As a Job Hopper

Assalamualaikum semua.

Umur aku 25 tahun. Habis degree tahun lepas dan menganggur almost setahun. Tahun ni, aku akhirnya dapat kerja kat area Shah Alam. Kerja kerani biasa, bos2 baik, staffs pun happening. Memang enjoy kerja situ. Masalahnya gaji. Lepas tolak epf sume tinggal 900++, tak sampai 1k. Nak bayar sewa rumah + bills + minyak kereta, memang tak dapek nk save langsung. Kereta pulak pinjam abang aku punya, so sementara tu dia g kerja jalan kaki. Tapi parents aku pesan, sebelum puasa kena beli kereta, sebab kesian kat abang aku kena jalan kaki jauh. Nak beli baru tak mampu so lepas discuss ngan family aku decide nak beli second-hand je. Tapi still perlukan duit.So aku decide tukar kerja lain. Tapi sedih gila nal tinggal tempat kerja lama.

Next kerja kerani jugak, tapi gaji basic 1.5k. Okey, sempat la duit nak beli kereta. Aku stay positive – buat kerja aku, belajar benda baru. Bos okay sangat2. Tapi budak yang di assigned untuk ajar aku system pulak kerek (let's just called her Nina). First aku ikutkan je, ko nak moody ke nak pms ke, asalkan ko ajar aku. Lepas satu kejadian (takde kejadian sangat pun) di mana tunang budak tu yang kerja kat warehouse tegur aku, dia start buat perangai tarik muncung dari pukul 8 pagi sampai 5 petang. Bila aku tanya pasal part yang aku tak faham pasal produk, dia cakap 'bodoh sangat ke benda senang macam tu pun tak reti.' Okaaaay. Aku positive lagi, aku tanya kat sales team part yang aku tak faham. Bos perasan kot aku asyik consult dengan sales team je, so dia tanya kenapa tak tanya dengan Nina. Aku dah gabra kejap, tapi aku bantai je cakap Nina dah banyak kerja, so aku taknak tambah burden dia. Boleh pulak bos panggil si Nina tu then kerja2 Nina tu dia pass kat aku separuh (yang mana aku boleh buat). Memang meletup la budak tu. Dia cakap aku menyusahkan dia, bodoh tak sedar diuntung dan segala jenis makian aku makan hari tu. Lepas fikir masak2, aku hantar resignation notice. Sebab aki tahu kalau aku stay, aku akan meletup jugak.

Menganggur dalam seminggu, dapat iv invitation. Kerja telemarketing. Lepas training dan lulus assessment, start masuk floor. Memang stress, tapi kawan2 satu batch dan seniors memang very helpful dan encouraging so aku kuatkan hati. One day aku kena sore throat dan takleh bercakap sebab sakit sangat. So aku mesej team leader, told her my condition. Tapi aku tak pegi klinik, sebab medications dah ada kat rumah. TL aku marah, dia cakap pegi clinic to get time slip/mc or you have to come to work. Aku pegi klinik, tapi memang tak dapat mc la sebab sore throat je. Aku gagahkan diri pegi kerja petang tu. Sampai je kaw2 aku kena marah depan semua orang. Then dia boleh suruh aku log in system dan start buat call. Ha ha ha ha ha. Macam nak nangis on the spot. Tapi senior yang duduk tepi aku tolongla cakap sekali lagi kat TL (in case dia tak ingat) yang aku takde suara, so takleh buat call. Dan TL without a hint of sympathy selamba je sound, 'You dah tau you kerja kena buat calls, pandai2 la jaga kesihatan. It's not my problem. Semua orang penat, stress jugak. I told you I tak suka excuses. I just need my numbers.' Lepas tu dia terus blah. Aku duduk situ dalam 5 minit. Then angkut segala beg dan barang dalam loker, aku tulis notis yang aku quit, letak atas meja dia. Burn gaji aku. Lantak la.

Balik rumah, makan, solat, doa, pastu termenung sorang2. Pastu gelak sambil nangis. Then bukak jobstreet cari kerja.

Mungkin rezeki aku bukan dekat situ. Mungkin korang akan cakap aku ni manja sangat, sikit2 nak quit. And it's not about memilih kerja – sebab aku tak kisah kerja apa, semua rezeki Allah.

Honestly, it took me a lot to even get out of my house. I suffered from anxiety disorder (still am), but I know as long as I stayed in my own coccoon, I won't get better. Tapi bukan semua orang boleh faham dan tolerate.

Apa yang aku nak cakap kat sini adalah, if you're blessed with a good job, cherish the opportunity. Ramai yang mengalami situasi macam aku dan lagi ramai yang still tak dapat kerja.

Ni sesi meluah perasaan je. I just want to feel better.
Feel like a mountain has been lifted off my shoulder right now.

– M.S

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

92 Comments

  1. Risau lah dpt kerja camni, ritu kerja 1 comp tu dah okay, syg tmpat kerja tu, org2 baik, rapat ngn sume org but skrg tukar sbb gaji better and firm ada nama, kat situ ramai cina. Ratio Cina:melayu:india=7:2:1. So hmm.

  2. dik….try duk tmpt akak keje skrg…rasakan mental torture die mcm mana…setakat nina tu…picisan je…kat sini lg dasyat …..dah brp ramai yg quit…tp akak ttp stay sbb mengamalkan sikap “gi mampus”…seriesly…amalkan sikap tu…ko bole keje lg lama than u think

  3. Nasib kita lbh kurg. Dkatkn lg hbgn dgn Allah. Tahajud etc. Sungguh2 mtk dr Dia dlu baru mtk keje dkt manusia2. Hati pn lg tenang. Insyaallah Dia tunjuk jln klua

  4. Hah…saya ade pengalaman kat call centre..memang stress, tapi tu la kerja kat call centre…tak sakit kat cust, skit kt tl… jangan give up, rezeki Allah tu luas…usaha je okay… :)

  5. Saya doakan kepada Job Hopper supaya dapat tempuh ujian ni dengan sabar… Sesungguhnya tak semua Degree holder bernasib baik.. Keep smile, ade sebab Allah bagi jalan ni untuk kita…

  6. dh keje blm skrg? klau blm cuba keje kt 1 tpt ni.. boleh la dpt dlm 2500 sbln. partime blh full time boleh. keje bkn jual brg. mana tahu kurang stress.. confessor mohon pm tepi..

  7. kita sebaya! dan saya pun sedang buat banyak kerja sambil tunggu hbs master.. saya doakan Job Hopper kuat.. insha allah, Allah akan bantu kamu dapat kerja yang lebih baik.. mohon istikharah setiap kl buat keputusan.. moga membantu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *