu hari nanti aku akan kuat seperti mereka, mampu menunaikan solat walau di mana sahaja berada dalam keadaan apa sekalipun. Sungguh, mereka telah membuka mataku, mengetuk pintu hati yg sekian lama jauh dari gapaian Islam. Terima kasih Allah hadiahkan aku pandangan sebegitu rupa. I am now trying utk berubah, be a true Muslim. In sha Allah!
Thanks admin approved.
– HAMBA KERDIL
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Kalau perasan ada 1 page fb yg famous selalu momokkan student palam ni jahat la. Callgirl la apa la. Aku sgt terkesan dgn post2 page tu. Pdhal diorang tak tahu the real situation here. Mai dtg fakulti health science, mostly student prmpn berbaju kurung dn bertudung. Jarang nk nmpk yg seksi meksi. Jd jgnla kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.. huhuhu.
Meran ke huhu
Kalau ada keinginan, insya Allah dipermudahkan.
Kalau tak biasa mgkn rasa pelik. Tp boleh cuba biasa kan dan cuba kwn dgn mereka2 tu.
Semoga dipermudahkan :)
Hati kau dah gelap sangat ke?
Dia ckp tak sgka nilai islam masih wujud kat palam..dia dh bg pandangan teruk pd org yg xpernah g palam. Huhu
Jaaaaap ! Palam tu apa?????
Oh puncak alam hahaha buffer jap td
Ha3..palam