Ada Apa Dalam Beg Pidah

Assalamualaikum semua… Terima kasih admin sudi siarkan rasa hati makcik Pidah.

Pidah sebenarnya orang kampung, membesar di kampung dan tak sambung belajar jauh pun. Kahwin pun dengan orang sekampung. Kehidupan kampung ni sebenarnya agak ketinggalan daripada kehidupan bandar.

Hidup kami sederhana tetapi ibarat kais pagi makan petang pun ada sebab kerja sendiri. Pidah ambil upah menjahit dan suami upah kerja kampung. Boleh dikatakan miskin la, layak untuk Bantuan Tunai Rahmah.

Rasa nak tulis ni sebab nak ceritakan bagaimana jauhnya jurang orang miskin dan kaya…

Pidah ni walaupun menjahit, nak jahit baju sendiri pun tidak sebab berpada baju yang ada. Beli baju siap yang murah, pada Pidah cantik je tapi jika dibandingkan dengan baju yang mahal penuh renda kain sedap memang berbeza kualiti..

Pidah ni kalau keluar ke bandar cari keperluan, sempoi sangat. Pakai tudung sarung yang diguna pergi kebun je, kasut yang dah haus dan baju yang sama tiap kali keluar.. Kadang tu terfikir nak cantik tunjuk pada siapa, janji tak kotor tak busuk ok jelah.

Lainlah kalau Pidah ni kerja pejabat, kenalah bercantik baju asyik bertukar dan ada stok baju untuk majlis tertentu pula. Ni makcik yang duduk rumah je, cuma tak tahulah Pidah ni perasan cantik.

Kalau keluar rumah nak pakai sunblock pun malas, tapi kulit cerah. Nak tampal bedak tebal pun malas, tapi kulit tak ada jerawat cuma sedikit jeragat. Kalau kulit berkedut sikit tak pening nak pergi cucuk sebab sedar diri dah berumur.

Kalau nak bercerita tentang beg, Pidah tak pernah terfikir nak beli beg mahal sebab tak mampu kot.

Beg tangan harga sepoluh beli pasar malam.. Dah rasa cantik walaupun logo palsu prada. Tak pandai nak sebut jenama mewah yang ada sebab tak ikuti perkembangan. Yang penting isi dalam beg tu kan.

Tapi kalau tengok isi dalam beg tu pun rasa sayu je sebab duit tak banyak, yang banyak resit dan sampah yang lain. Lusuh betul beg tu ada koyak sikit, tapi masih digunakan sebab rasa tak ada masalah.

Tahu ramai orang kaya suka ada koleksi beg mahal, itu pun tahu sebab tengok media sosial lah. Mana ada kita ni berkawan dengan orang kaya. Tak tahulah, orang kaya pandang hina ke pada makcik Pidah ni.

Paling terkejut masa kes serbuan rumah bekas pemerintah untuk disiasat atas kesalahan salah guna wang rakyat. Pengsan mak tengok banyaknya beg mahal yang sebiji harga sebuah banglo. Beratus bini dia kumpul. Gila betul kuasa beg mahal ni.

Jam dan kasut mahal pun Pidah rasa macam tak percaya sebab benda tu kalau beli di pasar malam pasar karat murah je kan. Jadi perbezaan harga barang orang kaya dan orang miskin bagai langit dengan bumi.

Jadi, tak tahu nak kata apa… Adakah bila guna barang mahal baru bahagia, kenapa ramai juga orang kaya bercerai jua. Tapi kalau kaya memang best la, semua benda nak dapat petik jari je, sekelip mata pusing dunia..

Cuma, makcik Pidah ni merenung jer… Bila ada orang kaya melampau ni tetiba jatuh bankrap, harta kena sita atau ada yang salah guna kuasa sampai masuk penjara…

Apalah yang bagusnya kejar dunia sampai lupa halal haram. Tak salah nak kaya tapi jangan menunjuk sangat, bahagia itu sederhana.

Akhirnya orang kata harta tak bawa masuk kubur, malah harta yang banyak akan dihitung di akhirat nanti, dapat ke memberi saham akhirat.

Makcik Pidah ni orang kampung je, kalau masuk bandar besar jakun la. Tak berani jejak kedai T5. Hanya impikan makan cukup dan tak meminta simpati.

Kaya macam mana pun tak boleh beli kesihatan. Sampai masa sama letaknya manusia dalam liang lahad. Sekadar itu luahan rasa hati Pidah yang tak pandai pakai beg mahal.

Sekian, semoga bahagia selalu.

– Pidah Anak Dolah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Terima kasih kepada yang sudi komen, betul juga tajuknya lebih sesuai ada apa dalam hati pidah.

    Betul pidah miskin kampung, bukan kata orang kampung zaman sekarang ni miskin, nak beli apa2 pikir 10x.

    Pidah nak cerita situasi pidah… Terkejut tengok budaya orang kaya kumpul beg, jam, kasut… Sebab pidah ni nak kumpul baju pun tak ada.

    Memanglah ada edit sikit, nama sebenar pun bukan pidah hehe… Tapi bukan juga nak rasa baik daripada orang lain, rasa rendah diri betulnya…

    Tapi jujurnya, orang terpaling kaya atau orang terpaling miskin, yang paling mulia adalah yang paling bertaqwa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *