Assalamualaikum para pembaca IIUMC. First of all, thanks to admin for publishing my story.
Aku Ain (bukan nama sebenar). Kisah yang akan aku ceritakan adalah bukan mengenai aku tetapi keluarga ayah saudaraku. Keluarga yang selalu di underestimate kan.
Keluarga yang aku ceritakan ini adalah keluarga abang kepada Abah aku. Kesemua 5 orang adik beradik Abah sudah berkeluarga dan menetap di kawasan perumahan yang sama.
Setiap phase pada kawasan taman perumahan itu hanya ada 10-12 rumah dan pada phase itu (rumah kami terletak) hanya ada 8 rumah yang dihuni. 6 daripada 8 rumah itu adalah dihuni oleh keluarga kami.
Aku terpaksa terangkan part ni supaya readers boleh bayangkan dan cerita aku ini berkait rapat dengan kedudukan rumah-rumah itu.
Pak Ngah merupakan abang kedua Abah. Pak Ngah mempunyai 6 orang anak. 2 Lelaki dan 4 perempuan.
Pak Ngah dan Mak Ngah masing-masing bekerja sebagai businessman dan cikgu. Keluarga Pak Ngah bagiku adalah paling kurang menonjol dalam keluarga-keluarga kami.
Maksudku disini kurang menonjol dalam hubungan kekeluargaan. Neither relationship in real life nor virtually. Bagiku anak-anak Pak Ngahlah sepupu-sepupuku yang paling jarang aku temui. Oleh kerana kurang bergaul itulah mereka selalu dipandang rendah.
Berlatarkan keluarga-keluarga yang bolehlah dikira kuat beribadah, kami sepertinya selalu berlumba-lumba untuk menunjukkan keluarga siapa lagi lebih kuat beribadah. Itulah norma kehidupan keluarga anak-anak Tok Abah dan Tok Ma.
Pada mulanya aku seperti benda itu biasa dan wajib untuk dilaksanakan tetapi aku tau semua itu sebenarnya berunsurkan riak.
Whatsapp group keluarga kami penuh dengan kata-kata bangga daripada ibubapa yang memuji anak-anak mereka beramal soleh.
Contohnya jika abangku bangun qiam, Umi atau Abah mesti mengkhabarkannya didalam whatsapp group berserta gambar dan caption seperti bangga akan anak.
Bukan hanya Umi dan Abah yang buat malah hampir semua dari pasangan Pak Long dan Mak Long sampailah ke keluarga Mak Su dan Paksu.
Bukan hanya ibubapa yang lakukan tetapi anak-anak juga terutamanya anak-anak Pak Long dan Mak Long kerana mereka sudah berumur menjangkaui 30 tahun. Masing2 berlumba-lumba menunjukkan diri/ keluarga mereka adalah yang terbaik.
Beribadat untuk siapa pun aku tak faham. Ikhlas kerana Allah atau kerana pujian manusia semata2? Namun, ada sebuah keluarga yang tak pernah sekalipun berbuat sedemikian.
Ya, keluarga Pak Ngah. Nama Pak Ngah, Mak Ngah dan anak2 mereka hanya muncul apabila ada sesuatu yang penting contohnya menjemput datang ke rumah untuk open house.
Sikap keluarga Pak Ngah yang sedemikianlah menyebabkan kami mempunyai tanggapan buruk terhadap mereka. Bagi kami, anak-anak Pak Ngah dan Mak Ngah juga turut kurang menonjol dalam beribadah.
Anak-anak Pak Ngah dan Mak Ngah sangat bijak dalam akademik. Tanggapan buruk kami terhadap mereka menyebabkan keluarga itu selalu disisihkan.
Rumah Pak Ngah terletak di tengah2 antara rumah keluargaku dan keluarga Pak Long tetapi bagi kami, rumah itu seolah-olah tidak berpenghuni.
Mereka disisihkan sejak bertahun. Kerana disisihkan itulah hubungan adik beradik mereka sangat kukuh. Petang2 begitu kami akan nampak anak-anak Pak Ngah keluar beriadah di hadapan rumah atau dikawasan rumah.
Rumah-rumah disitu adalah satu lot banglo. So, setiap rumah mempunyai halaman yang besar. Walaupun mereka disisihkan, mereka tak pernah menyisihkan orang lain.
Mereka taklah seperamah mana tetapi rasa hormat mereka pada orang lain sangat tinggi. Tanggapanku pada mereka mula meluntur apabila aku tak dapat ikut keluargaku dan yang lain pergi menunaikan umrah hujung tahun lepas kerana aku sedang menduduki spm.
Aku diminta oleh Abahku untuk tinggal sementara dirumah Pak Ngah. Kehadiranku dirumah itu adalah sangat diraikan oleh Mak Ngah dan sepupu2ku.
Tanggapanku pada mereka ialah bagiku mereka kurang menitikberatkan bab solat. Mungkin solat tetapi diakhir2 waktu.
Membaca Al-Quran mungkin hanya seminggu sekali, bersosial tinggi kerana rata-rata mereka mempunyai followers instagram 2000++ dan kerap post gambar kat ig. Aku tak nafikan yang anak-anak Pak Ngah semuanya mempunyai rupa yang menarik.
Sudahlah berwajah cantik/ kacak, bijak pulak tu so ofc mereka mempunyai girlfriend/ boyfriend. Couple is haram, kan. Namun tanggapanku betul2 meleset. Apa yang aku nampak dan aku fikirkan jauh berbeza.
Tinggal dirumah Pak Ngah itulah menyedarkan aku akan beribadah itu adalah rahsia antara kau dan Tuhanmu. Time tu lah, aku baru tahu sebenarnya keluarga Pak Ngah mengamalkan konsep solat jemaah untuk setiap waktu solat.
Anak-anak Pak Ngah ada yang sedang berada di universiti untuk sarjana muda, ada yang baru habis spm, ada yang sedang menduduki spm sepertiku dan bersekolah menengah.
Pak Ngah selalu tekankan pada anak-anak sesibuk mana pun cubalah untuk solat berjemaah. Solat berjemaah maksudnya solat on time. Keluarga Pak Ngah juga turut mengamalkan konsep Quran hour pada waktu diantara Maghrib dan Isyak.
Ketika itu rumah mereka riuh dengan bacaan Al-Quran. Keadaan itu membuatkan aku terfikir kalaulah Pak Ngah dan Mak Ngah macam yang lain sudah pasti group itu sentiasa bermesej dengan gambar2 keluarga ini beribadah.
Hanya Allah yang tau betapa malunya aku mengagumi pujian manusia daripada pujian Yang Maha Esa. There’s a night bila aku terjaga kerana Mak Ngah mengejutkan anaknya yang aku berkongsi bilik untuk Qiam.
Mak Ngah menyuruh anaknya untuk tidak berbuat bising kerana takut aku terjaga kerana time tu aku baru saja melelapkan mata kerana mengulangkaji subjek untuk paper seterusnya. Bukan bab ibadah saja mereka perform, bab akhlak juga.
Pernah sekali tu kami tengah hi-tea di halaman rumah, aku bertanya kepada cousin2 ku jika mereka tau kisah cousin kami ditangkap khalwat. cerita ini berlaku pada 2018.
Keenam-enam mereka rupanya tak tau pun kisah itu berlaku. Since diorang tak tau akan cerita tu, aku pun dengan mood nak bergossip ceritakan dari A-Z kepada mereka.
Masa kami dinner bersama2, anak Pak Ngah yang sebaya dengan aku, bertanya kepada Ayah dan Ibu nya berkenaan cerita itu. Pak Ngah dan Mak Ngah tau sebenarnya tapi Pak Ngah kata itu aib orang sebab tu dia taknak cerita.
Aib orang tu bukan untuk dijajah. Sentap lah jugak aku time tu tapi moment tu ajar aku tentang kepentingan menjaga aib orang dan diri sendiri.
Ada satu lagi benda yang paling aku suka dalam keluarga Pak Ngah ni ialah perbincangan ilmiah mereka. Setiap hari, Pak Ngah akan bawa satu topic biasanya isu semasa dan semua orang kena bagi pandangan masing2, dengan aku sekali terikut bagi pandangan.
Semua pandangan mereka horm4ti. Any opinion will be accepted as long you’ve the ideas about the topic.
Semua pandangan mereka sangat matang dan penuh dengan ilmu dan cadangan, anak bongsu Pak Ngah pun yang baru memasuki alam sekolah menengah sudah matang dalam memberi pandangan.
Keluarga Pak Ngah sangat menitikberatkan konsep think before you speak. 2 minggu aku disana, sekali pun aku tak pernah dengar mereka bergosip akan perangai buruk orang lain.
Paling pun, mereka hanya mengusik perangai buruk adik beradik mereka. Sumpah, aku kagum dengan keluarga itu.
Pengalaman tinggal bersama keluarga Pak Ngah selama 2 minggu itu banyak mengajar aku erti kehidupan. Betullah cakap orang, say something reasonable or stay quiet. Makin banyak kita cakap makin terserlah segala khilaf.
Pengalaman indah tinggal dirumah itu membuatkan aku menangis ketika Abah dan Umi mengajakku pulang ke rumah setelah mereka pulang dari menunaikan umrah.
Aku ceritakan semua yang aku nampak akan keluarga Pak Ngah kepada Umi dan Abah. Pada mulanya, Umi dan Abah tak percaya tapi setelah aku cerita secara detail, Abah dan Umi pun berasa kagum akan keluarga Pak Ngah.
Alhamdulillah sejak dari itu, Umi, Abah dan adik beradikku mula mengurangkan habit menunjuk2. Walaupun masih ada, namun aku bersyukur kerana sedikit sebanyak mereka mula faham konsep ibadah itu rahsia antara kau dengan Tuhanmu.
Kalau Tok Ba dan Tok Ma masih ada, mesti mereka bangga punyai anak, menantu dan cucu-cucu seperti keluarga Pak Ngah.
Terima Kasih, Keluarga Pak Ngah .
P/s: Maafkan aku jika penulisanku terlalu panjang dan sukar difahami. Gaya bahasa ku mungkin sedikit baku kerana aku merupakan pelajar sastera hahahahaha.
Moral of the story: kita bukan Tuhan untuk menghukum seseorang. Kita hanya manusia biasa penuh salah dan khilaf. Jangan kita menilai seseorang hanya pada luaran. Respect others like you want people to respect you.
Selamat Hari Raya Aidiladha <3
– Ainn (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit