Emas III

Untuk part I, (https://iiumc.com/emas/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/emas-ii/).

Assalammualaikum wbt pembaca semua.. Harap tak seriklah ya jumpa saya lagi di ruang confession ni. (Sengih sendiri).

Sebenarnya saya ada je masa menulis ni. Free je almaklum cuti sekarang raya qurban kan. Budak- budak saya dah besar pun. Jadi adalah saya masa terluang sikit nak menulis.

Mungkin ada beberapa komen pembaca saya tak terjawab secara keseluruhan. Tapi bila kita menulis kita tulis yang ada difikiran saja pada masa tersebut.

Jadi ada beberapa perkara kita nak tulis nak sampaikan jadi terlupa balik. Bila baca tulisan sendiri ala napa aku tak cakap mcaam ni yer.

Macam tertinggal sesuatu. Kannn.. Sebab tu lah adanya Emas II.. nak perbetulkan balik tanggapan para pembaca. Sekarang tajuk Emas III dah. Masih ada rasanya berhutang sesuatu dengan pembaca.

Seperti confession lain juga ada sambungan kedua ketiga dan seterusnya berdasarkan komen-komen pembaca dan khilaf kita semasa menulis.

Semasa saya menaip ni pun Emas II belum disiarkan. Tapi saya rasa perlu untuk menyambung cerita kerana saya rasa masih tak lengkap dan tak semua dapat saya sampaikan.

Macam saya pun sebenarnya kurang arif juga bab arrahnu ni. Tahu menggadai je. Sama ada kita pergi arrahnu ni kita pergi pajak or menggadai sebenarnya. Tapi bahasa lebih mudah gadai je orang tahu.

Staf arrahnu pun sama juga. Nak menggadai ke Puan? Bukan dorang tanya nak pajak ke? hah macam tu..

Jadi rata-rata kebanyakkan orang akan cakap gadai. Sebab dari dulu dicanang-canang sebut je arrahnu orang akan fikir gadai emas. Betullah tu kot tempat menggadai emas.

Saya bagi pengertian sikit ye saya petik dari pencarian kat google :

Apa Itu Ar-Rahnu?

Ar-Rahnu adalah satu Skim Pajak Gadai Islam yang berlandaskan shariah. Perkataan Ar-Rahnu adalah berasal daripada bahasa Arab (Rahn) yang membawa maksud gadai.

Objektif Ar-Rahnu adalah sama dengan pembiayaan peribadi, iaitu untuk mendapatkan wang tunai tetapi dengan mencagarkan emas.

Sekurang-kurangnya peminjam tidak begitu terbeban jika tidak mampu membayar semula pembiayaan kerana telah dicagarkan dengan emas.

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) adalah pencetus idea dalam memperkenalkan Ar-Rahnu di Malaysia sebelum diikuti institusi lain,

Seperti Kedai Al-Rahn (KAR) yang dimiliki oleh Permodalan Kelantan Berhad dan Muassasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT) yang telah ditubuhkan oleh kerajaan Negeri Terengganu.

Ar-Rahnu Semakin Meluas

Pada masa sekarang, bank dan koperasi juga ada menawarkan Skim Ar-Rahnu ini.

Apa yang untungnya, peminjam tidak dikenakan kadar keuntungan sebaliknya hanya dikenakan upah simpan, itu pun dengan caj yang minima.

Surah al-Baqarah ayat 283 juga ada menerangkan perihal gadaian ketika berhutang.

Konsep Ar-Rahnu ini boleh dikatakan situasi menang-menang di antara pembiaya dan peminjam, kerana pembiaya memegang emas milik peminjam manakala peminjam mendapat wang tunai.

..………………………………………………………….

Itu sedikit pengertian untuk pembaca yang masih belum mengetahui apa itu arrahnu. Tapi itulah bila melibatkan hukum menggadai untuk beli sesuatu memang saya kurang arif.

Dulu saya terikut dan terjebak bersama kawan-kawan bila dapat tahu kita boleh menggadai untuk membeli emas.

Memang kebanyakkan orang sekarang pun begitu. Mungkin dari segi hukum ada yang belum mengetahuinya.

Jadi mana yang tahu tu alhamdulillah. Lepas ni saya beringatlah sudah. Sebab saya pun baru ternampak pasal fatwa yang dishare tu dalam komen pembaca. Terima kasih ye.

Upah simpan pulak. Bila kita menggadai biasa upah simpan akan dikenakan ke atas jumlah yang dipinjam.

Sehari kadang ada berpuluh sen beringgit puluh2 beratus sehari pun ada. Bergantung pada jumlah pinjaman. Sikit pinjaman sikitlah upah. Banyak pinjaman banyaklah upah. Jadi kiralah sebulan berapa.

Contohlah upah simpan sehari RM0.40. Pastu kira sebulan RM0.40 x 30 hari =RM12.00 sebulan. Itu upah simpan untuk sebulan yang perlu Tuan/Puan bayar ye.

Tapi ada juga kadangnya tamat tempoh gadaian baru nak pergi Arrahnu membayar upah simpan. Jadi kalau tempoh gadaian 6 bulan = RM72.00 (RM12.00 x 6 bulan) ye Tuan/Puan.

Kalau nak tebus sekali tebus jelah time tu. Bayar pinjaman + upah simpan terus. Setel. Emas pun dapat balik. Tapi terpulang pada masing-masing kadang tak sampai sebulan menggadai emas dah tebus balik.

Oklah tu setel sudah. Mungkin masa dia menggadai tu betul-betul suntuk. Tup-tup lepas menggadai ada kawan bayar hutang. Bolehlah tebus terus..kan kan..

Bab tebus lagi. Tebus ni sebenarnya bila-masa juga boleh tebus. Tebus ni ada juga kalau kita gadai banyak emas contoh kadang sampai 5 item. cCntohlah kan… Kita boleh tebus dulu mana item yang paling sikit nilainya.

Contoh dalam 5 item tu ada cincin/loket 1g lebih. Anggaranlah RM230.00. Jadi kita tebuslah tu dulu. Tak ada masalah. Tapi kat surat gadaian staff arrahnu akan ubah dan print balik.

Sebab dah tebus 1, pinjaman dah berkurangkan dan upah simpan pun akan berkurang juga. Dorang kira balik dan bagi surat gadaian baru. Ok next month boleh lagi tebus mana lagi nilai yang rendah. Setel di situ.

Tapi bagi yang masih tak mampu nak tebus-tebus bayar je upah simpan sambung lagi sampailah kita dapat tebus balik. Tapi bergantung pada arrahnu mana Tuan/Puan pergi.

Macam bank tak tahu plak. Macam pernah tanya kawan kat arrahnu bank tempat dia kerja tu bagitahu dalam tempoh 5 tahun sahaja. Lepas itu lagi inkes kalau masih tak tertebus upah simpan pun tak terbayar iulah tu akan jadi barang lelongan.

Cuma itulah, yang sebenarnya saya bagitahu ni berdasarkan pengalaman saya berurusan dengan arrahnu ye. Apapun untuk yang lebih lanjut bolehlah berhubung dengan mana-mana cawangan Arrahnu.

Yelah kita tak boleh samakan keadaan kita dengan orang juga. Mungkin ada sesetengah orang suka main kutu emas. Tak sanggup nak pergi arrahnu bayar upah simpan apa, mainlah kutu emas. Ada juga simpan bulan-bulan duit beli emas atau goldbar.

Ada dapat gaji terus je pergi kedai membeli emas. Ada tunggu suami bonus barulah kita dapat membeli emas. Tapi itulah selera semua berbeza-beza. Cita rasa kita semua tak sama. Fikiran kita pun tak sama. Pelan dan tindakan kita berbeza-beza.

Jadi saya just berkongsi sahaja pengalaman saya ni. Ada manfaat kita dapat ambil. Kalau tak de abaikan je. Dapat hasil gadaian bayarlah apa yang telah Tuan/Puan rancang sebelumnya dan tujuan utama ke arrahnu. Itu sahaja.

Mungkin rasanya ni last kot saya tulis. Saya rasa dah semua saya sampaikan apa yang saya kurang pada cerita saya sebelum ini. Cukuplah sudah kan (ketawa).

Apapun terima kasih banyak pada admin dan pembaca semua. Maaf jika masih ada terkurang. Jumpa lagi. In Shaa Allah… Babaiiii.

– Rama-Rama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit