Salam semua,
Aku adalah perempuan & aku nak share kisah silam aku yg mana boleh beri pengajaran kepada semua. Kisahnya, dulu aku tak suka tgk lelaki lembut, gay sebab geli, jijik..classmate degree aku sendiri adalah lembut & gay. Aku judge & kutuk diorg kaw2 dlm hati!
Allah Maha Mengetahui & Mendengar, Allah pula uji aku suka kt perempuan! Ya, all of the sudden I turned gay myself walaupun sebelum ni aku xpernah minat kat perempuan pon, even ada crush kt lelaki sorang ni! suka kat housemate aku sendiri yang kos berlainan & berpewatakan agak kasar, bukan pengkid. Kat rumah sewa, kitorg berdua kongsi sama bilik so bayangkan lah betapa bebasnya waktu tu. Tambah pulak, dia berperasaan sama kt aku, lagi parah. Kami bercinta agak lama hampir 5 tahun bermula tahun akhir degree tanpa diketahui sesiapa pun even housemate yang lain. Allah, sehina2 mamat gay yang aku kutuk dulu tu, lg hina aku nih yang jadi lebih teruk dari diorg. Apa yang kami lakukan sepanjang 5 tahun tu, tak ubah seperti laki bini, pergi bercuti sana sini dan berjumpa setiap hujung minggu kerana waktu tu kami masing2 sudah pon grad dan mula berkerja.
Ada suatu ketika, Allah timbulkan perasaan menyesal, ya aku menyesal sgt2 dan aku bertaubat walaupun mengambil masa yg lama. Aku tekad putuskn hubungan & minta maaf dgn penuh penyesalan kt dia dan Allah. Aku tau, dia sgt terkesan dgn tindakan aku masa tu. Lps tu, kami masing2 tak contact dh, zaman tu tak main fb lg. Sejak dah ada fb ni, baru aku cari fb dia dan kebetulan jumpa, latest dia share wedding photo dia yang dah pon berlalu. Aku faham kalau dia tak jemput aku pon, tp aku abaikan je & request add friend. Lama lepas tu, baru dia approve & aku pon tanya khabar, ucap tahniah kat dia.
Alhamdulillah, dia dh jumpa jodoh. Aku berdoa moga Allah pelihara hati kami dari kembali ke masa silam dan ampunkan dosa kami yang lalu. Lagi skali aku minta maaf kt dia, dia cakap dah lama maafkan aku. Aku lega.
Skrg, turn aku pulak kahwin & aku jemput dia hadir. Alhamdulillah. Kami masih lagi berkawan seperti biasa, cuma tidak terlalu rapat seperti dahulu dan kami masing2 berjanji supaya lupakan kisah silam kami especially dari pengetahuan suami. Alhamdulillah Allah pelihara aib kami.
Disebabkn aku pernah diuji dgn keadaan sebegini, aku stop judging orang. Biarpun orang tu gay ke bapuk ke walhal pelacur sekalipun, aku doakan yang baik2 je. Kalau suami aku kutuk orang2 mcm tu pon, aku akan tegur! Benarlah apa yang orang slalu cakap, apa yang kau kutuk kt orang tu, akan kene balik kat diri kau. Tak sekarang, mungkin akan dtg, Allah akan balas jua. Sbb tu kena jaga pandangan, hati dan mulut. Setiap kali aku nampak kekurangan orang, aku takut hati aku berkata2 lg, so aku alihkn pandangan dan istighfar byk2. Aku berharap sgt kalo dpt jumpa lg dgn classmate aku tu, aku nk mintak maaf.
Nasihat aku kepada pendosa2 yang lain seperti aku yg jahil dulu, masih belum terlambat untuk bertaubat. Allah tu Maha Pendengar & Pengampun. Perasaan suka sesama jantina hanyalah mainan syaitan dan ujian mcm aku, maka lawan lah perasaan tu dgn sedaya upaya. Mohon pertolongan dari Allah, pasti Allah akan bantu. Dan kepada orang2 yg normal, stop judging orang lain walaupon terang2 orang tu berdosa. Cukuplah ia pengajaran buat aku dan iktibar untuk orang lain. Sama2 doakan sesama sendiri, semoga Allah pelihara kita semua.
– kukumalu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Alhamdulillah… Semua sudah berubah ke arah kebaikan
awak gay ke lesbian?