Hak Penjagaan Adik Kandung

Salam dan selamat sejahtera semua. Seperti yang kalian lihat tajuk di atas, aku nak bercerita, berkongsi dan minta pendapat dari kalian. Harap kalian sudi bantu, setidak-tidaknya doakanlah yang terbaik buat keluarga aku terutamanya adik aku.

Aku mempunyai seorang adik perempuan di sekolah rendah, aku gelarkan dia Adik. Adikku ini merupakan hasil perkahwinan arwah ayah dengan ibu tiri aku yang memegang status BWN.

Ayah aku telah meninggal dunia dan ibu tiri aku ni tinggal berdekatan sahaja dengan kawasan perumahan kami.

Masalah muncul apabila ibu tiri aku ni sekarang tengah dalam proses mencari penjamin untuk dia tetap tinggal di sini.

Mesti kalian terfikir, kenapa aku serta adik beradik aku yang lain tak sudi untuk jadi penjamin ibu tiri kami? J

awapannya adalah masalah ibu tiri aku ni yang tak boleh nak uruskan berkenaan visa anak lelaki dia (anak dia dengan suami lama). Kiranya arwah ayah aku ni berkahwin dengan seorang janda yang ada anak lelaki dan statusnya BWN.

Ayah aku sekolahkan anak lelaki tiri ni sama macam kami. Tapi biasalah, masalah keluarga memang akan ada sehinggakan budak lelaki ni malas bersekolah dan buat hal sendiri bila ayah aku meninggal. Dia bekerja tanpa ada permit yang sah sampailah sekarang.

Kami dah pujuk dan pernah hantar dia balik ke negara asal untuk selesaikan berkenaan visa tapi dia balik semula ke sini. Keluarga ibu tiri aku kat sana pun bermasalah juga taknak bantu selesaikan.

Aku dan adik beradik aku dah cuba nasihat tapi dia buat tak endah. Setelah ayah aku meninggal, ibu tiri aku ni minta bantuan kawan dia jadi penjamin. Selesai bab penjamin masa tu.

Kemudian kawan dia tarik diri dari jadi penjamin dan kakak aku sanggup jadi penjamin dia. Cumanya kakak aku ni bagi tempoh kepada ibu tiri aku untuk selesaikan berkenaan visa/permit anak lelaki dia tu tapi tak berhasil.

Anak lelaki dia degil dan sanggup keluar dari rumah yang mereka tinggal. Kakak aku tak sanggup ambil risiko memandangkan dia penjamin kepada ibu tiri aku, kiranya kalau anak lelaki dia buat hal mestilah melibatkan kakak aku jugak dah dua beranak ni statusnya BWN.

Aku tanya pada kakak aku, apa yang jadi kalau ibu tiri aku tak dapat cari penjamin selepas kakak aku tarik diri?

Katanya ibu tiri aku kena balik ke negara asal dia. Bendalah ni yang buat aku serabut sekiranya dia nak bawak adik perempuan aku balik sekali.

Aku bukannya nak pisahkan seorang ibu dan anak tapi aku terfikirkan masa depan adik aku. Aku bukan nak buat kerja Tuhan tapi aku cuma risau mcm mana pendidikan adik aku kat sana nanti.

Ibu tiri aku tu, dah berbelas tahun tak pernah balik negara asal dia. Pendidikan kat sana semestinya dah berbeza dengan kat Malaysia. Keluarga dia kat sana pun bukannya senang sangat, ya keluarga aku pun bukanlah senang mana tapi kami adik beradik dah bekerja, Alhamdulillah.

Aku pernah bincang dengan ibu tiri aku tu berkenaan aku nak ambil Adik duduk menetap dengan aku. Sebulan sekali kami baliklah jenguk dia.

Dia kata okay, sekarang ni dia dah tak jawab call atau balas ws aku. Mungkin sebab kami ada berbalah beberapa hari lepas, beria dia kata itu anak dia, hak dia.

Aku tak nafikan hak dia sebagai ibu tapi aku nak fokuskan pendidikan adik aku sampai dia habis SPM sahaja. Aku keluar dari kepompong kemiskinan dengan pendidikan dan aku nak adik aku jauh lebih berjaya dari aku.

Ibu tiri aku ni dia masa remaja dia pun tak habis belajar, dia cerita. Bagi dia belajar tu tak penting mana pun. Adik aku pergi sekolah pun baju tak bergosok kadang² tu, kasut sekolah tak berbasuh.

Bila aku balik kampung, aku tegurlah dengan baik. Aku tengok adik aku kadang tak terurus bila duduk dengan dia. Aku nak ambil adik aku.

Kami ni walau berbeza ibu tapi aku sayang adik aku sepenuh hati. Adik aku membesar depan mata aku, mak aku yang jaga dia masa ibu tiri aku dalam pantang dulu dan mereka bukan bermadu pun (harap korang boleh faham).

Aku dah tak pandang apa yang ibu tiri aku buat pada kami sekeluarga sampai aku melalui zaman remaja yang penuh tekanan, sebab itulah aku berusaha untuk jaga adik aku sebaiknya. Aku nak sekolahkan dia dan bagi pendidikan terbaik semampu aku.

Cuma sekarang aku buntu, mampukah adik aku berpisah dengan ibu tiri aku, tak zalim ke aku pisahkan mereka? Mcm mana aku nak dapatkan hak penjagaan terhadap adik aku?

Maaf kalau panjang, tapi aku mohon nasihat atau dorongan semangat dari kalian. Jauh kat sudut hati, aku rasa aku dah gagal untuk jaga adik aku sebaiknya dan dah mungkir janji aku dengan arwah ayah aku.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. memang hak dia, sbb anak kandung dia, memang wajar la dia nak anak dia, walau apa alasan kamu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *