Tengah hari kelmarin, si gadis sudah tiba di tanah ini. Tanah di mana si jejaka dan gadis bertemu. Bersua muka dan melafazkan kata yang tidak akan tertunai hingga hujung nyawa.
"Maliq, datang tak?", soal abang ipar si gadis, senior sekolah menengah si jejaka di hujung talian. Si jejaka hanya mendiamkan diri. Kelu. Bisu. Membatu.
Soalan itu dibiarkan tiada berjawapan. Seakan ada kesulitan dan beban di dalam hati si jejaka. Seakan ada jahitan pada kedua bibirnya, dibiarnya tertutup rapat. Keluhan berat dilepaskan.
Dia sedang berpraktikal. Sudah separuh hari berkerja. Kalau dia mengambil cuti pada hari ini, maka habislah sehari cuti yang diperuntukkan oleh pihak universiti untuk pelajar praktikal. Terpaksa dia mengorbankan sehari cuti yang telah dipohonnya untuk minggu hadapan.
Berbelah bagi hatinya. Nafas ditarik perlahan namun sedalam-dalamnya. Supervisor dihadapnya dengan senyuman, harapan permohonan cuti yang tidak dijangka itu diluluskan segera. Dia menjelaskan segala situasi yang terjadi.
Kunci kereta diambil. Cuti tadi lulus dengan syarat tambahan waktu berkerja pada waktu hujung minggu. Dia faham akan polisi syarikat dan menerima tanpa sebarang alasan.
Pemanduannya tenang namun fikirannya berkecamuk, berombak. Air mata diseka perlahan. Tidak pasti apa sebab utamanya. Setelah beberapa kali diseka, si jejaka membiarkan saja air mata itu terus mengalir.
Kereta diletakkan agak jauh. Dirinya sengaja berdiri jauh dari manusia yang hadir di tanah itu. Kakinya berat melangkah. Setelah hampir enam tahun, pertama kali mereka bertemu. Di tempat yang tidak pernah terjangka. Walau tidak bertemu mata, namun hatinya tetap lega si dia bertemu Pencipta. Yang Terbaik dan jauh lebih baik dari dirinya.
Mereka tidak bersua muka. Dari jauh dia hanya melihat keranda itu diusung perlahan. Al-Fatihah dilafaz perlahan. Diharap titip doanya turut sama mengiringi, seiring dengan tangisan bonda si gadis yang tidak sempat beramah hampir setahun lama dengan anaknya.
Berat ujian si jejaka, namun berat lagi ujian bonda si gadis. Laju turun air mata si jejaka, namun deras lagi air mata bonda si gadis. Pesan si jejaka pada hati, tabahlah duhai hati. Kau baru mengenal erti perpisahan.
"Maliq, ambil ini." ujar abang ipar si gadis sambil menghulur satu bungkusan dalam beg kertas berwarna biru. Dia menerima dengan minda yang kosong, tidak dapat diteka apa isinya.
"Ini baju raya dia. Kamu simpanlah. Ibu tak sanggup nak simpan". Sedaya dia menolak pemberian itu. Tangan sengaja dikeraskan tanda tidak mahu menerima. Genggaman dibiar tidak terbuka tanda tidak mahu 'hadiah' itu bertukar tangan.
Si jejaka sudah duduk dengan tenang di dalam kereta. Bungkusan tadi dibuka. Sehelai baju kurung putih, berenda merah jambu. Dia menarik nafas. Apa mahu dibuatnya.
Kereta dipandu perlahan. Kekadang berhenti di bahu jalan tika matanya bergenang air. Kedai baju menjadi singgahan. Setibanya si jejaka, baju melayu putih saiz M diambil tanpa dicuba, samping merah jambu dipilih.
Sengaja. Menambah dalam luka semalam. Menambah parah luka berdarah.
Duhai hati, kau baru mengenal erti perpisahan. Moga kekal tabah.
Al-Fatihah
– Maliq Azhar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Smga roh arwah gadis tersebut dicucuri rahmat dan maliq terus kuat menghadapi dugaan..
Nafis’s Sukhoi
Berjurai air mata .
Ya Allah .
Berikanlh kekuatan kpd confessor ini .
Sesungguhnya si gadis disayangi Sang Pencipta .
Krana itu si gadis di ambil nyawanya pd usia muda .
Engkau juga dikasihi Sang Pencipta .
Krana itu kau diuji dgn sbegini rupa .
Cinta yg abadi hanya brpisah melalui jasad .
Tetapi kekal dan utuh di dalam hati .
Pnjatkn lah doamu kpd si gadis .
Heningkn lah hatimu dgn suratan .
Agar kpergian si gadis mnjadi keredhaan .
Dan pmergiannya tiada brgelut penderitaan .
Damailah si gadis di sane .
Menemui doamu untuk brtemu dgn Yg Terbaik .
Dan mungkin kah cinta abadi ini .
Akn disatukan di alam sana nanti .
Atiifah Nazib
ada part 1?
Part 1: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1030306147052200&id=729187373830747
alfatihah
Macam baca cerpen lah pulak. Elok hubungi penerbit buku.