Aku dalam dilema

Assalamualaikum . Aku perlukan pendapat korang. Aku bakal meninggalkan zaman bujang aku . Tapi aku masih dalam dilema. Aku pernah ada sejarah hitam dalam hidup aku iaitu aku dah tak suci. Aku dah bertaubat dan sangat berharap dosa aku diampunkan oleh Allah. Siapalah yang tak punya impian utk dirikan rumahtangga dgn org yg kita syg kan? Masalah aku skrg aku takut bila aku dah nikah nanti suami aku akan persoalkan tentang kesucian aku.

Apakah aku harus beritahu hal yang sebenar kepada dia sebelum kami bernikah? Aku takut. Sangat takut. Aku juga ingin bahagia seperti wanita yang lain.

Pernah juga aku terfikir utk memberitahu dia hal sebenar sblm kami berkahwin supaya dia tidak menyesal buat keputusan utk hiduo bersama aku yg dah tak suci.

Tapi… entah lah.. Aku sendiri bingung. Kalau aku tak beritahu, takut pulak aku diceraikan selepas kahwin gara-gara tak suci.

Aku mohon diberi peluang utk merasai nikmat bahagia sperti org lain.
:')

– Sistur dilema

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

43 Comments

  1. Insyaallah kalau dia lelaki yang memang ditetapkan sebagai jodoh awak walau bagaimanapun jadi akan tetap jodoh awk..banyakkan solat taubat,istikarah pada Allah mohon petunjuk sis..insyaallah kalau dia jodoh sis,dia akan terima sbb mmg itu ketentuan yang ditetapkan.

  2. .. Jgn sesekali mjerat diri sendiri .yg berlalu biar kan ia pergi masa takkan kembali mungkin itu khilaf anda kita manusia tidak lari dr mbuat dosa tetapi nekad lah utk berubah sepenuhnya bertaubat beristikarah mohon berkat rahmat diampun dosa lalu anda akan hidup bersama nya dimasa hadapan knp mesti berpaling mbuka buku lama kalu dia benar ikhlas bsama anda insha’allah . Allah maha adil akan tutup aib anda.. Ingat jgn sesekali buka cerita lama .teruskan hidup baru hargailah apa yg anda miliki sekarang .. Smoga Allah bsama kamu ;)

  3. Salam sis. Ustaz Azhar Idrus dah jawab persoalan awak ni. Dia kata jangan sesekali beritahu bakal suami awak pasal diri awak yang dah tak suci. In sha Allah, kalau dia lelaki yang baik, dia akan terima awak seadanya. Doa banyak-banyak sama Allah supaya dibukakan pintu hati bakal suami awak tu untuk terima diri awak seadanya..

  4. X perlu bg tau.yg penting taubat nasuha.dn berazam jgn buat lg.Allah syg kamu
    Allah dah ttp aib kamu.jd jgn susah ati.yg lepas biarkan berlalu.cuba lupakan.yg akan dtg ni susun baik2 perancangan hidup.smua org berhak utk bahagia.dn yg penting kena ingat…’Hidup terlalu singkat utk bersedih’.

  5. Kena faham sikit sis, takde dara tak bermaksud tak suci, takyah bagitau suami, kalau suami perasan cakap bersukan, atau memang lasak sebelum kawen. Takyah bagitau serius ni

    • Masalah lelaki ni diorang suruh jujur, tapi bile dah jujur takleh terima, lepas kawen dera bini sebab anggap isteri tak suci tak setaraf dengan si suami. Bila dah ditutup dosa silam, taubat nasuhah, yakin Allah ampunkan dosa kite, move on, let it go. Berbakti kepada suami. Lagi banyak baiknye simpan je rahsie daripda terus terang

  6. Sis . aku rase x perlu buka kisah lama ko . dh bnyak kali beratus kali org2 ckp . if dh trlanjur tp Allah tutup aib ko jgn pulak ko membukanya . mcm gini laa sis . alhamdulillah ko dh taubat and sedar kesalahan ko . masih ada iman dlm hati sis . so apa ko perlu buat . kawin nanti jd laa isteri yg baik untuk pasangan . jaga hati dia , jaga perut dia , jaga tmpat tidur dia . ni sbgai reward untuk psangan ko . biarlh ksalahan yg pernah ko lakukan mnjadikn ko manusia yg lebih baik . baik sesama manusia mahupun Sang Pencipta .

    • Lol. Kan blajar dlm sains skolah menengah. ?

      Berat la kalau camtu.. ramai la laki yg tak teruna sbb dh tahu cara nk kesan dia masih suci atau tak ??

    • Speaking of LOGIC, secara logiknya abam2 teruna kat sini yang pertikaikan teori “like ATTRACTS like” akak ni belum kawen kan, atau kalau dah pun yakin isteri masing2 suci pasca mlm pertama. Buat yang amek medic, kalo mayat, kita ada case study utk dissect check anatomy, ada include practical tak when it comes to female reproductive system ;)

      Secara logiknya juga, abam2 yg bukan teruna di sini juga JIKA boleh SAHKAN teori akak ni takkan tampilkan diri kan, the past is past, takkan nak buka aib sendiri kan UNLESS anonymously post ke page ni.

      Walaupun ini ialah teori, bukankah ia teori yang MENENANGKAN :) percaya dengan janji Allah, lelaki yang baik ialah untuk wanita yang baik N vice versa. Adek dah taubat nasuha, anggapkanlah Allah reserve lelaki baik ini sehingga adek benar2 kembali ke jalanNya. Si dia ialah NIKMAt yang dikurniakanNya maka BERSYUKUR lah.

      Dosa adek2 yang lepas adalah antara adek dan Maha Pencipta, calon jodoh adek sama ada perempuan atau lelaki takde hak untuk tau, lebih2 lagi peristiwa tu berlaku sebelum si dia muncul dlm hidup adek. Lebih membimbangkan jika soalan ‘perangkap’ ini ditanya oleh lelaki spesies MANIPULATOR (this is a SIGN that you haven’t healed and forgiven yourself even though you have repented)

      BTW teori “HANYA Jauhari MENGENAL manikam” ni akak ada share dgn asben lepas post tadi,dia juga setuju dgn abam2 teruna sini, katanya orang tua dulu punya teori masih relevant.

      Akak jawab ye la kita membesar dgn sentimen orang dulu2 yg siap pasang cadar putih nak detect “ditebuk tupai atau belum”, filem Melayu dulu pun contohnya “Melati Putih” lakonan Tantiana dan Dato’ Yusof Haslam masa muda2 dulu2, masuk ke subconscious mind kita dan jadi sebahagian dpd BELIEF system kita.

      Apa2 pun buat abam2 teruna
      semua lebih baik lah FOKUS untuk jadi hambaNya sentiasa BERSYUKUR, BERTAUBAT dan BERTAQWA daripada memikirkan your RIGHT to DESERVE a virgin bride. If you happen to be lucky to wed one, you do deserve it, if you get to find out that she is not one, you deserve it TOO. Allah tidak pernah zalim(meletakkan sesuatu tak KENA pada tempatnya). Berlapang dadalah.

    • ada logic dan betulnya. Dulu ada doc wanita kata tiada siapa boleh tahu perempuan itu ada dara atau tak melainkan doc buat checkup. Then tanya kawan kawan lelaki, betulkah?. They said yes, lelaki tak tak tahu melainkan lelaki hidung belang yang dah biasa main perempuan. Dia tahu apa yang beza ke tak. I mean not based on body but based on sexual activity they will going through nanti. They can automatically detect it. So, kalau lelaki itu tahu, jaga jagalah korang. Hahaha

    • Jaga2 jugak la lelaki itu ye, remember BOTH of you deserve each other. Tutup cerita lama, mulakan hidup baru bersama keranaNya.

      Semoga dilimpahi Sakinah, Mawaddah dan Rahmah InsyaAllah.

      Cari lailatulqadar, hayati dan benar2 maksudkan doa اللهم انك عفو كريم تحب العف فاعف عنى sehingga menitis air mata taubat. InsyaAllah.

    • Ohhh bila brain balik statement ni baru den paham maksud guy yg boleh detect ni dia pun x virgin lagi. Ok enough internet for today :P

  7. Sbgai lelaki, aku lebih suka jika prmpuan tersebut jjur dgn aku. Jgn menipu. Dan aku juga sedia menerima seseorg itu, no matter how bad she is before asalkan dia baik skrg.
    Maaf, bg aku yg komen jgn bgtau tu, korg hnya fikir jngka pendek, sbb nnt bila lelaki tu tahu, dia akan lebih marah dan trtipu, dan ego seorg lelaki paling anti ditipu.

  8. Di bawah ialah komen untuk post lain yang ada SIGNIFICANCE dgn post di atas.

    “Hmm.. Bila terjadinya kejadian masa kecik tu, subconscious mind adek dh ditanam perasan low self-esteem, that you only deserved that similar treatment dpd Orang sekeliling (made you feel more UNWORTHY).

    Bila adek kembali ke jalanNya, Allah bukakan hijab adek kepada si dia yang menghargai adek, sayang adek dan nak peristerikan adek (walaupun belum tau sejarah adek)..

    Now, adek dah minta ampun padaNya, yakinlah Allah Al Ghafur telah ampunkan adek, the question, have you forgiven YOURSELF? Selagi adek masih BELUM maafkan diri sendiri, kemungkinan untuk adek menarik jodoh yang akan buatkan adek rasa MORE unworthy adalah tinggi, pernah dengar kan tagline Prof M, “Dunia dalaman saya ialah dunia LUARAN saya”.

    Contohnya seorang pompuan kawen dgn lelaki yang baik pada awalnya, tapi lepas kawen baru tahu sifat sebenar suaminya, (tk bayar nafkah, kaki pukul etc). Ini ialah kerana diri kita SENDIRI yang jadi MAGNET kepada pasangan jenis mana yang jadi jodoh kita.

    Berbalik kepada adek dan calon jodoh adek, Allah memberi mengikut sangkaan hambaNya, adek perlu rasa LAYAK untuk bertemu jodoh dengan lelaki yang baik, MAAFKAN diri sendiri atas dosa silam dan berdoalah supaya Allah tutup aib adek ni selama2nya dpd pengetahuan bakal suami adek ni. TAK PERLU cerita.

    Ye, katakan si dia terima, tapi kita kena ingat kisah silam adek ni boleh dijadikan modal untuk DIUNGKIT bila berselisih am pendapat lepas kawen nanti, kesannya adek akan sentiasa MENGALAH, at the end of the day, you will lose your SELF – IDENTITY, sentiasa diingatkan si suami that you are lucky enough to have him take you. Is that what you want..

    Serahkan padaNya, Dia Al Fattah maha membuka, Dia juga Al Mumiit maha menghapuskan, mematikan nafsu mereka yang ingin membuka aib adek. InsyaAllah. Bersangka baiklah denganNya. “

  9. 1st, ko boleh bg hints dulu utk tgk reaksi dia.

    2nd, based on dia punya reaksi ko buat la keputusan mana lg elok…bgtau ke atau x bgtau.

    3rd, prepare utk tanggung akibat dari keputusan yg dibuat.

  10. Sebaiknya rahsiakan shj. biarlah itu rahsia sis dgn Allah shj. Yg penting laksanakan tggjwb sbg isteri sebaik2nya, dan taubat nasuha. Hargai dan pelihara maruah sis n suami sampai akhir, inshaallah.. sebab kita tak tahu apa akan berlaku akan dtg… apa pun keputusan, mohon bantuan dgn Allah ye

  11. Allah tutup aib hambanya.. Xkan nk buka… xpe.. Yg lpas biar lpas.. Iman mnusia ni ada turun, ada naiknya.. Mgkin skrg klau kita jjur dia trima, tp nnti dia akn ungkit.. So, baik diam.. Ttup aib tu..
    *klau dia tahu lpas kwin, klau dia btul2 sygkn kau, dia akn trima..

  12. Ustaz zawawi pernah ckp ms mgajar kami kat matrik dulu..jgn sekali2 bgtau kalu pernah buat dosa…smpn share dgn Allah je…cntohnya perempuan yg dh pnh bzina…klu xbgtau, suami takkan tahu…dara ni bkn senang nk tahu, ustaz ckp dia dh kawen byk tahun pon tak tahu nk beza…apa pon kisah silam tu xperlu diceritakan semula, banyak kesan negatif drp positifnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *