Assalamualaikum.
First time post confession kat sini. Hope admin hide nama aq walaupun tu nama nickname je tapi nickname tu ramai yang tahu. Huhuhu. Btw, aq bukan student UIA.
Serba sedikit tentang aq la kan, aq berumur 20 tahun and sedang melanjutkan pelajaran di ipta course engineering. And taula kan course engineering orang kata susah tapi kalau susah takkanlah ada orang yang boleh score ye x?
So masalahnya sekarang, aq rase sejak aq masuk U ni, aq rase cam jadi semakin kurang pandai. Bayangkan result semester 1 aq dapat pointer 2.** je. Time check result tu rase cam tak berdaya la sebab memang tak pernah terlintas pun akan dapat result camtu. Bukan nak kata apelah tapi once kau dapat pointer teruk, time first sem pulak tu, kau akan rase low self esteem gegila. Yelah orang kata subjek first year ni boleh score lagi nanti naik second/third year lagi susah subjek. Pastu aq rase malu la dengan parents aq, dorang educated pastu kalau ada sedara mara tanya berapa pointer time sem 1 tu nanti xtaula dorang akan jawab ape. Huhu
Now aq tengah second sem and lagi few weeks nak final. Carry mark untuk subjek2 sem ni pun so so je. Kalau test tu ngam2 je dapat separuh. Course work tu selalu adalah dalam 35-40 out from 60. And aq rase cam insecure juga sem 2 ni sebab sem ni target 3 pointer ke atas tapi bila tengok carry mark, ber huhu je la. Bukan ape, aq study sama je cam orang lain tapi tengok orang lain tu markah lagi tinggi and ada juga housemate yang tak study tapi boleh score lagi power dari aq yg study rase cam tak puas hati pun ada jugak. time kat matrik dulu aq x study pun boleh score la jugak. Ni kat u dah study pun cam haram. And ada satu subjek tu bukan main senang lagi test dia pastu sume cakap senang termasuk la aq last2 tengok markah ngam2 atas separuh. And mostly sebab aq careless.
Pastu bila member2 tanya bpe markah test aq mampu senyum je sebab segan nak gtaw markah aq. Rase cam aq ni bodoh gila. Rase macam nak tukar course. Macam2 rase la.
Entahla. Aq rase maybe sebab kifarah dosa aq kot. Well dulu aq sekolah agama, bab2 solat / ikhtilat tu terjagalah. Time kat matrik pun terjaga la jugak tapi time kat u ni bab solat subuh paling susah nak jaga. Rasenya cam almost setiap hari qada'. Kelas pukul 8 and pukul 7.30 baru bangun padahal aq set jam start kol 5:30 tapi tak terbangun. And adalah jugak dosa2 yang lain aq buat tapi tu aib sendiri so aq takleh ceritalah kan. Kekadang rase Allah dah lupakan aq. And bila aq dapat result test yang rendah, kekadang aq salahkan tuhan. Entahla….. And now selepas menaip panjang lebar ni, aq cuba nak positivekan diri aq. Mungkin Allah nak uji aq and somehow time final nanti aq boleh score. Amin. Kan ada satu hadith x silap yang mafhumnya
Allah bertindak mengikut sangkaan hambanya. So aq cuba untuk berbaik sangka dengan Allah. So kepada pembaca2 yang sudi baca confession aq ni hopefully dapat doakan aq score sem 2 ni and dapat pointer 3 above. Mana tau doa korang makbul. And hopefully Allah akan memudahkan urusan aq untuk study. Amin.
– Cili
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
I feel you bro/sis. saya pun ada masa2 dpt markah kurang memuaskan. bila nilai2 balik, biasanya sbb ada buat dosa or usaha belum cukup. kena jujur dengan diri sendiri la kan.. then saya fikir, “Alhamdulillah Allah masih tolong aku lagi. Agaknya kalau semata-mata tengok amal ngan usaha aku, lagi teruk dari ni aku dapat”. Bila fikir camni, saya tak susah hati sangat fikir result. Yang saya tau, next test, saya nak buat lagi baik.
Lagi satu, tiap kali time exam, saya selalu doa “Ya Allah, permudahkanlah urusan aku. Semuanya untuk ibu bapa aku. Aku tak nak diorang kecewa”. Mungkin sbb berkat mak dgn abah, setakat ni pointer masih ok. Mungkin bro/sis boleh cuba. Moga urusan bro/sis dipermudahkan. Amin.