Aurat lagi

Tolong jaga diri yang perempuan. Susah nak sentuh bab aurat zaman sekarang ni. Banyak pertikaian itu dan ini. Aku pun pernah berfikiran feminist, dan rasa perempuan ada hak nak pakai apa pun asalkan bagi aku pakai baju lengan panjang seluar panjang pakai tudung. Dan bagi aku salahnya pada lelaki sebab tak jaga pandangan. Dulu aku tak percaya mata lelaki macam xray. Ni dulu la dulu.

Tapi sejak aku dapat tahu benda ni, terus aku tersedar sesuatu. Ok macam ni. Aku ada kenalan rapat, lelaki, dan aku pernah terbaca perbualan dalam group whatsapp dia yang sesama lelaki. Mereka sedang rekrut 'pekerja' untuk satu jawatan dalam organisasi diorang. Kebanyakan yang memohon adalah wanita. Dan bagi aku biasalah untuk memilih pekerja, mereka juga ada cari facebook wanita-wanita tersebut. Mungkin untuk menilai. Ada gambar dikongsi dalam group tersebut. Dan mengejutkan, terus 2 3 orang masuk cakap benda yang kurang sopan macam "weh besarnya," dan sesuatu pasal lucah yang aku taknak ingat. Takut aku baca.

Aku kenal beberapa kawan sekerja dia tu. Ada yang dah bertunang dan suami orang. Aku terkejut sebab mereka ni diluar sangat berbeza. Aku ingat diorang baik tapi aku salah. Aku nak cerita mcm mana ntah nak bagi faham. Diorang ni, kalau tulis status atau berborak secara live, diorang macam sokong perempuan. Contohnya, diorang sokong sangat-sangat lelaki yang salah tak tundukkan pandangan, perempuan tak salah. Banyak diorang share pasal perempuan. Dan ramai perempuan suka sebab yelah, dalam ramai-ramai lelaki, ada jugak yang 'faham' kaum wanita.

Tapi no no no. Aku salah sama sekali. Diorang sama je. Diorang yang dipandang tinggi, solat tak tinggal, bercakap bagai ulama, mengaburi mata perempuan. Mereka juga x-ray, mereka juga berimaginasi, mereka juga berkongsi perkara lucah bagai benda biasa. Aku cukup tak suka kalau orang cakap "Normal la lelaki, nafsu ada satu je." Tak wehh. Yang lucah tu tetap haram. Bukan benda normal. Tolong buka minda.

Aku cuma kesian kat pekerja diorang tu, entah-entah hari-hari dijamah oleh mata lelaki.

Yang perempuan, ya kami juga salah. Kadang-kadang kami rasa kami sudah menutup aurat sempurna, rupanya tidak. Btw, terima kasih pada yang sudi tegur kalau pakaian kami tidak sempurna. Aku mula bukak mata. Dulu aku ingat kalau pakai bawal bodoh-bodoh pin tudung ke depan tu kira molek dah. Tapi kalau buat macam tu senang terselak kan kalau ada angin. Dan melekap terus ke dada nampak bentuk. Yang berjubah tu ha pakai lah Tshirt atau singlet yang tebal atau longgar sedikit, seluar panjang di dalam. Sebab aku pun annoyed bila sisters berjalan, nampak bentuk kaki dan segala bentuk yang timbul. Memang susah pun nak jaga. Aku pun kadang-kadang malas. Lagi lagi yang bertubuh agak gempal. Pakai apa pun nampak tersembul. Tapi tolong cakna. Sama juga lelaki yang pakai tshirt ketat dan singkat. Perempuan zaman sekarang banyak yang nakal.

Senang cakap, korang fikir macam ni je. Kalau suami/tunang/boyfriend/bapak/anak lelaki korang suka pandang perempuan lain macam tu apa korang rasa? Dan lelaki, kalau isteri/tunang/girlfriend/emak/anak perempuan korang suka sembang lucah, korang suka?

Dan ya aku tahu susah nak bendung perkara ni pun. Banyak lagi medium diorang boleh cari. Bersepah. Tapi kalau berjuta orang berfikiran macam tu, mampus. Mana yang boleh elak kita elak, walaupun perubahan tu sebesar sebutir garam. Mungkin kalau kita buat kerana Allah, Allah akan jaga kita dan Allah akan dekatkan kita dengan orang yang baik2, dan jauhkan dari orang yang perangai tak senonoh.

"Ingat perempuan melawa untuk lelaki je ke?"

Aku tak suruh pakai telekung pun, ataupun nak suruh ubah pemakaian korang. Sikit pun aku tak suruh. Korang pakai je macam biasa selalu korang pakai. Korang punya suka. Aku cuma nak korang ubah pemikiran sedikit, ubah cara berfikir tu. Takut nanti kena kat diri sendiri di masa hadapan. Serius cakap. Aku cakap ni untuk kesedaran sebab aku pun baru mula nak buka mata. Kalau kita tak suka orang buat kat kita, kita jangan buat benda tu. Maaf andai terguris kata :D

– miss L

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

20 Comments

  1. Suka baca yang ini. Tahniah buat tulisan ini membuka mata. Sebenarnya dah banyak yang cakap pasal aurat dan pandangan lelaki macam xray ni tp ramai perempuan tak kisah. Mereka rasa mereka betul. Mereka rasa pakai tudung silang atas dada tak apa, mereka rasa pakai jubah ketat body tu tak apa, mereka rasa tak pakai tudung tu biasa tp Mereka lupa apa yang mereka rasa belum tentu menenangkan mereka. Bayangkan pakai baju tshirt ketat kene tarik2 kalau duduk. Pakai seluar ketat kalau bersesak dgn orang ramai free2 kene raba, boleh tenang? Ubah PEMIKIRAN dan hijrah PEMAKAIAN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *