Tersepit

Assalamualaikum,

Sekadar ingin berkongsi & mungkin ada yg boleh bagi pendapat atau nasihat untuk saya.
Saya pelajar ipta. Tahun lepas,sy dikejutkan dengan berita ayah sy kawin lain. Saat tu jugak sy menangis mcm sy pulak dimadukan. Hanya org yg pernah melalui saja akan faham sakitnya macam mana. Tp bila lihat ibu sy macam ok,sy pun cuba terima. Mungkin dah jodoh. siapa sy utk tolak ketentuan Tuhan.

Tapi sakitnya tak terhenti di situ. Bagi saya,mereka (ayah & bini baru) sangat melampau. Bergayut di telefon berjam-jam lagak org muda bercinta. Ber i love u bagai depan kami anak-beranak. mereka xpunya sense atau x boleh fikir benda simple macam tu?.. Kadang2 dah lewat malam pun si perempuan tu tetap telefon sedangkan malam itu giliran di rumah kami. Apa perasaan kami?

Depan bini baru diburuk2kan ibu sy. Cakap x pandai jaga pakai,makan & minum dia. Walhal sepanjang berbini baru nampak ibu sy jugak yg uruskan pakaian & makan. Tak tau apa pulak fungsi bini baru. Kalau dah nak sangat berbini baru sila la angkat kain baju kotor ke sana. Biar bini baru yg uruskan. Biar bini sana yg jaga makan minum.

Semenjak berbini baru ni jugak,duit dah jarang2 hulur. Banyak yg x bekerja dari bekerja. Kadang2 pegi pg balik petang gaya mcm org bekerja tp dt x pernah ada. Tak tau la ke mana. Sy kt ipt cuma berbekalkan duit pinjaman yg hanya berbaki beberapa ratus saja. Langsung x tanya khabar khabar duit ade ke tidak. Masih layak ke sy panggil dia ayah? Ingin rasanya mengatakan,”Sorry,u lost your daughter.” Kami dah x bertegur sapa. Sy hanya jawab bila dia bertanya. Utk memulakan perbualan tidak sama sekali. Takde senda gurau antara kami. Utk pandang mukanya pun sy x mampu. Kadang2 ibu sy yg cuba nak jernihkan keadaan antara kami. Minta dia hantar sy ke perhentian bas ketika pulang cuti mid-sem atau semester walau dia langsung x peduli & duit belanja langsung tak dihulur. Ibu masih minta sy hormat dia sebagai ayah. Minta dia balik ke rumah ketika sy ada supaya sy masih memandang yg baik2 tentang dia. Tp sy x mampu bila tengok ibu sy menangis sedih bila tak dipedulikan. ibu sy cuma bertahan demi anak2. Dan sy bertahan demi ibu & adik2 sy. Persoalan skrg,sy tak mahu jadi anak derhaka pada dia,tp sy jugak x mampu buang rasa marah & benci bila ingat air mata ibu sy yg jatuh kerana dia. Apa yg patut sy buat? sy berperang & tersepit dengan perasaan sendiri. Tak mahu jadi anak derhaka tp x mampu lagi dah nk hormat. Sisa-sisa hormat dah tak ada utk dia.

– Laila

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Gatai nak menikah lebih tapi tak paham tanggungjawab, ko sekolahkan je dia, send kat dia artikel2 pasal tanggungjawab nafkah dan jaga hati isteri. Ko share status Ustaz Ebit Lew tu banyak2 kat fb dia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *