Assalamualaikum . Saya bknlah pelajar uia . Saya lepasan spm . Menunggu keputusan upu keluar lah sekarang ni . Saya teringin nak confess kat sini sbb saya tgok respon dri pmbaca selalu positif .
Oklah saya mulakan cerita . Saya anak sulung . Selama ni saya duk asrama . Bile dah habis sekolah ni , mula² tu rasa seronok sgt sbb dah xpayah nak pikir pasal belajar , buku teks , sekolah and so on . But , saya rasa kesunyian setelah sebulan habis sekolah . Saya rindu kawan² saya .
Hujung bulan 1 saya mula amik lesen . Saya happy tak terkata sbb at last saya dpt keluar dri rumah jmpe org . Dpt communicate ngn org face to face . Tapi smpai awal bulan 4 saya dah tamatkan lesen saya . Alhamdulillah dah dpt lesen .
Saya brfikiran bahawa bile saya dah dpt lesen dptlah saya hang around ngn mmber . Pegi sekolah lama saya lawat member² saya yang smbung form 6 . Rupenye tafsiran saya salah . Sedih sgt rase nye . Mak saya tak izinkan saya pegi mane² pun . Saya tak tahan dah duduk rumah , mereput . Takde kawan nk sembang . Sbb saya ni jenis talkative . Serius saya asyik sedih je bile jadi cmni .
Since saya duk rumah takde keje ape , saya lah yg kene buat semua chores . Itu takdelah mmbebankn saya . Tpi saya sedih sbb bile silap sikit , mak saya tibe² tinggikan suara . Yaa for sure mak saya tak penah nmpak saya kecik hati sbb saya tak menangis dpn mak saya . Saya selalu nangis senyap² . Saya jenis pemendam dgn parents saya . Saye berharap sgt dpt masuk u cpt² . Saya dah tak tahan asyik kena marah even sometimes bkn kesalahan saya tpi kesalahan adik saya . Ttp saya yang kene marah . Saya dah tak tahan . Saya nak cpt² msuk u .
– miss f
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Please BERSYUKUR !
Ada kawan sy ,lesen takde. Nak smbg bljr pun tk bleh sbb kena jaga mak dia sakit.
Bersyukur ye, apa yang awk ada skrg ni, tak semua orang dapat bnda tu :-)
Kehidupan di u lain dgn alam persekolahan. Lagi best masa zaman sekolah lagi. Aku ni tkde nk complain apa pun, bangun subuh awal pagi, jaga adik-adik kecik. Kalau 4 bulan cuti sem, 4 bulan la aku dekat umah. Keluar rumah pun siram pokok bunga, bagi ikan, ayam, kucing, burung makan. Dari basuh baju, sidai, lipat, mop, sapu lantai, cuci porch, memasak, tukang mandi adik-adik, tukang cuci poo pee diorang. Semua aku buat. Setakat tu pun dh jadi hati tisu, life dekat u lagi teruk dik. Normal la kena marah sebab salah adik kita yang kena. Dah hang tu lagi tua, matang la sikit. Emo emo dekat u nnt tkde org nk layan hang dik. Belum lagi jumpa roommate yang perangai Nauzubillah lagi. Hihi
Sama,aq skrg tgh cuti sem,semua bnde aq dok buat…haha,….rse cm maid weyh kdg2,tp aq fkir dh naik sem nnti,lg aq stress ..huhu…kita senasib weyh
Take yr time n enjoy the freedom..once dh strt blaja/kerja ms utk dri sndri terhad..rs stress je memanjang..bl freetime dh siap krja rumh buatla apa2 hobi yg brmanfaat ikut mint cnthnya amik kels baking ke mnjahit ke..buat craft ke trust me bnd2 ni sgt brguna utk ms dpn
Percayala dik once awak dah masuk u. Leteran Dan marah Mak awak la yg awak paling rindu. Nak² kalau dapat jauh. Akak dulu pun mcm tu. Tunggu bilala nk kluar dari ngeri sendiri pastu gatal pi mohon jauh. La jugak dari selatan pi pntai Timur . skarang merana setiap Kali x dpat balik. Yg penting back to basic bersyukur laa. Hahaha
Been in your shoes. Rasa nak masuk U cepat2 tapi percayalah wak dah masuk U nanti baru tahu betapa stress nya betapa kau jemunya makanan cafe betapa lahanatnya classmates kau betapa gila kau boleh jadi. Time tu la kau rindu bebelan mak kau, masakan mak kau, gelak tawa mak kau, adik adik kau. Aku sikit lagi je nak gila, padahal foundation je pun. “Je pun” tapi belajar la apa apa pun, asasi ke dip ke deg ke matrik ke, semua susah. Semua stress. Satu sem (5 bulan) aku tak jumpa mak aku, boleh gila jadi. Kalau dekat boleh la jumpa tapi aku belajar kat hujung dunia. Nak kata homesick tu ntahla tapi bila kau dah sambung belajar nanti, even dulu kau bukan jenis duduk bawah ketiak mak pun bila dah tengok dunia, baru kau sedar yang kau perlukan mak ayah kau sbagai semangat. Sekolah berasrama sumpah taksama langsung dgn U. Jadi appreciate la masa yang ada dengan mak ayah. Jangan smpai menyesal. Hewhew eh terpanjang pulak #basedonexperience sekarang ni aku cuti, duduk rumah layan mak sepanjang masa. Mereput tu tak pyah cakap, aku dgn mak aku je kat rumah, nak bela kucing tak bagi, jadi aku decide untuk belai mak aku. Maka kami semua bahagia.
Nurfatihah Aminin
Fazafazeq Nfz ???
I feel you! 5 tahun dok asrama tak sama dengan 5 tahun masa u. Huuuu okay sekarang rasa nak terbang balik mesia ??
Sy phm sis :) stress kn bila kena marah dgn seseorang yg ptot memahami dan bagi kasih syg. Tu je mslh sis, org yg slalu dgn sis tak memahami. Kalo memahami dan sekepala dgn sis msti sis ske duduk rumah. Apa yg sis alami adalah ujian. Bykkn bersabar berdoa kpd Allah. Biar apa pon dia, dia tetap org yg melahirkan kita :) peace~
Sabar ye adik. suatu hari nanti mesti mak adik tahu baiknya ambik lesen. Kalau ada apa-apa boleh mintak tolonh drive. Akak ada sorang kawan mak dia pun jenis susah nak bagi keluar bawak kereta. Walhal lama dah dia dapat lesen. Cuma kadang abang dia minta dia drive. Family dia ada sekali. Nanti ibu adik faham ada kebaikan ambik lesen senang nak ke mana-mana tidak susahkan orang. Kalau bosan ke cuba ikuti persatuan yang buat aktiviti amal dapat pahala tu. Dan hargai mak adik. Allab bagi kita mak kandung sorang tu je. Tak ada dah yang lain. Tu syurga kita. Taat mak adik selagi tidak bercanggah dengan Islam. selalu ucapkan maaf dekat mak walaupun bukan adik yang salh lama-lama mak adik fikit tinfakan dia tu. Sepatutnya dia minta maaf dekat adik. Selalu baca ya latif supaya mak lembut hati. Akak pun hari ti nak kerja tapi takut ayah tidak bagi. Lepas tu doa supaya asyah lembut hati. Alhamdulillah ayah akak izinkan dan dia tak marah. Syukur apa yang kamu miliki. Semoga dapat masuk u. Kalau sunyi perlukan kawan pm akak. :)
Percayalah, waktu mereput ni lah yg akan dirindui once dah pergi sambung belajar nanti. Matrik ke diploma ke asasi ke sampai lah ke degree. Yes, mula-mula seronok sbb lepas 5 bulan finally dapat freedom tapi lama-lama tuhan je tahu setiap masa rasa nak balik rumah. Lagi-lagi kalau belajar kat negeri lain. Yes, negeri lain je pun tapi rindu rumah tu tuhan je tahu. Tapi still kena hadap manusia-manusia mcm ragam dari sebaik-baik manusia ke sehanat-hanat perangai
Lagi sedih bila nak beli ticket balik pun kena kira-kira sbb kalau selalu balik duit habis kat ticket je. Masa ni lah awak akan jealous tahap dewa kat member-member yang duduk dekat every week boleh balik & tak payah fikir duit ticket nak balik.
Bersyukurlah, dalam masa 5 bulan habis spm ni lah boleh balas sikit-sikit pengorbanan mak ayah. Sepanjang nak spm dah dilayan mcm princess tak byk buat house chores sbb perlu study je kan jadi berbaktilah sementara ada saki-baki waktu. Kena marah ke apa biasalah maybe your mum penat kerja or stress.
Anyway, good luck & all the best
Nt msk u, homesick plk…huhu
Aida Shafiqa
Maria Abdullah
dok je kat umah…spend time ngan family..bila dah msk u, dah xde masa nk spend ngan family…
Saya dulu pun pernah rasa macam tu. Tak sabar nak masuk uni jumpa kawan2 baru semua. Kat rumah bosan, takleh keluar, mak ayah tak bagi. Nak keluar kena interview dulu or dorang hantarkan wpun saya ada je lesen hahaha
Tapiii……once kau dah masuk uni or kerja dan tempat kau blajar or kerja tu jauh kat hujung dunia, lagi2 kalau kena campak pergi oversea, homesick tu lain macam. Lagi2 bila nak exam. Punya stress. Makan pun dah tahap asal ada benda masuk perut je haha mana nak fikir duit lagi, hujung bulan duit dah sengkek, nak kena cover printing cost, makanan, transport, sewa. Masa tu memang nak cari mak ayah je mengadu (selain dari mintak duit, nak tengok muka dorang jugak).
Kalau kena campak study oversea lagi lah. Tengah homesick gila2 punya, nak exam plak tu, takleh nak balik rumah cari mak. Tiket flight ribu2 ringgit haha pendam je lah stress tu sampai tahap rasa nak terjun bangunan.
Kat asrama sekolah ni apa semua pun tersedia. Kau takyah pikir nak makan apa, nak duk mana, nak study mana, nak beli buku mana (sbb sekolah dah sedia), semua pun dah tersedia. Yuran asrama dan sekolah pun mesti parents awak yang bayarkan, kan? So keseronokan kat asrama tu lain dari pengalaman awak akan alami kat uni nanti. Jumpa kawan uni yg rupanya lawan. Hah..haha
Masa cuti ni menyumbang la sikit kat rumah tu. Kalau x nak tolong sangat pon (saya pun bukan jenis ringan tulang sangat sebenanrnya), at least dengar je lah mak ayah awak membebel tu. Tak pun duk je sebelah dorang. Kalau dorang nak gi mana2, teman dorang.
Bila dah kerja nanti, nak mintak cuti pun bos tak bagi sebab bila kerja bos ni dah mcm kuasa dia lebih dari mak ayah kita pulak hahahha semua nak kena mintak izin. Balik cuti pun masa raya kalau ada masa. Tu pun brape hari je cuti. Nak balik pun tiket flight beratus2 ringgit, kalau drive or naik bas pun mau belas2 jam nak sampai rumah sbb highway jem (kalau kerja jauh).
Bersyukur la dik sebab awak ada masa untuk spend cuti kat rumah.