Emas II

Untuk part I, (https://iiumc.com/emas/).

Assalammualaikum buat semua pembaca. Ingat saya lagi tak si rama-rama yang cerita pasal emas itu. Saya ada terbaca salah seorang komen pembaca. Katanya tak perlu letak hahaha hihihi huhuhu hehehe..

Maaflah sebenarnya saya terikut beberapa penulisan confessor yang lain sebelum ini. Saya rasa bukan saya seorang saja. Tapi mungkin itu adalah ekpresi penulis dalam menulis karyanya.

Sebab kadang kalau dia letak hahaha autom4tik kita akan ketawa.. kalau hihihi or hehehe kita boleh tersenyum sendiri. Betul tak?

Tapi betul lah komen pembaca tu, bila saya baca balik apa yang saya tulis ntah apa-apa hahaha nya hihihinya huhuhunya.. Sebenarnya memang tak ada fungsi pun (saya ketawa sebenarnya ni mengenang apa yang saya tulis) Maaf ya pembaca. (Senyum).

Dan satu lagi sebelum ke perenggan berikutnya saya harap pembaca faham apa-apa juga yang saya tulis adalah pendapat dan pandangan saya sendiri ye.

Sama seperti confessor yang lain. Biasa di akhir perenggan ke awal ke tengah perenggan je akan ada contoh ye ayat ‘apapun terpulang pada pendapat dan pandangan masing-masing.’ (Peace).

Ok yang keduanya macam ada beberapa komen juga saya baca, sebenarnya bila kita gadai emas di arrahnu sebenarnya bukan istilah menjual emas ye. Kita menggadai emas.

Kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah pergi ke Arrahnu berdekatan ataupun telefon pejabat Arrahnu. Google je. Sebab saya tak berapa pakar dalam hal ni tahu menggadai je. (Sengih).

Tapi ada beberapa arrahnu juga membeli emas kita kalau nak jual. Kot ada emas-emas lama yang dah kemek ke or lebihan emas ke.. kalau dulu beli gelang tangan panjang sampai laut china selatan.. pastu potong. Jadi lebihan tu kita boleh jual. Dapat duit kan..

Setakat ni yang saya tahu Arrahnu Yapiem dan Pos Arrahnu (Pejabat Pos) membeli emas sekiranya kita hendak menjual. Dan tak ada istilah trade in di Arrahnu. Nama pun pajak gadai Islam kan.

Apapun sebarang pertanyaan lanjut boleh juga hubungi Arrahnu berdekatan ye. (Senyum).

Yang ketiganya saya dah bagitahu kat cerita saya tu (kalau pembaca rajin baca balik) saya memang suka kepada emas. Sebab tu saya suka membeli. Dan kalau dah memang berkenan memang saya akan beli. Dan saya tak adalah juga nak beli yang terkini ke apa asal berkenan.

Untuk pengetahuan saya ada juga saya beli dengan duit simpanan/ gaji saya/ duit suami tambah sikit bukan berharap pada gadaian semata. Tambah sekarang ada moratorium dan bonus, BPN, semasa PKP tu rasa saya masih dapat membeli emas.

Tak payah beli emas yang beribu ribu kg or beratus ratus gram ke berpuluh puluh kg ke cukup 1g-5g dah memadai. Untuk simpanan.

Contoh beli anting-anting.. pun ada tak sampai pun 1g. Loket ke cincin ke.. Mungkin kalau emas bawah 1g sebelum harga naik 100-200++. Dan saya ada bagitahu kat cerita saya hanya ada satu surat lagi untuk saya setelkan.

Sebelum berakhir moratorium ni saya akan tebus balik. Biasanya juga bila saya menggadai, saya beli untuk harga emas yang lagi mahal. Yang berat dan yang padu. (Yeah). Emas yang saya ada tu saya pakai gilir-gilir juga.

Tapi ada masanya arrahnu buat peraduan. Gadai sekian-sekian dapat cabutan bertuah. Kalau untuk 1 cabutan kena gadai contoh dalam RM 1500.00 1 surat contohlah. Jadi nak banyak cabutan kenalah gadai banyak pulakkan. Tapi tak pernah saya dapat. (Ketawa).

Yang keempat pasal hukum menggadai emas di arrahnu untuk beli emas baru, saya mungkin tak berapa arif. Tapi itulah syukur ada beberapa pembaca berkongsi segala fatwa dan hukum berkaitan.

Al-maklum saya pun manusia tak sempurna. Kadang staff arrahnu sendiri mensyorkan menggadai emas untuk membeli baru.

Hatta kawan saya yang kerja kat bank pun bahagian arrahnu siap kirakan lagi berapa saya dapat untuk beli emas baru (geleng kepala). Sepatutnya dorang lagi arifkan.

Dari mulanya arrahnu dorang tubuhkan sehingga sekarang rasa staf arrahnu tu sendiri ada ilmu dalam penggadaian termasuklah hukum berkaitan.

Apapun masih kurangnya pengetahuan saya pasal ni. Saya minta maaf. Saya akan berhati-hati dan bertanya pada yang lebih pakar nanti.

Yang kelima kenapa kena tunggu tebus emas time bonus/ dividen ASB?. Sebab masa tu ASB loan saya tinggi. Jadi bolehlah saya tebus semua. Ada je simpanan. Tapi untuk betul-betul kecemasan.

Kalau saya tak ada simpanan pun suami saya ada. Anak-anak saya ada. Simpanan dorang simpanan saya jugakan. (Ketawa jahat).

Yelah kalau bukan saya yang simpan duit kat akaun tabung haji anak-anak saya duit sapa lagi kan kalau bukan saya. Bulan-bulan pun saya akan simpan kat tabung haji saya dan anak-anak.

Kalau bulan ni tabung haji saya. Bulan depan tabung haji anak pertama. Bulan berikut anak ke 2 begitulah seterusnya ank ke 3 dan seterusnya 4 5 6 7 8 9 10 nasib tak sampai 20. Sama juga suami saya. Saya akan minta gaji dia sikit nak simpan untuk anak-anak.

Emas ni pun turun kat dorang juga nanti sama kat bakal menantu. (Chewah). Hmmm tak pasal-pasal cerita pasal simpanan. Topik pasal emas (Sengih).

Yelah bila baca komen pembaca kadang kita panas juga. Macam saya dan confessor lain bagitahu apapun pendapat masing-masing. Saya hormat juga komen pembaca. (Steady Bossku). Saya sebenarnya juga bisnes sikit-sikit. (Malu). (Malu apa bossku).

Yang keenam Zakat. Alhamdulillah wajib kita tunaikan.

Yang ketujuh ada pula persoalkan beli tiket pun gadai emas. Tak jadi masalah kakak-kakak abang-abang adik-adik pakcik makcik. Habis yang main kutu tu lambat betul nak sampai turn. Bagus gadai cepat je kan. Banyak kita boleh setelkan. Tak kisahlah nak bayar untuk apa.

Emasku juga (opsss). Sama juga kutu emas. Saya penah kena tipu serik juga. Alhamdulillah ibu kutu ganti balik walaupun beransur-ansur dan sebenarnya bukan salah dia pun. Sebab anak kutu buat hal.

Kutu duit tu lambat betul nak sampai turn. Jadi saya memang elakkan main kutu-kutu ni sekarang dan selamanya.

Yang kelapan tempoh bayaran arrahnu berbeza-beza ya macam saya bagitahu sebelum ni. Ada 6 bulan ada 10 bulan. Kalo arrahnu bank sama juga kot. Sebab arrahnu bank saya tak pernah lagi.

And inkes kalau kita tak mampu nak tebus dorang akan buat lelongan terhadap emas-emas yang tak ditebus. Lebihan lelongan tu kalau ada dorang akan bagi penggadai balik. Yelah kan kadang kasihan juga ada juga tak mampu bayar.

Terpaksalah dilelong. Kalau pun masih tak mampu dan pembaca-pembaca masih belum berkemampuan nak tebus tapi masih mahu emas tu tak ada masalah. Boleh je sambung 6 bulan lagi 10 bulan lagi. Kadang ada juga bertahun. Yang penting bayar upah.

Kalau harga gadaian naik boleh up lagi pinjaman tak ada masalah. Harga pinjaman naik upah pun naik. (Sengih).

Yang kesembilan.. oleh yang demikian saya harap pembaca semua berpuas hati. Sekarang harga emas akan semakin naik mungkin kuranglah saya sudah membeli kot di masa akan datang.

Yang penting saya dah kumpul emas setakat mana yang saya mampu.. kot di masa akan datang emas ni lagi bernilai dari wang ringgit. manalah tahu kan.

Apapun ingin saya tekankan lagi ini pendapat saya ya. Tak ada berkaitan antara hidup dan yang m4ti. Mana yang baik ambil, yang buruk jauhkan. Kalau saya suka emas, mungkin ada yang suka travel tak pun beli handbag mahal mahal ntah lagi mahal dari emas harganya.

Keinginan atau hobi seseorang berbeza – beza. Takkan kita nak paksa sesorang untuk suka beli emas yang dia tak minat langsung.

Sama juga kesnya kalo orang tu suka sesuatu kita tak suka.. Takkan dia nak paksa kita kan untuk suka apa yang dia lakukan. Ada orang suka simpan duit ada orang suka boros. Itulah cerita/ putaran kehidupan masing-masing.

Kesepuluh. Maaf dipinta. Undur diri seketika. Terima kasih kerana membaca. Sayang pembaca. (Kenyit mata).

P/S : Ada seorang pembaca suruh saya pm dia. Tapi sebagaimana admin rahsiakan diri saya. Macam tu juga saya akan merahsiakan diri saya dari sesiapa. Maaf ya kak / adik. Kalau nak tanya pasal arrahnu bagus berhubung terus ya sama staff arrahnu. Maaf ye.

– Rama-Rama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit