abang ipar

Assalamualaikum. Thanks admin approve confession sy.

Aku nak confess pasal abang ipar aku. Aku perempuan dan aku anak bongsu. Aku ada sorang kakak dan 3 orang abang. Kakak aku baru kahwin beberapa bulan. Tak sampai setahun pun lagi. Tapi masalah sekarang abang ipar aku.

Aku sekarang belajar so aku duduk dengan kakak aku. Actually sebelum kakak aku kahwin memang kitorang duduk berdua. Bila dah kahwin abang ipar aku duduk sekali. Nak dijadikan cerita lepas je diorang kahwin, aku nampak perangai abang ipar aku ni meluat betul.

Aku kenal abang ipar aku dah lama macam kakak aku. Sebab aku dan kakak rapat so boleh dikatakan everything kitorang akan share. Sebelum diorang kahwin, abang ipar aku baik sangat. Selalu belanja makan, belikan hadiah, belikan baju. Macam-macam. Tapi tu dulu. Lepas dah kahwin pun still belikan aku macam-macam tapi tak sebanyak dulu. Lepas dah kahwin, aku tengok banyak benda dia nak salahkan aku. Kalau belikan aku something, muka dia macam tak puas hati. At first aku fikir mungkin dia penat kerja tapi tak kan lah setiap kali beli mesti buat expression muka macam tu? Aku tak suruh diabelikan.

Bagi aku dia dah tak sebaik dulu. Utk pengetahuan semua, parents belikan sebuah kereta. Kereta tu aku share dengan kakak. Tapi lepas diorang kahwin, kereta tu dah jadi macam harta abang ipar pula. Lepas aku guna je mesti ada yang tak kena. Kadang-kadang bila dia tahu aku nak guna kereta, dia akan drive kereta tu bawa pergi kerja. Aku pun malas nak bertekak dengan kakak, malas nak mengadu dengan parents. Sabar je la. Macam aku meminjam dari dia.

Disebabkan dia banyak nak salahkan aku, ada juga terdetik nak menjawab tapi nanti kalau aku gaduh dengan kakak aku nak lari pergi mana. Aku nampak abang ipar aku sekarang control kakak. I want my sister back. That's all i want. Kakak pula dah macam menunduk sangat dengan abang ipar. Aku cuba fikir mungkin sebab abang ipar suami kakak tapi nampak macam melebih-lebih kakak menghambakan diri dia.

Doa baik-baik saje. Moga family aku dilindungi. Amin.

– adik ipar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

26 Comments

  1. Kakak kau dah jadi milik dia. Itu hakikat. Ko x boleh buat mcm dulu. Ko kene keluar rumah tu dah. Bagi privacy utk diorg. Ko x tau nak lari mana? Ko kawin. Ikut suami kau. Settle.

  2. Lagi satu yg aku bimbang ialah macamana dgn aurat ko? Ko pakai tudung dan baju longgar ke tak kar rumah. Biasa kat rumah kita pakai simple saja nak selesa. So be careful. Jgn sampai jadi citer lain nak confess kat sini.

  3. Saya sarankan awak pindah duduk dgn kengkawan awak yg masih bujang. Sebab dia
    1. Bole menimbulkan fitnah
    2. Aurat xterjaga
    3. Mcm mana baik/jahat lelaki tu, tp kalau dah rezeki depan mata, mmg dia xkan tolak, xkan awak sanggup nk gadaikan maruah awak semata2 kakak awak.
    4. Utk kakak awak kembali mcm dlu. Sbb bila awak duduk jauh skit, dia akan slalu igt.
    5. Utk kembali rapat dgn kakak, awak bole ajak kakak awak buat aktiviti dgn awak tanpa pengawasan suami dia.

    Pelan2 awak nasihatkan la kakak awak tu yg apa pon awak tetap ada dgn dia. Lgpon kakak awak baru kahwin, awak kena bg peluang utk kakak awak selesa dgn abg ipar awak.

    • Setuju.. tak pun suruh je abg ipar tu cari rumah lain dgn kakak kau.. aku kalau abg ipar aku balik kmpg lama2 pun, aku penat nk pkai tudung 24jam dlm rumah.. panas oii..

  4. Sorrylah bukan tak nak sokong ke apa. Sya rasa nilah masa utk awk keluar dari zon selesa. Saya ad abg yg dulu tolong hulur duit gak time study, pas dia da kawin terus stop. X boleh salahkn diorg. Tau x org kawin ni byk komitmen. Nak bayar loan, rumah, nak saving lagi, mcm2.Lgpun diorg pun mesti nk privacy. Lelaki lau dah kahwin msti dia nak manje2 ke ngan wife dia, nak borak2 hilang stres keja.so, kite yg bujang ni kena paham, Kite nmpk org kawin ni cam senang je, tp dlm hati diorg kite x tau. Eloklah kuar dri umah tu, try survive. Jgn salahkn diorg, kira untung dah tu kena belikan pape. Cam kitorg yg lain ni semua usaha sendiri, Okay?

  5. Dik, sebelum dgn selepas kawen, memang berbeza, in term of financial & hubungan. Abg ipar awak tu bnyk tanggungjawab dan komitmen..
    Kata awak, kakak awk ikut je ckp laki dia, habih, da tu laki dia, syurga dia pd laki dia.
    Lg 1, better awak menyewa luar, bukan apa, mereka masih kategori baru kawen dan dlm mood honeymoon, sah2 x privasi bila awk ada kt rumah.
    & 1 lagi, dekat bau taik, jauh bau wangi.harap awak faham

  6. Sangat sokong yg bagi nasihat suruh keluar rumah. Mungkin abang ipar tak selesa ada perempuan bukan mahram duduk dengan dia.
    Please grow up, don’t expect ur relationship with ur sister will remain the same even after she got married. Suami dia adalah keutamaan dia.

    • Tp rsanya sebaiknya.. abg ipar kot yg kena keluar ngn wife dia cari rmh lain… tngungjwb suami yg sediakan tmpat tggal utk isteri…. bkn suh si adik ni yg kuar… tp mmg sgt disarankan duduk berasingan…. x elok dok sekali ni… mcm2 hal boleh jd…

    • Betul apa Linda Topo ckp. Kereta pon suruh abg ipar belikan..byk cantik cuci tangan kaki je kawin2 suma dapat. Usaha sendirila..

  7. ada hadis tu kata ipar adlh maut. kne fhm dlm rumahtgga xbole ada ipar dlm rumah. duduk la asing2.dlm rumhtgga suami isteri ada privasi. jujur kalau.sy jd abg ipar, sy pun rsa yg sama dgn kisah ni. dkt bau tahi, jauh bau wangi- itu pesan org tua.kalau boleh jgn jadi adik y suka mintak2. dulu dy belikan, sbb nk bodek jd abg ipar. bila da kawin, nak kne byr itu ini, nk kne hulur parent, nk kne buat simpanan utk bakal anak, utk beli rumah.

  8. SAHIHKAH HADIS IPAR ADALAH MAUT!

    Jawapan:

    Ia hadis sahih.

    عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِيَّاكُمْ وَالدُّخُولَ عَلَى النِّسَاءِ ” ، فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَفَرَأَيْتَ الْحَمْوَ ؟ قَالَ : ” الْحَمْوُ : الْمَوْتُ
    ‘Uqbah bin ‘Amir meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Berjaga-jagalah kalian daripada masuk menemui kaum wanita. Seorang lelaki Ansar bertanya: Ya Rasulullah, apa pandangan engkau tentang Al-Hamwu? Baginda menjawab: Al-Hamwu adalah maut. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Nikah, hadis no: 4934]

    Apakah maksud Al-Hamwu?
    Kata Al-Hafiz Ibn Hajar:
    زَادَ ابْنُ وَهْبٍ فِي رِوَايَتِهِ عِنْدَ مُسْلِمٍ ” سَمِعْتُ اللَّيْثَ يَقُولُ : الْحَمْوُ أَخُو الزَّوْجِ وَمَا أَشْبَهَهُ مِنْ أَقَارِبِ الزَّوْجِ ابْنِ الْعَمِّ ونحوه
    Al-Laith berkata: Al-Hamwu merupakan adik beradik lelaki si suami dan seumpamanya daripada kaum kerabat suami seperti sepupu suami dan sebagainya.

    وَقَدْ قَالَ النَّوَوِيُّ : الْمُرَادُ فِي الْحَدِيثِ أَقَارِبُ الزَّوْجِ غَيْرُ آبَائِهِ وَأَبْنَائِهِ ، لِأَنَّهُمْ مَحَارِمُ لِلزَّوْجَةِ يَجُوزُ لَهُمُ الْخَلْوَةُ بِهَا وَلَا يُوصَفُونَ بِالْمَوْتِ . قَالَ وَإِنَّمَا الْمُرَادُ الْأَخُ وَابْنُ الْأَخِ وَالْعَمُّ وَابْنُ الْعَمِّ وَابْنُ الْأُخْتِ وَنَحْوُهُمْ مِمَّا يَحِلُّ لَهَا تَزْوِيجُهُ لَوْ لَمْ تَكُنْ مُتَزَوِّجَةً ، وَجَرَتِ الْعَادَةُ بِالتَّسَاهُلِ فِيهِ فَيَخْلُو الْأَخُ بِامْرَأَةِ أَخِيهِ فَشَبَّهَهُ بِالْمَوْتِ وَهُوَ أَوْلَى بِالْمَنْعِ مِنَ الْأَجْنَبِيِّ اهـ
    Imam an-Nawawi berkata: Yang dimaksudkan dengan hadis ialah kaum kerabat suami selain ayah suami dan anak lelaki suami. Ini kerana ayah suami dan anak lelaki suami merupakan mahram kepada si isteri, dibenarkan untuk mereka berdua-duaan dengan si isteri, dan tidak disifatkan mereka dengan maut. Lalu yang dimaksudkan di sini ialah saudara lelaki suami (iaitu ipar kepada si isteri), anak buah daripada adik beradik lelaki si suami, pakcik suami, sepupu suami, anak buah daripada adik-beradik perempuan si suami dan selain mereka yang mana mereka ini dibolehkan untuk si isteri menikahi mereka seandainya si isteri itu wanita yang tidak berkahwin. Sudah menjadi kebiasaan orang ramai bermudah-mudah dalam hal ini, lalu seorang lelaki berdua-duaan dengan isteri adik beradiknya, maka hal ini disamakan dengan kematian. Ini lebih utama dilarang daripada ajnabi.
    [Fathul Bari, jilid 9, m/s 331]

    -ADMIN-

    Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith

  9. kakak ko da kawin…..belanja x sama mcm dulu…jgn harap org nk belikan itu ini lagi…dan tolong la kua dari rumah tu untuk jaga rumahtangga kakak ko…belajar la berdikari…jgn harap org je..

  10. Ramai sgt bg cadangan suh si adik ni keluar… sy rsa seeloknya kakak n abg ipar yg keluar cari rmh lain… tgungjwb si suami sediakan tmpt tggal utk isteri… demia kebaikkan msa akn dtg… mmg seeloknya kena dok asing la… sblm timbul hal lain plak pas nih….

    • errr umah yg dorg duduk tu…dulu confessor duduk ngan kakak die…bila kakak die kawin abg die duduk sekali…rasenye umh sewa kot..
      so sememangnya confessor yg kena keluar sbb rumah tu dah jd rumah kelamin …better die duk menyewa ngan kawan2…kalau dok sorg2 sape pulak nk byr sewa umh tu…

  11. Awak tak sepatutnya keluar dari rumah tu. Awak stay je kat umah mak ayah awak tu.. biar kakak awak dan abg ipar yang pindah. Abg ipar tu yg sepatutnya sediakan tempat tggl n penggangkutan keluarga sendiri. Bukan mak ayah awak.

  12. Nk suruh abg ipar n kakak ko keluar,,nt ko sorg sorg plak duk umah tu..so,,ape kata ko je keluar uma tu cri uma sewa lain..kalau aku jdik abg ipar ko pn..aku x selesa .. ko ni pn fhm fhm la,org da kwen byk komitmen,, abg ipar ko pn ad fmli sendiri,nk tggung akak ko lg.nk bayar itu ini….byk lemak nk dy belikan mcm mcm utk ko..mmg la dy kontrol akak ko.. akak ko da jdik hak dia..bkn hak ko..bab kete tu..kete tu atas name akak ko ke atas nme ko..lau atas nme ko, ko boleh amek..tp lau atas nme akak ko..xleh nk bt ape..ko kne bg akak ko.. xyah mnjwb,, ko cri jln lain supaya x timbul isu..

  13. Adek manessss, tindakan awak:
    1)pindah duk hostel; dan
    2)bw kete tu sekali. Eh kak u da kawen bio le mereka bersusah bersama.. Yg awak sebok nk duk sekali dgn diorg apakedekes. Ko kawen nti pulang blk kete tu kt mak abah ko ye dik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *