Housewife Tanpa Sengaja II

Untuk part I, (https://iiumc.com/housewife-tanpa-sengaja/).

Assalamualaikum guys! I’m back hahaha. Aku dah go thru comment satu persatu. Sereeemm tengok abang-abang komen. Senyum-senyum tengok kakak-kakak mengomen jugak.

Anyway, terima kasih semua atas komen-komen yang positif. I loike!

Ada yang komen TERLALU MENGEJAR KESEMPURNAAN.

Yes! Awalnya itu yang aku buat. Sebab aku tak pernah standby one day kena duduk rumah jadi housewife sepenuh masa.

Sebelum ni tengok mak-mak lain duduk rumah, kita nampak semua smooth je kan. Senang jelah duduk rumah ni. Semua dah tersedia. Tapi orang tak tahu nak sediakan kan tu banyak step-step kena ikut.

Impian aku nak kerja sampai pencen kunun tapi perancangan Allah tu hebat. Sekejap je boleh berbalik. Jadinya, aku tak pandai manage masa aku. Kekok.

Duduk rumah baru tahu penatnya mengejar kesempurnaan dengan orang sekeliling aku siap mention banyak kali,

“Dah duduk rumah ni seronok lah tak payah fikir banyak benda”.

“Awalnya duduk rumah tak sayang ke gaji yang berkepuk tu”.

“Wahh makin kembang badan senang hati. Mana taknya makan tidur je kat rumah kan”.

Awalnya, aku memang down. Sensitif dengar asyik orang cakap HOUSEWIFE ni macam useless. Tak membantu suami. Struggle dengan anak-anak lagi. Sebab tu aku sampai mengamuk. Kat otak ni stress dengar cakap-cakap orang yang tak faham situasi kita ni.

BAIK KERJA DARI DUDUK RUMAH. Sis, lain ya bekerja dengan duduk rumah 24 hour. Kerja, malam baru nampak anak-anak kan. Pukul 9 anak-anak dah membuta. Siang ada ke kita tengok anak kita buat apa? Lain sis. Jangan sama kan.

Masa aku kerja, aku ni siap menghitung tak zzabar nak hari isnin sebab weekend stress jaga anak. Tu baru cuti 2 hari babe. Stress ya amat. Laki aku siap cakap, duduk rumah asyik gaduh dengan anak. Hahaha. Ni ambik kau kena hadap anak 24 jam. Tercyduk lagi.

NASIB BAIK CONFESSOR NI SEDAR DIRI. Sedar diri dah sis >.< hahaha. Tak pernah rasa ada dendam dengan anak-anak. Awal-awal je terkujat terkijut. Rasa nak lesing anak tu banyak kali. Tapi cakap jelah buatnya idak.

Sekarang ni kalau aku marah anak tak dengar kata. Aku mengucap tu dengan nada tegas kuat-kuat. Hambik kau mencicit terus buat. Yang baby biasalah tak makan saman lagi-lagi baru dapat kaki. Nak kaki kan tak sampai hati hahahaha.

Anak aku yang sulong baru 3 tahun. Hat ni yang kuat mencabar aku. Tercyduk banyak kali. Kalau aku geram dengan dia aku gomol dia main gusti. Nak pukul tak sampai hati. Sambil gomol sambil lepas geram. Pastu tengok dia gelak dah hilang marah aku. Settle.

Sepanjang PKP aku ajar dia potty training. Jenuh jugak awal-awal. Nasib baik dia jenis cepat faham. Berbulu tengok dia kencing pancut merata kat toilet. Senang hati sangat. Tepuk dahi. Takpelah anak asalkan kau faham.

Bab makan pulak, anak aku ni kira stok-stok macam anak cik piya tu tapi tak boleh lawan dia hahaha. Dia tak gemuk lembik tapi dia sado. Badan tegap kental macam tu. Masak bihun ke mee goreng habis kat dia je.

Bila aku tegur tanya bukan tadi dah makan ke. Boleh buat mengamuk woi. So aku kena pastikan stok makanan kena always ada. Kadang-kadang lauk dah habis aku takut nak cakap dengan laki aku.

Selalu aku yang keluar duit belanja barang basah. Ni dia yang kena buat. Bila aku masak sardin tu dia faham lah lauk basah dah habis. Kang esok dapat lah makan ayam. Sayur tak payah risau tunggu masa je petik depan rumah. Ehek!

Pastu ada komen ramai pulak senasib dengan aku. Bertabah lah sistor-sistor. Bukan kita yang mintak, tu semua asbab je untuk kita fokus dengan keluarga.

BE POSITIVE! kang nanti duk negatif je air susu tak keluar sis hahaha. Persetankan mulut-mulut asal hado tu. lain orang lain rezeki.

Sepatutnya rezeki kami dapat bantuan M40 terus jatuh pangkat B40 tau. Kat situ pun korang boleh tahukan pendapatan laki aku berapa. Tambah-tambah lagi sekarang gaji kena potong 70%. Alhamdulillah masih cukup.

Bertambah cukup dan sentiasa cukup. So tugas aku kena sentiasa cukupkan untuk keluarga. Paling jahat pun aku shopping shoppee biji benih sayur-sayur je hahaha… rambang mata! Ni otw tunggu benih strawberry pulak. Kita tengok pegi jauh mana.

HOBI BERKEBUN. Tak pernah terfikir jatuh minat nak berkebun. Langsung takdok. Before ni tanam serai pun hidup segan m4ti tak mau. Bukan jaga pun. Pi lantak sana.

Sibuk weekdays dah kerja weekend 2 hari tu berkira lah nak rehat puas-puas. Jiran-jiran aku pun sekarang tiru aku tanam sayur.

Betul-betul berpengaruh aku kan muhahaha. Tanam Bunga ke sayur tak kisah sis. Ada kata tak pernah minat ke apa. Terpulang. Kan aku cakap cari hobi apa yang kita minat. Aku ni tanam main taram je. Laki bini cari source kat goggle je.

Yang taram ni lah jagung aku dah tinggi 3 kaki. Aicehhh.. terung takde sis. Tak naik-naik. Mencik! Yaaa kita tanam tembikai awak. Omel-omel je.

Hahaha korang doa lah mana tahu kebun aku ni meriah keluarkan hasil boleh lah open table depan rumah. Dua singgit dua singgit!!

RUMAH KITA RULES KITA. Lagi sekali betul! Kau takkan dapat rumah PERFERCT macam rumah Cindelela unless kau ada maid. Kau suruh je dia sental habis. Sekarang ni kita cerita kita ni yang ada 2 tangan saja. So kat sini siapa yang main peranan?

HUSBAND. Abang sayang korang lah. Ajar dia jangan terlalu cerewet. Ringankan tugas masing-masing. Tak kisah lah isteri kerja ke tak kerja. Kerja rumah SAMA-SAMA BUAT. Masa kerja, isnin-jumaat memang tunggang langgang rumah. Aku lantakkan je. Nahh sabtu-ahad.

Time ni memang gotong royong kemas rumah. Oh ya! Aku ni dapat laki pelawak. Aku kentut pun benda tu jadi lawak kat dia. Nanti dia bahan lah aku. Kami ni macam budak-budak. Kuat bergurau benda mengarut.

Laki aku sapu aku mop. Dia kibas karpet sampai berdebu muka aku. Cuci aircond yang habuk berkilo tang-tang tu lah tangan dia melekap kat pipi aku. Uihh nahh!

Korang nampak tak kat situ? Kasih sayang kami tak pudar. Aicehhh hahaha. Bak kata anak buah aku, “macam tak pernah jumpa bini” kekekee.. ni mesti mak bapak kau tak pernah buat kan?

Ye wehh mak ayah diorang tak pernah mesra depan anak. Aku peluk tangan laki aku pun diorang meluat. Hahaha

Husband jangan pandai arah je. Tolong sekali. Aku yang duduk rumah ni toys sepah-sepah. Malam nanti time aku tidurkan anak-anak, laki aku kemas rumah. Alhamdulillah dia membantu. Sangat membantu. Cerewet pun tidak.

Tugas kami bagi sama rata. Anak no 1 dia akan mandikan siap semua. No 2 aku yang buat. Kat luar pun sama. Kami dah siap bahagikan tugas. Takde lebih kurang. Rezeki aku dapat suami yang faham. Tak hensem takpe janji rajin eheks!

Pokoknya kau housewife ke bekerja ke yang penting kau HAPPY. Pandai-pandai lah bahagikan masa. Keluarga kita rules kita kan.

Aku dah jenuh asyik NEGATIVE je sebelum ni. Start menyusukan anak aku yang kedua ni aku sendiri belajar POSITIVE. Tak mau stress nanti susu kurang.

Tak mau negatif nanti susu tak keluar. Start tu aku banyak happy. Fikir diri sendiri. Laki aku bagi je ME TIME tapi aku tak nak. Keluar dengan kawan-kawan tanpa anak.

Aku tak boleh. Bagi aku ME TIME aku keluar jalan-jalan dengan family kecil aku ni. Tu dah puas tengok anak-anak happy.

Packing baju anak-anak tau-tau dah sampai port dickson. Mandi-mandi jalan makan cukup masa balik. Happy dah tu. Kami tak mewah mana kami mampu kami buat yang terbaik.

Tak dapat jalan jauh pusing-pusing dalam kereta pekena ais krim mekdi fries kepci pun dah happy jugak. Jalan 12 pagi singgah 7e share maggi cup tu pun berbunga sangat dah rasa.

Kami tak reti jalan kat Mall. Sebab tak tahu nak buat apa selain makan. Nak shopping minat takde. Aku lagi prefer online. So kami lagi prefer jalan dalam kereta main pusing-pusing cari makan tempat viral area lembah klang ni. Hahaha syiok uih.. mana lah badan tak naik aihhh..

Bertabah, bersabar dan bertahan. Jangan ikutkan perasaan dan amarah. Kalau rasa nak lesing anak apa kata kau smackdown gurau-gurau dengan dia. Geletek anak-anak. Layan upin ipin pinkfong dengan diorang. Lagu pinkfong semua aku hafal siap joget.

Rumah tu pandai-pandai lah kita urus. Kita yang hadapkan. Buat jadual sendiri. Jangan takut bagitahu suami apa yang kita rasa. Jangan pendam. Kita marah hari ni kita sedih hari ni luahkan.

Duduk rumah ni kita tak ada kawan sangat. Kita ada anak-anak dan suami. My husband is my BFF dunia akhirat. Kami takde apa rahsia. Alhamdulillah kami jarang bergaduh. Sebab benda kecik pun kami luahkan.

Ha! Jangan nak amalkan membawang petang-petang dengan jiran. No good! Pi siram pokok. Jiran aku ni dapat geng membawang azan maghrib pun tak reti masuk lagi. Pengajaran tu jangan follow.

P/s: aci tak nak tunjuk gambar-gambar kebun aku kat sini? Ahaks!

– GardenPot (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit