Engineer Kilang

Assalamualaikum..

Aku seorang engineer kilang. Kerja aku menjaga operasi kilang..kerosakan kilang,akulah org pertama yg bertanggungjawab untuk selesaikan segala breakdown dikilg..kerja2 yang team aku xdapat buat,aku akan panggil kontraktor luar untuk settlekan..xkisah kos repair tinggi asalkn breakdown dapat diselesaikan..Aku hepi dengan kerja aku sekarang..

Tp,ad 1 isu yg aku xsuka pasal kontraktor ni..bila musim perayaan,xkire raya puasa,raya cina,deepavali dll,diorg mesti berlumba2 bagi aku hamper or duit..biasenye,hamper or duit tu bnilai rm300 – rm500 stiap satu..ak da tolak banyak kali..tp,tbe2 hamper sampai kat umah..bkn 1 or 2 kontraktor..paling kurang 5 kontraktor yg akn bg hamper/duit..

Persoalannya skrg,rasuah ke tu?boleh x aku terima hamper/duit tu tp bnda tu xefek kat ak pny judgement utk reward tender kpd kontraktor2 tu..boleh x hamper n duit tu ak ambil n bg kat supervisor n technician aku?

Dilemma..xkn nk berhenti kerja kot?

– Mr A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

41 Comments

  1. Tak kot sebab dia bagi time perayaan. Sbb jiran saya cina and dia selalu bagi angpao dan hamper time cny. Mungkin sebagai token of appreciation. Tapi kalau dia bagi time korang tgh ada projek nak bagi ke kontraktor mungkin tu baru di kira rasuah. Just my two cents✌

  2. kalau diorg pny servis okay dan memuaskan dan kau mmg plan akan hire diorg lg baik kau ambik je bnd2 tu. tp kalau ko mmg xnak hire better xyah, tkut jd rs bersalah kalau tolak proposal diorg nnti

  3. Nak tau kenapa dia buat macam tu? Sebab ada kontraktor besar2, kadang2 developer consultant siap bagi list (ada company pernah kena bayar lembu time raya korban) nak itu ini, kalau x fulfill alamatnya payment kau ke laut la cerita dia. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, contractor pun bagi la hamper2 itu… memang ada company x mengamalkan mintak hadiah time perayaan, tapi untuk mengelakkan apa2 terjadi, contractor2 ni bagi jugakla. And fyi, yg aku cakap bayar lembu tu dia x bayar. Last2 dia kena terminate dpd projek.

  4. sy selalu juga dpt mcm ni dr kontraktor…senang je…saya cakap jgn hantar ke rumah saya tp hantar kt office so semua org bleh share. Sometime, kita anggap xde apa2 tp bila org lain nampak akn wujud perkataan “ada apa-apa”.

  5. apa polisi kilang ko tentang penerimaan hadiah? kena check dulu.

    ada yg larang kakitangan terima sebab ada isu integriti. maka kenalah pulangkan.

    ada yg ok utk terima asalkan tak jejaskan integriti. kalau kes mcm ni, dicadangkan jgn guna sendiri hamper tu (apatah lagi hantar ke rumah – make sure hamper di hantar ke kilang je). pastu kat kilang, declare dgn boss yg u terima hamper dan makan sama2 org lain kat department.

  6. Semua perkara bermula dengan niat. Bro tanyalah niat sebenar mereka, tanya direct. Hilang semua persoalan. Kalau mereka minta2 selepas perayaan (ada udang disebalik batu) baik jgn ambik, kalo niat mereka nak appreciate, kongsi ngn workers. Wasalam

  7. Kontraktor meraikan syawal juga..memang tradisi especially org cina..mereka lbih kuat derma..cume better angpow dan hamper itu dikongsi bersama mber team awk di kilang..or sedekah je pd fakir miskin..

  8. Ada jugak kontraktor yg xbg hamper, duit raya, duit kopi.. tp kerja asyik kene kacau je.. skit2 stop work.. bile dah delay dr schedule, boleh plak bising2 sbb kene kerja lebih masa (executive turun padang utk sattle prob) pastu siap ada hint2 cakap ‘sy datang ni xdapat apa tau’ ‘apa yg sy dapat’… keep saying those word…

  9. Check dgn polisi kilang.. Biasa sesetgh company bg ambl hadiah tp ttpkn berapa max value dan juga kena register / maklumkan psl benda tu.. As long kau ikut polisi, dan benda tu x effect kau punya judgement, then it should be ok..

  10. Lebih baik bwk ke pejabat, sama2 rasa brg dlm hamper tu. Kalo bleh, ckp dgn kontraktor, hamper tu hntr ke kilang atas nama department, bkn individu atau hntr ke rumah.

  11. Bkn rasuah.laki ak pn sme cam ko.tiap kli rye msti dpt hamper atau duit.tu sbgai tanda terima kasih n dyorg brsyukur dpt wat kje kt tmpat ko.rezki kn dikongsi.tu konsepnya.tpi ble nk bukak tender de kontraktor wat camtu yg tu bru rasuah.mse tu laki ak akn tolak n ckap polisi syrikat n dri sndri xtrime rasuah.

  12. Cuba perhati jawatan kita, kalau kita ni orang yg ada kuasa shj yg dpt maka elaklah. Cthnya, kalau kita masih baru setahun jagung kerja pada masa tu kita xdpt tapi lepas bos kita dh takda or kena pindah ke or resign ke, pastu kita dpt ‘hadiah’ ni….. baik tolak sebaik mungkin.

    Jika pemberian itu atas dasar persahabatan yang tiada kaitan sama sekali dengan jawatan dan kedudukan yang dipegang, maka itu adalah hadiah. Jika ia diberikan kerana jawatan dan kedudukan yang boleh memutuskan sesuatu hak, maka itu adalah rasuah. Perkara ini pernah diingatkan oleh Nabi s.a.w mengenai pegawai atau petugas kerajaan yang mengambil hadiah yang kononnya diberikan kepada mereka. Sabda Nabi s.a.w:

    “Apa jadi dengan pegawai yang kita utuskan, kemudian pulang dan berkata: “Ini bahagian kamu, ini bahagian aku. Silakan dia duduk di rumah ayah dan ibunya, lalu tunggu adakah akan diberikan hadiah kepadanya atau tidak?! Demi Allah, dia (pegawai berkenaan) tidak mengambil sesuatu melainkan pada Hari Kiamat nanti dia akan menanggung pemberian itu atas tengkoknya.” (Riwayat al-Bukhari).

    Maka, seseorang penguasa atau pegawai atau petugas hendaklah merenung dirinya, pemberian yang diberikan kepadanya itu mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipegangnya atau tidak. Jika ada kaitan yang akan mempengaruhi tindakannya atau akan mengganggu keadilan atau amanahnya, maka itu adalah rasuah. Kesan itu samada secara langsung atau secara tidak langsung. Jika pemberian itu atas dasar sahabat dan kenalan, ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa, dan tiada ruang untuk penyalahgunaan kuasa maka ia dinamakan hadiah.

    Ini seperti kita memberikan hadiah kepada sahabat kita sekalipun dia seorang pegawai besar dalam sesuatu urusan. Namun pemberian itu bukan kerana atau untuk penyalahgunaan kuasa maka itu dianggap hadiah.

  13. Encik kena bezakan rasuah dn pmberian..kalau pmberian bole trima..rasuah apabila mgmbil atau mmberi sesuatu yg bukn hak kita…pd pndgan sy isu encik ni adlah pmberian..wallhualam.

  14. kene tanya org HR…adakah polisi syarikat membenarkan terima hamper atau hadiah dr vendor…kalau boleh terima je…kalau x bole bawak hamper kat opis…agih ramai2..mcm tu kami kat bank buat

  15. Keje melibatkan kontraktor memang camtu budaya nya… Biasanya hamper tu kita makan ngan staff ramai2…walaupun diorg belanja makan skali pun… Kalau keje mcm hampeh (tak ikut spec)… Next projek… Bagi kat kontraktor lain…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *