Pakaian labuh vs pakaian singkat

Bismillahirrahmanirrahim,
Aku dibesarkan dari sekolah rendah hinggalah menengah dengan didikan sekolah agama,jadi memang aku dibiasakan dengan tudung labuh,handsock, stokin.

Tapi,semenjak aku tamat persekolahan menengah aku,Aku mula menukar penampilan aku,dengan pakai jeans,tapi aku masih menutup aurat,masih pakai stokin,masih jaga aurat aku,

Sekarang aku kejap pakai tudung bidang 60 kejap pakai tudung bidang 50,kejap pakai jubah,kejap pakai tshirt and jeans,

Sehinggakan,ada kawan aku tegur kata aku alim alim kucing,kadang-kadang aku rasa malu dengan diri aku sendiri sebab ilmu agama yang aku belajar hanya sekadar hiasan,sehinggakan ada kawan aku yang pm aku suruh aku pakai baju labuh balik,

Bagi aku,tak salah sekiranya aku pakai tshirt dan jeans asalkan aku tutup aurat,tapi entahlah,aku diasingkan dari usrah aku kerana aku tak cukup layak untuk menyertai mereka,bila aku tanya kenapa?Kenapa aku tak layak?

Mereka hanya diamkan diri,dan hanya sembang dengan usrah mereka sahaja,kadang aku lebih suka kawan dengan mereka yang dapat terima aku,the way aku dress up,

Persoalan aku,apakah salah cara pemakaian aku sehingga aku diasingkan,apa dengan pakai tshirt dan jeans memang tak baik eh?Memang yang pakai labuh labuh ja ka yang baik?

– TY

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

92 Comments

  1. Haahahahaaahaa. Tu la namanya typical narrow minded person.

    Takyah dok sibukkan diri lagi dgn dorg tu. Sbnrnya bukan sis yg xlayak dgn dorg, dorg tu sbnrnya tak layak dgn sis.

    No wonder dakwah susah nak berkembang kat orang yg lain, sbb “pendakwah” mcm ni la.

    • Tahu tapi kita tak tahu situasi dia. Jeans yg dia pakai tu skinny jeans ke? Atau jeans longgar? Kalau setakat isu jubah ngn seluar jeans pun jadi hal, mmg la payah org biasa2 ni nak berubah n nak ngam ngn pendakwah2 muda.

  2. Assalamualaikum, bg saya asalkan menutup aurat cukup LA.biar Allah yg nilai selebihnya. Bg sy mereka x patut asingkan Awak. Xpela ramai lg org yg Awak boleh kawan. Mehla kawan dengan saya sebb saya pun mcm Awak

  3. Ada banyak cara nak tutup aurat. Bukan hanya berjubah. Syarat utama bukan berjubah. Jubah tu salah satu alternatif. Kalau pakai jubah pun tapi ketat tak boleh juga. Pakai lah apa pun janji ikut syariat.

  4. Sebenarnya saya nak bagitahu something. Tak kisah nak cakap busy body ke apa. Sebab mungkin kau seagama walaupun tak sekufu.

    1. Tshirt boleh biarkan labuh dan tidak jarang
    Alasan: tak labuh kalau terangkat dan pakai jean kan menampak bentuk tubuh badan. Kalau jarang kena cahaya matahari nampaklah jua bentuk punggung yang diselaputi jean yang ketat.
    2. Jangan risau sis. Kain skirt labuh jean kan ade. Nak pakai boleh beli. Jangan buang masa pakai ketat2. Mana ada seluo jean yg xmnmpakan bentuk kaki keding ke yang berisi ke biarlah kita jadi high class dan bagi lelaki yang bernafsu syaitan peluang untuk menjadi High class dengan menjaga mata yang macam laser.
    3. Pakaian solat merupakan aurat. Selagi pakaian yang dipakai boleh bawa solat keluarlah bermuamalat dengan yang bukan muhrim.

    • Ada seluar jean jenis tk nampakkn bntuk kaki, selalunya org macam ni beli jean lelaki punya yg straight cut, confirm tak ikot kaki.. Coz sy tk prnah beli seluar jean prmpuan ? n sllu jugak bawa ke solat

    • Saya beli jeans straight cut jeans lelaki. Beli jeans perempuan memang ler nampak shape. Awak lelaki, xkan tahu perempuan punya pakaian yg mcmana yg betul2 selesa dan tutup aurat. Saya perempuan, saya xkan tau pakaian mcmana yg lelaki betul2 selesa.

  5. baru dengar tazkirah dari seorang ustaz:

    “orang jahat yang sentiasa mengharap hidayah Allah lebih baik dari ahli agama yang selalu membuat orang lain putus harap kepada rahmat Allah”

    cari kawan lain dik. kawan yang baik akn terima kita walau siapa diri kita.

    • Klau ikut konsep usrah yg betul..sbnrnya x boleh tnggal..bile usrah..ad naqib/naqibah dan ad madu’…naqibah ni seharunya didik mad’u smpai jdi seorang yg benar2 mengamalkan islam…konsep sbnr usrah..tp usrah tmpt kite ni kdg2 sekdr prkumpulan sebentr untk brkongsi tazkirah

    • nabi kita xpernah pulaukan siapa2 sewaktu dia berdakwah.. kita ni je bila dah rsa lebih baik dari orang lain, mula pandang rendah.. kalau dipulaukan adik ni sampai dia tersesat jauh, siapa yg akan dipersoalkan nanti?

  6. Tutup je aurat awk mcm biasa… Bia laa dorang berusrah smpai jumpa apa yg dorang ketinggalan..pakai je la apa yg awk selesa wat masa skrg… Jnji patuh syariah. Sentiasa pastikan tshirt awk labuh dr pgong, xketat, xjarang… Jeans awk pun sama…jgn pakai skinny sudah . Kalau pakai jubah,pakai niqab tapi perhiasan melebihi org yg sekadar menutup aurat pun xguna juga..fungsi dah hilang.

    • Haziq Jameian actually pakai seluar pun blh bawa solat.. N sebenarnya seluar jeans lagi bagus dari slack.. Jeans lg keras kainnya, susah nk nmpk bentuk kaki berbanding slack/kain lembut.asalkan bajunya labuh laa..kalau boleh bia pakai baju yg labuhnya bawa dari peha. Tapi sy xpasti confessor ni pakai tshirt muslimah atau tshirt biasa… So saya sarankan sila pakai tshirt muslimah..labuh..bawah dari peha.

      And sila baca confession tu, kalau dibaca btul2 blh jadi kawan yg mengatakan dia alim alim kucing, kawan yg tegur suruh dia pakai jubah semula, kawan usrah bukan org yg sama. N sebenarnya sy juga sdg bsgka baik pd confessor..sy xnk serkap jarang pk bukan2 knapa dia mmilih nk pkai mcm tu sbb mgkin dia ada sebb dia sendiri.. Jd baik lah sy support dia untuk terus menutup surat shj. Terima kasih atas peringatan tuan.

  7. kahkah menyampah nya aku dgn geng tertutup yg dah acah2 ahli syurga tu sampai nak pulaukan org.. patotnya yg dianggap jahil dibimbing.. arghhhh patotla ramai menyampah dgn geng tudung labuh nie.. maaf kata, kerana mereka yg mcm ini, geng tudung labuh lain turut di blame

  8. Sis penah jgk jumpa golongam yg acah2 alim camni..hanya disebabkan dia rasa dia lbh bail dr org yg xbtudung..dia blh tanya sis mcm ni..” mcm mana ek agaknya nasib org yg xbetudung mcm kita..” uish..ayatnya jelas berbau riak dan bsangka buruk pd org lain..hurmmm..cari kawan2 yg lainlaa sis..kalo derang jauhkan diri seolah2 sis tu ahli neraka..maknanya derang tu sbnrnya yg hati bpenyakit..biarla Allah nilai kita mcm mn..janji kita tetap berusaha perbaiki diri..

    • Tp xelokla kan kali jauhkan diri mcm tu kalo ye pn xsetuju dgn pkaian confessor.patut derang usaha lagi nk tarbiah beliau..bkn pulaukan dia mcm tu..

  9. Allah sayangkan awak, Allah hadirkan awak kawan kawan yang sayang kan awak kerana-Nya. Jangan sedih dan jgn rasa disisihkan mungkin itu hanya perasaan awak. Usrah itu seperti sebuah keluarga, mana mungkin ahli keluarga akan sisihkan ahli keluarga yg lain. Assalamualaikum

  10. Sy pernah masuk geng usrah di whatsapp… sy ingatkan mereka2 seorg yg tinggi tahap kesabarannye dan tidak mudah melenting, tp bila ada satu tahap berlaku perbalahan antara ahli usrah dan disitu sy nmpk siapa mereka sebenarnye, tp sy puji admin group usrah tu yg begitu sabar dan pandai control keadaan. At last sy tinggalkan group sbb sy tau siapa sy. Sy nie cuma biasa2 je bukan bertudung labuh atau berjubah. Dan dr situ sy belaja walau sekuat mana iman kita tp kita tetap manusia biasa yg diuji. So adik tkyah risau, asalkan adik menutup aurat dan tak pakai ketat2 itu dh memadai. Biarkan aje group tu yg mereka rs mereka dh ckup lengkap ilmunya.

    • Sekadat pendapat .. kurangkan bersangka2 .. “sy ingatkan” .. well kadang sebenrnya dlm group usrah pon ada je kawan2 yg baru hijrah yg mybe belum betul2 faham agama .. sebab insyaAllah orang yg faham agamani hatinya selalu tenang .. xde marah 2 .. mungkij rezeki sis masa tu nampak mereka berbalah .. try dulu husnidzhon .. mungkin mereka2 tu pun masih baru dlm hijrah

    • Ye la… mgkin jugak kot. Sy pun join sbb nk improvekan diri… sbb sy kalau ada group whatsapp pun sy akan jd silent reader dan akan aktif jika ada benda nk tye. Tp tu la, kita nie manusia biasa je.

    • Pakaian seorang perempuan islam yang bertaqwa pada allah. Pakaian wanita tersebut terus boleh bawak solat. Jadi tutup aurat bukan hanya ketika tunaikan solat. Tutup aurat bila berhadapan dan berurusan dgn mahram.

  11. Pakaian yg baik dn labuh bukn mencerminkan dia seorg yg baik…tapi insyaallah die sedang belajar menjadi yg baik…

    Cume pndpt pribdi sy…jeans dn tshirt x slah klau benar ttp aurt…jeans rsenya sush nk cri tutup aurat..plg tidk pun psti ketat dn boleh nmpk shpe..untk tshirt insyaallah ad…dri sudut yg lain..klau kerap sngt pkai jeans dn tshirt smpai x reti pkai bju kurung smue…nmpk cam ganas la plak

    • Owh..x tau plak..biase tngk jeans sme je smue org pkai..sy sndri cube2 belajar x pakai jeans…pkai slack or kakis lebih sopan sbenarnya..dan boleh gune untk majlis formal…tp x brmaksud jeans tu salah

    • bnyk je jeans longgar.. khakis pants pun bnyk yg ketat.. benda ikut cutting i.e. straight, flare, boot cut, slim fit, skinny, boyfriend etc.. bukan ikut jenis/material walaupun material pun mempengaruhi jgk..

    • Mohd Hariz act slack sgt la kurang sesuai… Mmg nampak sopan.. Tapi kain slack lebih lembut…n lagi mudah melekat dan ikut bentuk berbanding jeans.. Kalau pakai slack waktu berjalan kemungkinan untuk nampak bentuk kaki lebih jelas sebenarnya berbanding jeans yg lebih tebal dan keras.

    • jeans straight cut bnyk je jual..so sy xrasa pakai jeans tu menjadi satu masalah. yg jd isunya kalau pakai slim fit. tu mmg la konpem ketat..

    • X tau plak..kain slack tu…cite bab ni..mmg laki x mahir prmpn lebih mahir..tp yg sy rse jeans tu lebih menampkkan ketat…

      Yup..trpulang je nk pkai jeans..tp pkai baju tutup punggunng la…

    • Yup slack nmpk lbh seksi even seluar 2 besar sbb dia kain lembut.shape kaki blh nmpk evwn pkai labuh.jeans klw ambk straight cut dia nmpk mcm jeans laki.so terus xnmpk bentuk punggung ke apa ke

    • trust me, pmpuan lg pakar bab fabrik kain..hehe..tapi pokok pangkalnya, terpulang kpd org tu. selagi pakaian xtimbulkan fitnah n masalah2 lain, pakailah…?

    • Hahahaa…okey..serahkan pd prmpuan bab ni..mmg laki x arif mne pun…jeans dgn slack dgn kakis pun kdg2 trtukar…haha…tp rsenya prnh dgr stu istilah sluar ni..palazo..rsenya okey jgk yg tu

      Belum sbut psl warna…laki hnya tau basic wrne..bile smpai ke prmpuan..green je dh ad bnyk..emerland dn..turqouise la..dark la..aduiii

  12. Kita sama lah… Sy pun mcm tu.. Ad mase sy suke pkai t shirt ad mase pkai bju labuh.. as long kte tutup aurat xpe kan.. Klau org nak judge kte or pulau kan xpe lah.. Org yg baik xkan perasan die baik.. Sdgkan ulamak pun merendah diri.. Sabar lah awak…

  13. Apa tujuan pakai baju ketat/singkat? Apa matlamat? Tenung dan cari jawapan itu dulu dlm diri sendiri. Bila dah jumpa jawapan post balik sini baru kita boleh nasihat ikut kesesuaian matlamat dia.

  14. description dia vague sikit kat sini.. tp ramai yg assume pakai jeans = ketat.. sy ramai kwn2 yg baik2, alim, pakai jugak jeans.. tp elok je longgar.. dia ckp pakai tshirt, tp bersepah tshirt yg labuh bwh punggung.. tshirt muslimah ada.. and how labuh is considered labuh anyway? as i said, it’s a bit vague for us to assume things.. and mesti ke berjubah utk jd alim? jubah skrg pun bnyk yg seksi.. bila jalan atau berangin pun nmpk bentuk punggung.. tu belum lg yg jubah kain lembut or nipis yg melekat ikut badan tu.. sorry, sy tak suka org yg judge alim based on pakaian.. unless mmg terang2an pakaian tak cukup tutup..

  15. Alhamdulilah group usrah Saya, mak usrah Saya OK je Saya pakai seluar, tdung saya pun bidang 50.carilah usrah yg mendekatkan diri dgn tuhan. Most important manners. Byk2 doa moga Allah temukan kita dgn org baik2 yg dekatkan kita dgn Allah. Budak usrah bukan malaikat pun but diorang work hard nk baiki diri. Tak semua bdk usrah ni pndg org mcmtu.kami diajar supaya bersangka baik dan berlapang dada.

  16. tak apa la sis kalau mereka rasa mereka alim dan cakap awak alim alim kucing. kalau mereka baik kenapa mereka perlu asingkan kamu dari usrah? patut nya nasihat kan awak kalau awak ada silap. tak apa la, yang penting awak tahu niat awak tutup aurat pakai baju labuh. tak semestinya kene pakai jubah 24jam baru tutup aurat. zaman skrg mcm mcm baju muslimah yang menutup aurat selain jubah.

  17. Geng2 usrah bukan memang camtu ke peel dia?

    Sekadae bertanya…sebab banyak dah dengar cita camni lebih geng pompuan…aku pakai smart pergi kelas je, waktu lain sakai yarobbi…tapi still abang2 usrah datang ajak g usrah…

  18. Habis tu aku yg berseluar poket , tshirt muslimah , tudung 60 ini kira jahat la sebab berseluar … ala sis .. kau lek2 sudah … amalan dengan Allah tu jaga baik2 .. member ni xpayah risau sangat .. sebab kalau kau nak cari kawn baik kau cari Allah dulu .. sebab Allah owner sekalian makhluk .. xpon meh pm kawan ngan aku meh .. aku ganas sikit la tapi .. kan kak Fieqa NZ Norzlan

  19. Salam,jgn generalised kan grup usrah n org2 yg berttup aurat n labuh semuanya sama,manusia itu pelbagai,jgn anggap mereka seperti malaikat,kalu anda rs dr anda ada kekurangan,mereka juga begtu… jd 50/50.. sis pn bleh rujuk dgn ustaz or ustazah ttg pndapat sis ni,jgn berpegang pd pndangan dr sdiri shj,tq

  20. Takdalah cara pemakaian sis. Asalkan pakaian sis ikut syariat agama. Sy pn bukan dari keluarga beragame dan sy skolah pn smk je. Kalau sis rasa pakaian sis ni kurang elok,sis blh tukar

  21. Aku tak nampak ko berubah beb. Aku nampak persepsi kawan ko tu yang melalut. Ko pakai selagi syar’ie teruskan. Diorang tu, ko buat tak tahu je. Letak dalam diri ko, kalau ko ujub (bangga diri) pahala amalan ko boleh hilang. Jadi abaikan orang fikiran serabai macam tu

  22. Alhamdulillah… ade basic agama sudah… dh pon pakai pakaian yg ikut syariat …. ikut lh panduan yg dh di nyatakn dlm al quran .. al hadis..
    Tutup aurat sama mcm kita dlm solat .. mcm kita nk ngadap Allah… longgar labuh.. kalau pakaian yg kita pakai itu … boleh di bawa solat.. maka itu lh paksian menutup aurat yg menepati syariat … kita hrp adalh syarikat pembuat seluar jeans Islam .. yg mmbuat seluar jeans muslimah yg longgar hampir gedeboh mcm kain utk solat… mmg kena tutup aurat tebal2 .. lapis2 .. sama mcm pakaian akhir kita apabila nk pulang esok… semua ni ujian… bersabar dlm perintah Allah SWT … sbb syurga balasan nye … bukan senang nk dpt …

  23. asal kau yakin kau tutup aurat ikut syarak rasanya xde isu pon. jgn biarkan org2 berfikiran sempit decide what’s best for you. tp aku rasa diorg fikir kau ni mcm dah terpengaruh so tu diorg hati2 skit

  24. Kehkehkehkeh……nie belum plus dgn geng niqobis…
    lg la dik oii …pung pang pung pang….mcm tin kosong….
    Lek la…meh jd kwn hakak …. no hal …. akak background agama tp cina india athies sume akak kwn…. lg best tau dr kwn geng niqobis or usrah ni…
    Akak bkn bidang 60 or bidang 50….
    Lps syarak sudah..iman bkn tang labuh nya tdung kau dik oi….
    Rilek suda… yg penting humble ramah mesra jgn nk gah krn ilmu…
    Ilmu iman tu hak milik allah…sekelip mata je allah bole amek…

  25. Aku pernah join satu whatsapp group agama..
    Sebagai silent reader yg ilmu agama x tinggi mana, ingatkan dapat laaa sedut informasi tentang agama kt dalam tu sebab dalam tu ahli dia pun bukan calang2 orangnya berdasarkan hujah2 dalam whatsapp (bukan groups politik)
    Mana tahu, dalam tu hari2 bertelagah sesama sendiri, orang tu kata dia ni sesat, orang ni kata orang sana wahabi, orang tu kata situ syiah..
    Last2 aku keluar dari group porak peranda..
    Apa yang aku perasan;
    1) ilmu tanpa amal, ibarat pohon x berbuah
    2) ada ilmu tapi ego tinggi melangit konon confirm ahli syurga, tapi suka bertelagah pun mmg x kemana..
    3) berhenti laa berlagak kalau ilmu agama tinggi klcc tapi x mahu meraikan pendapat orang dan anggap sendiri je betul..

    Bukan semua ye, aku cuma cakap pasal group yg aku left tu jeee. Sekian

  26. SEDIH…skrg tgh cri kekuatan utk labuhkan pakaian..rupa2nya banyak yg pandang hina..tp itu urusan manusia memandang kita..yg pntg pandangan Allah..kalau blh kurang kan lah confess pasal pakaian labuh dgn buruk akhlaknya..nt byk lg yg pndg serong gara2 pakaian..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *