Assalamualaikum wbt.
Terima kasih admin approve confession saya.
Saya ada masalah tiap kali jumpa mak. Tapi kalau tinggal jauh, tak tinggal kat rumah mak lama-lama kami okay.
Yep.
kalau saya tinggal jauh, boleh kata hari-hari saya call mak.kalau tak call mak nanti jadi pelik.
Sekarang ni tengah cuti semester. Tahu kan… cuti semester kali ni panjang.
Mak, kalau salah sikit dia masam muka.Dia boleh hidup serumah dengan anak dia sendiri tanpa cakap sepatah pon. And dia tak hadap pon muka anak dia. Dia rela cakap dengan adik beradik lain and anggap macam anak dia yang satu ni tak wujud depan mata.
Aku just pikir nak lari dari rumah je sekarang ni. Stress dengan mak sendiri.
Berturut-turut dah saya tak boleh tidur malam. Berturut-turut dah tiap kali solat saya menangis sebab mak. Sebelum tidur saya doa mak lembut hati dengan kami semua adik beradik. Masing-masing adik beradik memang pernah kena dengan mak macam ni.
Saya sedih.
Saya kecewa sangat.
Rasa tak nak raya dengan family. Rasa biar tinggal jauh dengan mak.
Tak payah tinggal dekat.
Kalau cuti pon, biar cuti yang pendek-pendek je.tak payah lama-lama.
Baru mak sambut saya baik.
Salah apa?
Aku sendiri tak tahu.
Aku sendiri tak paham mana silap aku.
Saya rasa derhaka.
Mak sendiri tak cakap dengan anak lebih dari tiga hari.
Selalu dah kena.
Esok-esok, macam mana pun saya terasa dengan anak sendiri, saya tekad tak akan buat macam ni dengan anak nanti. Biar terus terang. Biar anak-anak boleh sedar apa salah mereka.boleh di tambah baik mana yang tak elok biar jadi elok.
Mungkin mak nampak aku ni membebankan. Abang dah kerja. Kakak dah lepas diri dia .
Aku je masih belajar. Terkontang kanting.duit lagi. Selalu sakit lagi.
____________________________
Kita ni memang tak hargai apa yang ada depan mata. Kita ni tak bersyukur. Kena jauh baru rindu. Baru rasa kosong.
Kena sakit dulu. Baru orang sayang. Baru orang sedar yang kita nak mati.
Tak cukup ke saya dah tinggal asrama dari tingkatan 1-5 ?
Tak cukup ke lagi saya belajar nun jauh kat pelusuk sana?
Tak cukup ke?
Ke memang korang semua nak saya mati?
Perasaan saya dah kena henyak.dah kena pijak. Biar kena cemuh, saya tak boleh balas.nanti saya yang salah.
Saya tak boleh tegur adik tak solat. Saya tak boleh tegur abang tak solat. Biar diorg menipu terang-terang.ye.saya tak boleh campur.
Sebab nanti saya yang akan dipersalahkan balik.
Tolong lah.
Ayah je paham saya. Ayah je tk pernah marah saya. Ayah je yang hargai saya.
Korang…
Tolong doakan saya.
Supaya saya jadi tabah. Saya tak lari dari rumah. Dan saya tak buat perangai pelik-pelik.
Doakan saya jadi yang terbaik.
Saya cengeng. Tulis ni pun dah menitik-nitik air mata.
Tapi saya tak pernah nangis depan family. Mungkin tu mak fikir saya keras hati.
Saya berubah pon mak tak pernah support. Saya cakap kat mak nak pakai tudung labuh. Mak cakap saya ikut kawan je.
Tapi saya istiqamah. Dan wallahi saya buat lillahitaala. Saya berubah solat saya perbetul, tajwid saya belajar,ilmu saya cari.
Alhamdullilah dah dekat 4 tahun saya berubah. Saya cuma takut saya patah balik jadi yang dulu.
Tiap apa saya buat mak tak respond baik pon.
Mak tak percaya dengan anak sendiri.
Saya tak pasti kenapa.
Saya dah banyak cuba positif dengan mak . Tapi saya jadi tertekan. Saya stress. Saya tak nak balik rumah. Saya baru rancang nak tinggal lebih cuti. Nanti bila dah masuk sem baru… saya nak ponteng la seminggu awal tu. Biar lama sikit cuti kat rumah.tapi, sekarang ni… saya tak nak cuti.biar cuti cepat habis. Saya tak nak raya.saya nak ramadhan panjang lagi.
tadi saya cuba, saya pergi terawih sendiri. Saya masuk masjid. Mak pandang, tapi buat tak tahu pon. Saya agak mak tak perasan kot. Saya solat saya duduk saf belakang mak… mak buat tak nampak pon. Saya sedih. Imam baca sampai dekat ayat "sesungguhnya Allah bersama dgn orang yang bersabr"
Saya sebak.
Saya berdosa apa mak?
Mak jujur dengan saya mak.
Jangan seksa saya macam ni mak.
:(
-anakmu.
– unknown
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Sabar la dek. Orang tua biasalah. Kadang benda yang kita rasa tak salah tu yang x kena pada pandangan diorang. Kau doa banyak – banyak, semoha mak kau lembut hati. Lagi baik, bila kau masak buat air, kau selawat. Mintak Tuhan lembutkan hati mak. InsyaAllah akan lembut hati dia. Tapi dalam masa yang sama, kau ajak mak kau borak. Kau tarik perhatian dia. Mana yang mak kau suka, kau gunakan sebagai attraction. Apa pun semoga kau berjaya.
face to face dik.. ajak mak masuk bilik bincang dr hati ke hati.. klau ko salah minta ampun banyak2 kt dia.. msti ada benda x lepas tu.. mak ko jenis pendam rasa smpai x boleh nak ckp.. better confront lah..
aduhh macam cite akak lak…balik umh je bergaduh…kalau duk jauh2 ok lak
Samala..huhu..
Ketika cuti panjang, cuba cari kerja part time. Bila dh kusyuk dgn kerja, in shaa Allah boleh lupa stress.
T
Y
Sesetengah org memang patut dimaintain jarak…walaupun kadang tu family sendiri.
Allahu..ibubpa kta nie smakin mningkat umur, smakin kuat rsa sensitif dyorang..bnykkn brsabar..mgkin sya xrsa apa yg awk rsa..cba knang blik jasa mak sjak kta lahir ye..inshaAllah brkurang skit rsa sdih tu..cba tnya mak leklok..one more , please jgn futur , jgn brpling arah..truskn hijrah awak tu..ingat,hijrah awk lillahitaala kn..awak mmpu sbb tu Allah uji awak..
Serius,, sebijik kes kite.. Xyah laa lari rumah.. Mmburuk kn keadaan lgi je.. Entah laa,,mungkin mak tu bangga dlm diam..
Alias Firdaus samaa laaa sedih tau tak bila keluarga sendiri buat macam ni .. orang lain boleh laa cakap sabar laa apa laa ..
bila jauh baik sangat , siap rindu bagai .. tapi bila kita balik dia buat kita macam apa .. benci sangat kat kita .. serious rasa nak lari je balik rumah sewa kat u ..
padahal kita ni daa buat macam macam daa nak amek hati diaa
Mksdnya,bkn syg sorg kn nasib yg sama.. Sabar laa, org tua kita kn..baik buruk pun org tua kita jugak..
Bersabarlah dan jangan mudah putus asa berdoa pada Allah. InsyaAllah kesempatan raya nanti, sebagai anak, turunkan saje ego kita minta maaf dari emak. Cuba la curi masa untuk talk heart to heart dengan emak… Mungkin emak akan luahkan apa yang terbuku di hati dia pulak…
Allah pemilik hati kita semua. Jangan lupa tu. Doa sungguh² kat Allah supaya Allah lembutkan hati mak. Banyakkan solat sunat,baca Quran…layan mak mcm biasa,senyum je bila nmpak mak mcm sgj xtegur. Ingat,Allah nak uji ni. Tarik nafas dlm². Doa mg Allah beri kekuatan.ingat Allah ada dgn kamu.
Mustahil mak xrs sedikit pun serba salah bl dia buat perangai mcm tu,sdgkan si anak ttp melayan baik dia. Naluri seorg ibu,terasa mcm mn pun dia,dia takkan lupa tu anak dia. yg penting trus mnerus buat baik.jgn mengalah. Kelembutan xkan pernah kalah dgn kekerasan. insyaAllah..
Shamsul Naim .. Sama mcm mie kan ..
Sis.. Kalau dekat boleh buat kita terasa , jadikan kita derhaka , lebih baik jauhkan diri …
Itula, hubungan manusia sesama manusia ni memang macam tu.. Kadang bila jauh rindu.. Bila dekat asyik gaduh dan nampak mcm2 yg tak kena..
Saya sendiri dah jadi mak.. Anak saya pon dah masuk umur remaja.. Pengakuan adik buat sy terfikir yg saya tak patut buat perkara yg sama mcm apa yg adik alami.. Mula dr hari ni nak buat anak macam kawan. Tapi tu la, anak saya tu perangai dia sama macam saya. Tak de cara lain rasanya.. Adik kena ckp dgn mak adik dr hati ke hati.. Tanya kenapa bersikap mcm tu.. Rasanya tak de penyelesaian lain..
Terima kasih sbb sedarkan saya juga.. Sebab sebagai ibu hati ni kadang2 mudah tersentuh dgn perbuatan anak.. sbb bila marah, keadaan makin teruk.. Saya fikir baik diamkan diri.. rupa nya ia mengeruhkan lagi keadaan.. Setakat ni paling lama tak bercakap 8 jam je kot..