aku benci keluarga aku

Assalamualaikum. ADMIN PLEASE APPROVE! :'(

aku benci keluarga aku. Sebabnya aku tak tahu apa salah aku, apa dosa aku sampai macam ni diorang layan aku. Ke aku yang tak move on?

Alkisahnya masa kecik dulu aku ada kemalangan kecil (bukan kat jalan raya ye, kek umah yo ) . Kemalangan tu menyebabkan aku berjalan lebih lambat dari adik aku. Aku still merangkak, dia dah berjalan. aku rasa ni faktor adik aku layan aku teruk. Dan merasa dia lebih besar dari aku.

Orang kata, waktu kecik Aku ni tak ada orang sayang dan sangat sensitif dan terlalu takut kat orang. Mula-mula aku kurang percaya tapi bila aku tengok balik album aku… yeah, thats right . Perlahan-lahan aku cuba terima hakikat.

Aku tengok dalam album aku :'( , adik- beradik lain baju lawa-lawa, kasut pun cantik tapi aku baju buruk then pakai selipar jepun je. And, setiap dalam gambar mesti aku duduk sorang-sorang jauh dari adik-beradik yang lain. Keluarga ku sayang, apa salah aku?

Bila aku kenang balik, aku cuma dapat ingat sikit je kenangan aku di rumah. Selebihnya aku di rumah orang. Hmm tak ada siapa pun yang nak jaga aku. Seingat aku, adik aku selalu buang apa yang dia dapat dan ambil aku punya. Contoh barang yang dia ambil -kasut, baju dll. Dan itu lah faktor aku selalu kena marah sebab lambat bersiap, bukan aku sengaja pun. Aku lambat sebab cari barang aku :'( .

Masuk je sekolah rendah, abang dan adik aku selalu buli aku. Suruh basuh kasut dll. Diorang pernah juga buat aku tertinggal bas untuk ke sekolah dan akhirnya di marah oleh mak ayah aku. Diorang takkan hantar aku , so aku kena jalan kaki. Jarak rumah dengan sekolah 2 km. Dan aku rasa ni faktor aku kurang keyakinan diri.

Aku tak tahu kenapa masa kecik aku tak berani nak lawan. Kalau aku lawan pun, gaduh dan bukan aku yang dipujuk tapi aku yang dipersalahkan sebagai punca pergaduhan. Semenjak tu juga aku jadi pendiam. Sampaikan tiap kali tanda buku rekod di sekolah, soalan pertama ayah aku akan tanya "dia ni kat sekolah bercakap tak cikgu? "

Sebab apa? Sebab ayah aku risau aku ni ada penyakit sebab kat rumah diam kat sekolah pun diam. Sampaikan masa aku darjah 5-6 aku siap2 bawak masuk dalam bilik air dan biskut untuk dimakan. Hanya itu sahaja yang aku makan. Aku lebih banyak berkurung dalam bilik daripada keluar bilik sebab kalau aku keluar bilik pun aku tak tahu nak buat apa.

Sampai ke besar aku macam ni. Bila aku datang kat adik-beradik sebab nak borak dengan diorang mesti diorang cepat-cepat bangun dan tinggalkan aku. Kekadang bila aku tanya atau cakap dengan diorang, diorang tak jawab soalan aku, jawab pun acuh tak acuh seolah-olah aku ada buat salah dengan diorang.

Tentang kerja rumah hmm tak yah cakap lah. Semua nya aku yang kena buat. Pernah sekali tu masatu aku nak trial pmr, aku tak sempat baca buku sebab terlalu banyak kerja rumah. Aku buat kerja sampai nangis-nangis. Aku merayu dekat adik aku tolong aku buat kerja sebab aku nak belajar, tapi dia buat tak tahu dan dia teruskan belajar sedangkan dia nak pmr tahun depan.

Balik asrama, kerja aku tidur sebab terlalu letih, kerja sekolah? Aku tak pernah buat. Hanya guru yang garang-garang je yang aku buat. Sepanjang pmr aku hanya jawab kertas periksa guna sebatang pen yang dakwatnya dah nak habis. Alhamdulillah cukup, aku jimat bebetul sebab risau tak cukup. Tiap kali exam mana ada mak ajak pi beli kelengkapan,, apa yang ada guna. Kecuali adik-beradik lain ada lah.

Masa aku form 4 , aku kena beli baju raya sendiri. Aku hanya mampu senyum :'( . Alhamdulillah, rezeki aku ada ustazah bagi aku duit raya tapi duit tu aku buat beli baju raya mak. Sebab setahu aku mak belum beli lagi. Aku iron siap2 dan tak sabar nak tengok mak aku pakai. Sayangnya mak aku tak pakai pun. Dan sampai sekarang aku tak pernah nampak dia pakai. Yang paling menyedihkan, baju tu mak buat jadi kain buruk :'( :'( . Aku sanggup korbankan baju untuk aku.

Masa aku spm, aku tak baca buku sebab buat pertama kali nya aku gaduh dengan mak. Mak mesej aku cakap

"Kau ni bodoh. Nak uruskan borang simple pun tak reti. Menyusahkan aku nak kena pergi uruskan borang kau. " " buang duit je sekolahkan kan kau "

Mak, akak, abang , adik, aku ni anak angkat ka? Aku ni anak pungut ke? Nak kata ya, muka aku sebijik ikut muka abah.

Pernah sekali tu, akak panggil adik aku.
Aku terus bagitahu dia yang adik tidur dan aku tanyakan kenapa sebab mana tahu aku boleh bantu.

"Adik tidur. Kenapa? Mana tahu boleh tolong. "

" ehh kau ni pekak ke aku cari adik dan nak cakap dengan dia bukan dengan kau. Tak ingin aku minta tolong kau dan benda ni tak ada kaitan dengan kau! Kau pergi kejut dia "

":'("

Akak, apa salah aku?

Dan sekarang, sahur tadi. Aku kejut abang & adik aku. Masa kejut abang, aku nampak dia dah bangun tapi aku still tercegat kat situ sebab nak pastikan dia betul-betul bangun tapi apa yang aku dapat

"Ehh sial, kau blah lah. Kau tunggu apa lagi kat situ. Bodoh, aku nak tidur pun tak senang "

Abang, apa salah aku?

Kejut adik pula,

"Bodoh lah kau ni, memekak je pagi-pagi buta, aku tahu lah nak bangun "

Adik, apa salah aku? Aku sekadar ketuk pintu bilik sahaja.

– aesya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

104 Comments

  1. bertabahlah dik. bila ko da xda..brula dorg cari2 ko nt– mksd aku xda kat rumahla. pegi stdy keja jauh2ka. bina kekuatan sdri. doakn dorg nt lmbut hati. aku pnah ja rasa mcm ko. tp aku p tnjuk rebel. kira kau ni baiklah xlawan apa smua. p pendam sdri2 kesudahnya jd introvert xgaul dgn org. tu nt akan effect hdup ko. jgn sedih2la. jd kuat utk diri sdri. syg diri sdri. dan terus doa utk dorg.

  2. Be strong, sis. Buat masa ni, sya rsa better sis berhijrah ke environment yg lebih positif, keluar drpd kepompong tu. Cari diri sis, apa impian sis, apa potensi sis etc,… build yourself. Perhaps, one day bila sis ada peluang utk belajar/kerja tempat yg agak jauh, grab that chances. In sya Allah, kat situ sis akan ada masa utk kenal potensi diri dan berjumpa dengan mereka2 yg akan menghargai sis. Nak2 last ramadhan ni, selalu doa supaya sis dikelilingi dgn org2 yg baik dan jangan berputus asa utk berbuat baik dgn family sis. In sya Allah, by time… your kindness will melt their heart. Kalo family x nampak kebaikan sis, jangan risau. Allah nampak

    • tmpat plg bgus utk brhijrah adalah tmpat blajar…smbung blajar…kalau xdpt smbung blajar cari pluang pkerjaan yg jauh sikit tp still blh d hubungi…bila bkerja/blajar, buat btul2…balik scara brkala cth:dua thn skali(raya puasa+raya haji)…bila hbungan smakin baik, tmbh kn kekerapan balik k rmh…kalau hbungan krg baik, krg kb balik, bnyak kn brhubung mlalui telefon@whatsapp…sntiasa update kjayaan diri pd fmily…walaupn diorg xkisah…huhu

  3. Semoga sis dikelilingi org baik2…
    Mereka yg mnjadikn sis begini dibuka mata hati agar sedar kesilapan diri…Apapun, bila dtg peluang utk sis berubah dan appreciate diri sdiri dan majukan diri, cepat2 grab…

    Hati sis sangat baik, tentu ada masa dpn yg lebih baik…
    Yg pnting, jgn lupa solat dan sentiasa merintih kpd Allah. Dia sebaik2 Teman kita…

  4. bila tiada org hargai..maka kita hargai diri kita sendiri..majukan diri..dah cukup umur kerja part time, sewa bilik (duduk luar), kumpul duit..meniaga..kumpul lagi sehingga berjaya-ada rumah, kereta dan harta sendiri. bila dah berjaya jgn balas dendam..bantulah mereka yang senasib…elaun mak bapa jgn putus bagi biarlah mcmana pun. insyallah. Allah with u.

  5. Kau kena kuat sis. Jangan dorang pijak kau. Kuatkan semangat. Kalau boleh kau keluar dari rumah tu. Cari kerja part time . Sewa rumah sendiri. Bina hidup baru tapi jangan sekali2 kau lupa mak ayah kau. Kuatkan semangat.

  6. jarak knlah diri…kdang2 jarak tu memain kan peranan dlm menanam rasa rindu…dan mesti ingt…mrah@kecewa mcamana pun kita dngn manusia, jgn putus kn hubungan dgn Allah dan jangan rugi kan diri sdr…cari apa cara pun untuk memajukan diri sdr dan jangan putus hrapan…awk ada Allah yg akan sntiasa mngasihi awk….

  7. Sis..hebatnya ujian untuk awk..sabar ya sis,ada hikmah yg Allah sembunyikan,jga solat n sntiasa mintak kt Allah berikan petunjuk .. sis kuat

  8. Awak belajar elok elok la ye, nanti awak boleh keluar dari rumah tu so awak tk payah hadap diorg tu. Tkpyh la menghargai org macamtu, tu bukan keluarga awak dah. Belajar berdikari. Nanti masuk U ke duduk la rumah sewa awak buat partime kerja. Habis blaja tkperlu duduk rmh keluarga dah biar la berjauhan diorg tk penah ambik peduli. Awak bawak diri lah ye… Hidup dgn kengkawan lagi bagus.

  9. Kau try la cari kakak angkat .. kat atas ni ramai dok offer diri … aku tau apa kau rasa .. kau just nak teman .. aku pon dah bahagia bila ada kakak angkat Fieqa NZ Norzlan .. mungkin kau boleh cuba .. tapi jangan la dengan kakak aku .. hehee

  10. hmm sedihnya awk kna kuat k. awk belajar elok2 lepas tu awk pergi smbung belajar mana2 jauh dgn family. Dorg ni x reti hargai awk. nnti dorg yg menyesal buat awk cm tu.

  11. Kdg2 mcm tak percaya bila baca sana sini ada post dlm berbagai media…suruh berbaik adik beradik la…respect org tua especially mak ayah…..dahulukan kaum keluarga…
    Hakikatnya ramai adik beradik yg buat tak endah sesama sendiri…mak ayah yg pilih kasih….keluarga yg menjauhkan diri bila susah…..
    Yg penting motivasikan je diri sendiri….bukan buang kaum keluarga….tapi gantungkan harapan pada yang Esa sebaiknya…..
    Ada ketika orang luar yg lebih memahami……dari saudara darah daging sendiri…..
    Yg jelas klu dah berjaya atau berharta pasti nanti baru terbuka mata masing2…mengaku adik beradik…

  12. jgn asik salahkan org lain. adik suke rampas brg awak,salahkan adik nak buat ape? u need to take charge! selalu kene buli dgn adik bradik lain.sbb ape? because u let them. so it’s time to take charge and take care of yourself! if ur parents xnak defend u..then it’s time for u to defend urself n have your own stand! Best of Luck!

  13. Sedihnya baca. Kita selalu dengar org ckp mak mana x sayang anak, keluarga la segala2nya. In reality, tak seindah itu. X tahu juga nak bagi nasihat macamana, cuma kakak boleh mendoakan agar there’s a lighy at the end of the tunnel, ada hikmah yg tersembunyi dan semoga adik diberikan kekuatan untuk bangkit dari kepayahan ini.

  14. awak.. nak suruh awak bertabah, awak dah cukup tabah untuk hadapi semua tu selama ni. nak suruh sabar pon, awak dah cukup bersabar selama ni. apa saya boleh cakap, semua yang jadi ada hikmah utk awak. jom kita kawan? pm saya. saya xjanji saya boleh jadi sahabat awak yang baik tapi insyaallah saya boleh luangkan masa saya untuk awak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *