Assalammualaikum wbt. Terima kasih tuan IIUMC kerana terima penulisan saya untuk dibaca khalayak.
Apa yang saya mahu tekankan adalah masalah niqabis suka selfie. Wanita yang memakai niqab sudah pasti wanita yang mahu menutup muka dan menjaga maruah dari dilihat ajnabi. Wanita yang berpakaian seperti ini dalam masa yang sama membawa imej Saidatina Fatimah Azzahra. Tetapi zaman sekarang pemakaian purdah ini menjadi satu fesyen yang kononnya 'yizlumik'.
Pabila gambar-gambar berpurdah dimuat naik dalam laman sosial, sudah pasti akan ada yang memberi komen, "subahanallah cantiknya", "cantiknya mata awak", "cantiknya bla bla bla" dan banyak lagi. Sekarang ini saya mahu tanya para niqabis yang gemar post gambar dilaman sosial, anda sedang menarik perhatian siapa? Pada siapa anda sedang menunjuk muka anda? Pada siapa anda sedang membuka aib?
Pernah sekali saya menegur seorang niqabis yang gemar selfie, dan anda tahu apa yang dia balas? "Ini bukan urusan awak dengan Tuhan. Saya tak peduli orang nak kata apa pada saya kerana ini bukan hal dosa besar. Hati saya Allah yang pegang. Saya tak perlu nasihat awak. Sekarang ni masih ramai perempuan tak bertudung kat luar sana yang dahagakan nasihat awak". Apakah patut dia berkata begitu? Apakah muslimah sekarang sudah tidak boleh ditegur? Apakah ummah sekarang lebih pentingkan ego dari dosa pahala? Mungkin ummah sekarang tidak dapat berfikir secara sihat kerana tidak mahu menerima teguran orang lain langsung.
Saya faham sememangnya wanita sangat suka akan pujian. Tapi beringatlah wahai wanita, pujian ajnabi dan lain-lain tidaklah dapat membawa anda ke pintu syurga. Kerana pujian adalah ujian. Pujian dapat membuat hati kita riak. Berhias lawa-lawa semata-mata untuk mengambil gambar dan dipost, dan dapat komen yang mengujakan. Anda jadi seronok buat begitu kerana anda digelar "cantik". Wahai wanita, janganlah menjadi hamba dunia, janganlah menjadi hamba ajnabi. Sedarlah yang semua ini adalah syaitan sedang mencuba menutup mata hati anda dari melihat indahnya syurga.
Ayuhlah kita sama-sama mengubah diri kita, sama-sama membuang ego dalam diri kita. Kerana kita ini sememangnya memerlukan nasihat. Kita tak boleh hidup seorang diri kerana kita tidak akan tahu dimana salah kita. Ketahuilah, ego adalah punca kita menjadi sombong dan gagal ke syurga. Niqabis dan wanita, tolonglah rasa bersalah bila terdetik mahu melakukan perkara-perkara tak elok. Wanita adalah perhiasan dunia dan jadikan diri anda bidadari syurga.
– Brother Kopiah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
:)
Tahniah dan terima kasih kerana menegur.
Bagi pihak wanita itu, saya sendiri memohon maaf. Tidak sepatutnya kita berkata sedemikian kepada si penegur. Seeloknya ucaplah terima kasih.
Semoga kita ditambahkan hidayah oleh Allah. Bagi yang belum menutup aurat, sama-sama kita doakan :)
Up lg…byk sgt niqabis mcm ne skrg
Kalau nak up, share la post ni. ?
Kiki..orite my dear