Janganlah post gambar tu…

Assalamualaikum semua. Thank you sangat2 sebab publish confession ini.

Sebenarnya ni bukan confession sangat pun, tapi lebih kepada teguran untuk seorang junior. Saya harap sangat junior yang saya nak nasihat dapat baca mesej ni. Tapi kalau nasihat/teguran ini tak terbaca oleh orang yang sepatutnya pun, mungkin ini boleh jadi teladan untuk orang lain juga. In sha allah.

Kisah junior ini pun saya tengok based on apa yang dia post di facebook dia dan saya rasa saya perlu tegur junior ini. Tapi saya tak tahu cara terbaik sebab macam pelik sangat kalau saya yang tak pernah2 borak dengan dia tiba2 mesej dia bagi nasihat macam2. Junior saya ni pernah bercouple dengan seseorang semasa kitorang dekat sekolah menengah dulu. Saya walaupun takdelah rapat dengan junior tapi saya tahu lah pasal kisah diaorang ni. Nak dipendekkan cerita, tahun lepas ke tahun sebelumnya saya dapat berita yang kekasih junior saya kemalangan dan menjadi arwah. Saya masa tu terkejut sangar sebab arwah muda lagi. Inalillah. Alfatihah.

Apa yang saya nak nasihat ni berkait rapat dengan arwah. Wahai si junior saya harap sangat awak janganlah share gambar awak dengan arwah di facebook. Saya taknak awak tambah dosa arwah yang sudah pergi. Saya tahu awak sedih, rindu sebab arwah dah pergi selama-lamanya dan awak takde peluang nak jumpa dia lagi. Saya rasa cara terbaik untuk awak share kesedihan awak adalah dengan selalu berdoa untuk arwah. Saya sedih tengok awak share gambar awak dengan arwah berdua dalam facebook, sebab saya risau untuk arwah. Kita yang di dunia sepatutnya selalu berdoa untuk arwah so that arwah selalu dirahmati Allah dan dipermudahkan urusannya, janganlah kita tambah saham dosa arwah.

Saya tahu sangat niat awak baik tapi mungkin cara kita salah. Rasa sedih tu tak salah tapi perhatikanlah/berhati2lah dengan cara kita untuk cope dengan rasa sedih tu. In sha allah.

– Concerned Senior

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *