Assalamualaikum. Hai semua.
Aku tak tau la dekat mana aku nak luah. Tapi aku rasa dekat sini boleh kot. Sebab aku tak suka cerita masalah aku pada sesiapa pun even family aku sendiri. So aku pendam. Umur aku 19 tahun, tengah tunggu UPU.
Cerita aku macam ni,kalau korang nak tau family aku ni memang orang pandang tinggi. Kawan kawan aku pun suka tengok family aku. Keluarga bahagia katanya. Tapi itu yang mereka lihat. Jiwa Aku sebenarnya sakit dengan permasalahan keluarga aku.
Masalah pertama aku ialah adik beradik yang dah kahwin tapi jenis tak reti nak berdikari. Mak ayah aku kena sara. Mak aku sampai kena gadai emas dia nak ‘tolong’ mereka. Kalau nak duit telefon mak aku. Nak apa sahaja telefon. Mereka ni selalu mintak dekat mak aku sebab ayah aku garang. Kuasa veto weh. Ada jugak ayah aku marah, tapi yelakan hati seorang ibu. Mana nak tengok anak susah. Tapi mereka ni dah macam ambil kesempatan. Segala benda mak ayah aku. Manja sangat. Haritu mereka nak berniaga modal 0. Mak ayah aku keluar semua modal. Hakikatnya,apa yang aku rasa pada usia mak aku macam tak perlu fikir masalah pasal anak anak. Tapi sekarang aku selalu tengok mak aku menangis pasal adik beradik aku. Orang luar tengok kami senang. Hakikatnya, aku sakit. Sakit jiwa dengan masalah ini. Aku nak speak out. Tapi aku masih muda.
Yang kedua, ayah aku pulak buat hal. Kahwin baru. Lepastu dah cerai. Sekarang ni ura ura cakap mereka dah rujuk kembali. Mak aku tak tahu lagi. Sekarang mak aku tak sihat. Aku rasa belum sesuai lagi nak bagitau. Aku penat macam ni. Segala masalah aku diam. Tapi hati aku sakit. Tahun ni mood raya pun dah tak ada.
Kamu semua ada pendapat tak tentang permasalahan ni? Aku buntu.
-mitochondria
– Gallus gallus
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit