Aku seorang yang lembut (bukanlah lembut sangat pun tapi bolehlah)
Ramai orang beranggapan bahawa lelaki lembut ni gay. Walaupun aku ni lembut tapi aku ada perasaan dekat perempuan. Perasaan dekat lelaki? Lansung tak ada.
Aku ramai je kawan-kawan yang lelaki yang lembut. Mereka semua memang ada perasaan dekat lelaki tapi tidak bagi aku.
Aku banyak kali dapat tawaran untuk couple dengan budak lelaki. Mereka semuanya berbadan sado,handsome. Kalau perempuan tengok memang akan melting habis lah.
Aku ada confess dekat sorang sister ni. Tapi kena friendzone kot. Dia kata aku tak sesuai dengan dia sebabkan aku ni lembut.
Adakah lelaki lembut tak layak nak dapatkan cinta dari seorang perempuan?
– Xoxo