Assalamualaikum semua, terima kasih buat admin kerana menyiarkan confession saya ini.
Apa yang saya nak confess ini berkaitan dengan tanggungjawab seorang suami.
Bagaimana nak jadi suami yang sejati.
Dalam hidup sebagai seorang suami ini. Berusahalah untuk menjadi suami yang BAIK buat isteri.
Hidup ini juga jadikan sudut pandang pertama adalah Amanah. Sudut pandang kedua adalah Tanggungjawab dan sudut pandang ketiga barulah kepuasan nafsu.
a. Runtuhkan Ego dan Pandanglah Allah.
b. Mudah untuk minta maaf walaupun tidak pernah buat salah.
c. Saling menyemai sifat toleransi.
d. Mudah untuk maafkan pasangan.
e. Selalu ucapkan terima kasih pada setiap kebaikan yang dia buat.
Disamping itu untuk menyemai nilai tanggungjawab terhadap isteri. Usahalah seperti berikut.
1. Menerapkan akhlak yang terpuji mengikut ajaran islam.
2. Memegang peranan sebagai ketua keluarga.
3. Isteri adalah dianggap sebagai jiwa kita dalam menempuh kehidupan.
4. Menunaikan kewajipan sebagai suami mengikut ikatan janji.
5. Cinta dan kasih terhadap isteri mestilah dibina dengan penuh sikap kasih sayang, ikhlas, jujur serta dijelmakan di dalam sikap dan perbuatan kita.
6. Setiap perkara hendaklah dibincang bersama terutama soal – soal urusan rumahtangga.
7. Jangan bertindak kasar, berilah kesempatan untuk dirinya ( isteri ) memperbaiki kesilapan.
8. Sentiasalah membantu meringankan beban isteri, baik secara langsung atau tidak langsung.
9. Hindarilah diri dari hanya pandai dalam berkata – kata untuk dapatkan sesuatu tapi hidup lebih kepada seekor biawak hidup.
10. Berlakulah jujur dan ingatlah bahawa Allah Itu Maha Mengetahui.
11. Memahami kedudukan dan martabat seorang isteri.
12. Selesaikan segala sengketa dengan bijaksana dan bebaskan diri dari nafsu amarah.
13. Tidak takut menyatakan kesalahan dan segera memaafkan jika terhadap kesilapan.
14. Ingatlah yang perkahwinan itu bukan medan berjimak semata – mata. Tapi ia lebih kepada medan amanah dan tanggungjawab.
15. Ingatlah juga bahawa isteri dan anak itu adalah amanah dari Allah yang dipertanggungjawabkan ke atas diri kita kelak (akhirat).
Sesungguhnya Isteri itu Ladang Pahala Buat Suami.
Nota kaki : Sebagai mana isteri kita mampu mengandung sehingga melahirkan anak. Begitulah juga urusan kita dalam kerja – kerja rumah.
Apa yang penting kerjasama.
Dunia ini untuk wanita,
Akhirat itu untuk lelaki,
Siapa lebih susah di dunia?
Wanita!
Siapa yang lebih susah di akhirat?
Lelaki!
Allah itu Maha Adil.
Anda tertindas… sabar… Allah bersama anda dan Akhirat menanti dirinya.
Inni Akhafullah.
– Beras kita beli (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit