Assalamualaikum semua pembaca setia page ini.. Saya salah seorang pengikut setia page ini, cumanya saya hanya silent reader.
Tiba – tiba sangat terpanggil untuk share kisah hidup saya bila membaca pengalaman dari puan “heartbrokened’ (https://iiumc.com/1250am10162020/) yang bertanyakan pendapat mengenai suaminya yang menghisap dadah/ ais.
First, saya nak minta maaf kalau kisah saya ini agak panjang dan membosankan.
Saya perkenalkan diri, saya seorang isteri berusia 37 tahun, berkerjaya tetap dan alhamdulillah telah memiliki sebuah rumah dan kereta yang selesa walaupun tidaklah mewah mana..
Tidak memiliki cahaya mata dan telah berkahwin selama 9 tahun. Suami berumur 42, seorang anak yatim piatu sementara saya masih mempunyai kedua ibu bapa.
Ringkasnya, perkahwinan kami adalah suka sama suka, lebih kepada bercinta selepas kawen.
Dan disebabkan bercinta selepas kawen la baru saya kenal siapa suami saya yang sebenar. Iaitu seorang penghisap ais/batu. Saya akui saya sedikit naif waktu itu dalam melihat ‘siapa’ sebenarnya suami.
Di mata kasar, suami seorang yang gigih bekerja, ringan tulang dalam urusan rumahtangga, penyayang dengan keluarga malah elok rupa parasnya… tinggi.. sasa dan berkulit cerah.
Tapi sayangnya… suami saya telah terlibat dalam penagihan ais yang tidak pernah sama sekali saya terfikir. Malah tak terjangkau dalam kepala saya bahawa saya bersuamikan seorang penagih!
Tahun pertama lagi saya da mengetahui, saya masih telan lagi memikirkan suami masih bertanggungjawab pada keluarga.
Nafkah zahir dan batin sangat mencukupi dan saya meneruskan kehidupan seperti biasa.
Waktu berlalu.. tahun ke 3 perkahwinan saya mula memohon pertukaran ke daerah K di negeri saya dengan niat hanya satu – ingin menyelamatkan rumahtangga saya.
Saya nak jauhkan suami dari kawan-kawan penagih dia. Sehingga waktu itu saya telah mengalami pelbagai dugaan bersuamikan dia.
Duit dan barang kemas hilang, diugut along hingga datang ke rumah, bergaduh pasal duit tu telah menjadi perkara biasa..
Kerap bertukar kerja, ditipu umpama air yang mengalir deras.. hormon saya jadi tak stabil, hampir dimasukkan ke wad kerana pendarahan yang teruk ketika datang bulan pun saya da rasa..
Doktor, sahkan hormon saya terganggu berpunca daripada terlalu banyak berfikir dan susah hati.
Saya bertukar menjadi seorang yang murung dan suka termenung. Hari-hari pergi dan balik kerja bertemankan air mata ketika memandu.
Banyak persoalan yang muncul dalam kepala. Ini kah perkahwinan yang aku nak? Kenapa suami aku tak macam suami orang lain?
Kenapa hidup aku makin susah? Apa reaksi dia kalau aku eksiden? Apakah aku sedang diuji?. Ya Allah.. aku selalu berpegang bahawa Kau takkan menguji hambaNya melebihi kemampuan aku..
Puan heartbrokened,
Saya juga telah dinafikan hak sebagai seorang isteri selayaknya selama 7 tahun tanpa nafkah batin yang wajib saya terima.
Saya telan semua persoalan family dan sahabt handai mengenai isu anak demi menjaga air muka suami..
Saya telan lagi untuk menjaga nama baik ibu ayah saya yang dikenali ramai di kawasan perumahan. Saya telan lagi mengenangkan suami yang tidak mempunyai sesiapa selain saya.
Pengorbanan yang saya hulurkan tidak terbatas puan, berpuluh ribu untuk kesenangan kami, kemudahan untuk suami pergi kerja, urusan bank suami, segala hal rumahtangga yang mana akhirnya terletak di atas bahu saya seorang.
Suami makin hanyut dan lama kelamaan hilang segala sifat yang dahulunya saya senangi.. Dia bertukar menjadi seorang lelaki yang panas baran, suka mengherdik, pentingkan diri sendiri dan ego yang melangit.
Tidak perlu saya ceritakan duit yang hilang, tidur yang berpanjangan, barang berharga yang hilang, kerap mengamuk, kerja tidak tetap, dan dah mula angkat tangan.
Kemuncak kesabaran saya akhirnya meletup juga pada hari raya tahun lepas..
Di saat orang lain bergembira di hari yang mulia.. saya telah memohon cerai fasakh di mahkamah dengan bantuan biro guaman. Walaupun kes saya masih berjalan, saya bahagia kini..
Suami pun da keluar dari rumah setahun yang lalu membiarkan saya menguruskan urusan penceraian kami.
Tidak mengapa, saya usahakan walaupun sukar dan mengambil masa kerana keengganan untuk suami bekerjasama. Sehingga kini, suami hilang entah ke mana… meninggalkan saya tanpa kabar berita.
Puan heartbrokened yang disayangi, satu saat saya pernah jatuh terduduk.. saya diuji sakit dan menjalani pembedahan.
Saya tidak berseorangan.. hanya keluarga sahaja yang berada di sisi memberi sokongan. Pernah menjadi seperti mayat hidup… menangis tepi jalan..
Bila berada di rumah sendiri, saya pernah ucap depan dinding.. “selamat hari ulangtahun perkahwinan kita yang ke 8 abang..”
Saya balik kerja lewat setiap hari untuk sibukkan diri sendiri. Hari minggu sepatutnya cuti.. pun saya masih bekerja.
Alhamdulillah sekarang, bahagia dan tenang itu datang perlahan-lahan bila saya mula belajar sayangi diri sendiri terlebih dahulu.
Tidak dinafikan.. saya sangat bersyukur keluarga saya sangat memahami dan sentiasa ada untuk saya.
Abah yang hantar saya untuk dinikahkan menjadi seorang isteri, abah juga yang hantar saya di mahkamah nanti untuk menjadi saksi permohonan cerai fasakh..
Kini hidup saya lebih bahagia.. tenang menjalani rutin harian.. dada rasa lapang. Saya dah kembali menjadi diri saya yang dulu-periang dan suka tersenyum..
Akhir kata, khas untuk wanita yang mengalami nasib seperti saya, sedaya upaya berusahalah untuk mencari kebahagiaan diri sendiri..
Sama ada percaya perkahwinan itu boleh diselamatkan atau tidak, hanya diri sendiri yang mampu mengubah situasi..
Kesukaran hanya permulaan, kemanisan akan menanti kemudian hari… insyaAllah.. aamiin..
Terima kasih.
– Cik Putih (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit