Si Kosong

Cerita aku panjang, bacalah. Moga ada input yang boleh korang kutip

Dalam kita menyendiri, kita selalu akan rasa terasing dari dunia asli. Aku, cuma seorang yang sederhana. Cukup sederhana. Aku kecewa dengan banyak perkara yang aku lakukan. Aku buat banyak perkara yang tak cukup relevan untuk dibicarakan

Seawal usia belasan lagi aku bergelumang dengan perkara yang bukan-bukan tapi masih berbatas disebabkan separuh hati aku dipenuhi rasa jahat separuh menghalang lakukan perkara tersebut. Ya, 50-50

Aku lakukan ikut kehendak dan nafsu, dan solat bukan perkara yang aku sentiasa buat. Malah, boleh dikira berapa kali sahaja sepanjang 3 tahun kebelakang. Aku lari dari kewajiban. Aku lupakan segala yang wajib dan hanya agama pada kad

Sampai satu tahap, yang aku rasa aku tersangat penat dengan dunia yang aku cipta. Ya, aku sangat penat. Penat yang aku tak mampu nak buat apa-apa sekalipun. Yang sampai tahap aku rasa dah cukup aku lalui fasa aku berseronok tanpa ikut suruhan Allah

Aku penat dan aku rasa sangat kosong. Aku terduduk sepi, aku si penat dan si kosong. Setiap hari aku menangis dan mencari sesuatu untuk aku penuhi rasa kosong. Aku sangat memerlukan seseorang untuk bantu, tapi aku buntu pada siapa aku mahu meminta

Aku nak kembali, tapi aku sendiri tak yakin dengan kemampuan aku untuk mencari jalan yang benar. Aku si jahil yang perlu tangan yang ikhlas nak berjalan bersama aku balik pada jalan yang betul. Aku masih mencari sinar dan ketenangan itu

Tak, aku tak cerita untuk dibash. Aku tak mereka cerita mungkin pada yang terfikir begitu. Aku adalah aku, seorang yang meluahkan yang terpendam. Aku penat dengan semua perkara, aku kecewa dengan semua perkara

Perlu untuk korang tahu, bila jadi sesuatu perkara dalam kehidupan korang. Jangan cepat melatah, kuat dan kuat untuk terus kedepan. Banyak perkara yang berlaku yang cukup terkesan dalam hidup aku, kematian, kehilangan, ditinggalkan & meninggalkan. Yang buat aku berubah jadi seburuk aku dan sejahil aku sekarang. Pilihan tu dekat tangan kita. Pilihlah yang terbaik

Doakan aku, untuk terus kuat mencari diri dan temui apa yang aku cari selama ini

– BH

– BH

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

One comment

  1. If u are tired . learn to rest not to quit . kpd BH ko perlu maafkn dri ko . aku rase u push too hard for yourself . semua org ada buat silap . ko jgn ingat ko je pndosa dkt dunia ni . semua weyh . bukn snang kita nk lalui akhir zaman ni . mcm2 temptation . alhamdulillah ko dh ada kesedaran . if ko nk tman brbicara boleh pm aku . tp aku x sebaik mane . and maybe aku x boleh bimbing ko sbb aku sndri sdg memperbaiki dri . tp aku boleh jd pndengar ko and bantu takat aku mampu . yg pnting jgn ptus asa dr rahmat Dia . Allah xsuke org yg cepat surrender . stay strong . may Allah bless you .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *