Salam. Terima kasih admin tolong approve cerita aku.
Aku anak ke 2 dari 3 orang adik beradik. Kesemua adik beradik aku perempuan. Aku ada mak dan seorang ayah tiri. Mak aku bercerai dgn ayah kandung waktu umur aku 8 tahun. Dan mak aku kahwin dengan ayah tiri aku 5 tahun selepas tu.
Nak dijadikan cerita, kakak aku yg beza umur 2 tahun dgn aku nak kahwin dgn pilihan hati dia. Masa tu umur kak long baru 22 tahun muda lagi rupa-rupanya kak long dah terlanjur dengan boyfriend dia. Kak long ni pun sebenarnya anak luar nikah hasil dari hubungan mak aku dgn bapak kandung aku sebelum kahwin. Tapi masalahnya kak long tak bgtau keluarga bakal suami dia sebab risau mereka tak boleh terima walaupun lelaki tu sanggup terima kakak aku. Jadi mak & ayah tiri aku berpakat dengan lelaki tu suruh mereka nikah dulu di siam dan kemudian buat majlis konon konon nikah di malaysia berwalikan bapak kandung aku. Dan setelah majlis selesai, mereka tinggal dengan keluarga aku sebab abang ipar aku tu pun masih baru bekerja dan tak mampu lagi nak menyewa di luar.
Itu cerita kakak aku. Ni cerita adik perempuan aku pula. Adik aku baru tingkatan 5 bila kami dapat berita yg dia mengandung. Terkejut sangat kami sebab adik aku ni kira baik jugaklah tudung selalu labuh tutup dada dan aku tak pernah tau langsung dia ada boyfriend tup tup mengandung. Aku kecewa sangat sampai aku marah adik aku tp takde orang lain dalam family(mak, ayah tiri & kakak) yg bertegas dgn adik aku. Mungkin mak aku pun taknak marah sebab dia sedar dulu pun dia pernah ada anak luar nikah. Apa yg diorang tau malu kalau perut adik aku besar dan tiada suami. Takde langsung yg nak naikkan isu dosa sebab berzina dll. Jadi mak & ayah tiri aku cepat2 suruh adik dan lelaki tu berkahwin walaupun takbuat majlis besar sekadar nikah. Mereka dua baru 17 tahun ye 17 tahun sepatutnya kena fikir tentang SPM tapi terpaksa fikir pasal ank dlm kandungan. Dan adik aku dan suami dia pun tinggal dengan family aku sebab masing masing masih belajar. Walaupun ada jiran sedara mara yg mengata, mak aku buat taktau saja. Di rumah memang kami adik beradik tak jaga aurat langsung dgn abang ipar/adik ipar, siap berkemban lagi bila keluar bilik air.
Aku bukanlah kategori budak baik ke apa cuma mungkin sebab aku ni pemalu sedikit aku tak pernah ada boyfriend sepanjang aku hidup ni. Aku sedar dlm family aku didikan agama kurang sangat sangat. Kami tak dihantar pergi sekolah agama petang2 mcm budak lain. Dengan mak ayah tiri tak sembahyang berjangkit dengan anak anak tak sembahyang. Ye dulu aku pun tak solat walaupun aku pakai tudung, mak aku pakai tudung labuh lagi tapi kami tak solat. Macam mana tah lepas aku terdengar ceramah agama pasal hari kiamat, tiba tiba air mata ni menangis tersedar betapa tersasar jauhnya kami. Aku sedih sangat kenapa keluarga aku mcm ni. Aku cuba berubah mula sembahyang tapi kadang2 tewas jugak sebab environment keluarga yg memang taknak berubah yg biasa dgn dosa. Dan sekarang aku cuba jaga aurat dengan abang/adik ipar tp mak aku pun akan bising cakap tak payahlah nak bajet baik.
Aku sedih sangat sangat dengan family aku. Aku nak berubah tapi aku tak tau mcm mana cara dia. Aku cuba ajak family aku sama sama berubah tp sebab kurangnya ilmu agama aku mereka tertawakan je niat aku tu. Ayah tiri aku siap cakap kalau aku degil sangat nak berubah, ayah aku nak kahwinkan je aku. Sebab aku sekarang pun kerja tak tetap, dan belajar pun tak tinghi tak layak ke universiti. Tambahan pulak aku memang tak banyak bercakap dari kecil, apa yg mak aku suruh buat itulah yg aku ikut. Sedih sangat harap siapa siapa yg ada cadangan apa yg aku patut buat atau siapa aku patut jumpa boleh komen di sini.
– Lilo
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Banyakkan bangun mlm buat solat tahajjud taubat dn hajat. Pedulikan ejekan mereka. Klu mereka ejek kata nk bajet baik, AMINkan saja sambil sebut mudah2an Allah makbulkan.
https://www.youtube.com/watch?v=nr_bXM1M9tY
Jumpa kauselor sis. Takpun cari kawan2 yang boleh bawak sis ke jalan yang benar. Buat perubahan slow2 insyaallah kalau allah izinkan lambat laun family sis akan kembali kepada islam. Kalau sis rasa berat nak tentang family secara terang2 buat cara lembut. Tutup aurat depan family. Ajak solat jemaah. Ajak puasa. Yang penting minta ampun kat allah dan berdoa agar family sis jauh dari api neraka. Banyak2 berjumpa orang2 berilmu. Sabar ye sis. Anggap ini satu ujian dari allah. Keep smiling
Jgn putus asa mengajak mereka n sentiasa doakan mereka spya diberi hidayah.
Cuba search kat youtube filem pendek tarbiah sentap:gerhana. Filem tu ada menyentuh isu mak ayah yang tak solat. Ada beberapa solusi yang ditunjukkan dalam filem tu. Sangat menyentuh hati
Berdoalah kepada Allah semoga mereka berubah.. jangan putus asa dgn rahmat Allah..
Bukan semua org dilahirkan mmg dah A dalam agama, dan bukan semua org dapat hidayah mcm awak. Truskan perjalanan & sellaluh lah berdamping dgn org yg berilmu agama. InshaAllah…environment mmg memainkan peranan.
be strong. jgn mengalah. tapi jgn derhaka. buat sambil berhikmah
Adibah Hanin
Kuat ye dik..adik kena kuatkan hati…buat macam biasa…tp perubahan tu cuba buat sikit2 dan.mudah2an istiqamah…adik mesti sayg mak ayah dan semua adik beradik..mungkin adik akan jadi asbab hidayah untuk keluarga adik…akk pernah dgr ustaz cakap…kalau nak ubah semua..mungkin kita yg kena berubah dulu…maafkanlah mereka…sbb mereka jahil…doa sungguh2..rayu pada Allah…Dia Maha mendengar…at the same time cuba cari kawan atau ustazah yg boleh bantu support atau kwn2 yg boleh dipercayai boleh share mslh adik..kalau takde mengadu je semua pada Allah…adik akan rasa lega dan teruskan usaha…kami semua yg baca insyaAllah doakan adik…
Bg aku soal mak ko suruh akak and adik ko kawin tuu . betul tindakan dia . walaupun ko ckp dyeorang (adik ko and laki dia) bru 17 . tp dyeorang dh trlanjur . aku fham ko harap adik ko focus blaja and tumpu pd spm . tp nasi dh jd bubur . maruah anak2 dia (mak ko) kena jaga . Ya Allah . kuatkn lah hati confessor ni . aku pun sedih baca . bukn sbb apa . sbb bila ko nk brubah . mak ko sndri bg tentangan . xapa laa lilo . ko buat apa Allah suruh . cuba tunaikn suruhan agama . mcm basic solat 5 waktu , berpuasa . xapa . slow2 . if ko rase down . brdoa laa . dlam hati pn xapa . Allah Maha Mendengar . cuma aku nk bgtau . sbgai anak kita memg perlu taat kpd ibu bapa . tp if ibu bapa kita buat sesuatu brtentangan agama , ko x perlu taat . Taat lah kpd pencipta kita . Allah yg Maha Satu . ko doakn adik bradik ko and abg ipar serta adik ipar ko diberi hidayah Allah . dibukakn pintu hati untuk dekati agama Dan sedar akn ksilapan yg mereka lakukan . kuatkn hati ko lilo . jgn pernah ptus asa . skali Allah kata “kun fayakun” , semuanya x mustahil . xmustahil keluarga ko akn jd lebih baik . x mustahil korang semua akn jd sebuah kluarga yg bahagia . x mustahil . semua tuu di atas keizinan Allah . may Allah bless u and your family sister .
Jomla kawin dgn abg biar abg yg jaga awak… Kita keluar la dari rumah tu.. Bina kehidupan baru…
hbt kw jo
Chiaaa chiaa chiaaa..
Kita nk masuk syurga kalau boleh bwk keluarga sekali?
Cia2
awak pun boleh juga Anis Habibah Zulkeply
Fathi Nail Jinan
Sharifah Alawiah Haddad komen ni ??
Teruskn apa yg baik…
Bykkn berdoa…
Semoga confessor d permudahkn sgalanta
Pelan pelan . In shaa Allah bantu , dan ingatkan kat adik yg mengandung tuu . Jangan buat kesilapan macam mak dan ayah tiri . Kalau anak tak sah taraf , auratnya semua kena jaga betul betul dgn ayah dia tu nanti dan akak pernah baca , kena nikah lagi sekali lepas bersalin . Tanya kat mana mana org bijak agama . Akak risau , rosak keturunan aja dik . Dah dah laa takat yg ada nie jee . Jangan anak anak lain yg bakal ada jadi mangsa . Tolong ya sayang .. Kita je mampu bantu keluarga kita . Kuat , ingat Allah banyak banyak .
Semoga ditabahkan hati..dikuatkan iman dan semoga Allah memberi hidayah pada ahli keluarga saudari lilo..ameen
Hm. Saya nak cerita, tapi takut membuka aib. Kepada confessor, boleh inbox saya.
Boleh je crite pkai nama lain :) crite kite..tpi sbut mcm crite tu crite kwn kite…klau ad bnyk pngjrn elok di kongsi jgk..ramai dpt manfaat
Istiqamah… lama2 nnti… diorg akan ikut…
Bismillah
Saudari kalau boleh minta bantuan drpd ustazah2 or pergi je ke masjid mana lg2 terawih ada kn skng so bnyk makcik gi solat terawih… pointnye..tanye dia yg saudari nk belajar ilmu agama insyaAllah orang masjid selalu diorang ni suka tolong orang… btw jgn pernah putus asa ngn allah sbb fikirlah kalau kita menyerah sekarang…kt akhirat nnti cmne kita? Pm sye pun bole
Klw cik confessor org kedah pm sy..sy bole tolong klw awak btul2 nk bljr ilmu agma..sy kongsi ap yg sy fhm dan bljr..peace ¥….=)
?
Kalau environment kita tak sokong apa yg kita nakkan mmg susah. Moga awak tabah
Insan Senyum
Baguihnyaa dlm byk2 org tu awk yg terpilih utk sedar. Tp klo kita sorg ja bguih tp org dlm kluarga kita tak, payah jgk tu. Kamu perlukan sapot sistem yg kuat dan kukuh. Kna cri org utk bina circle yg baik2. Ibarat pokok pisang tapi kalau p lempar kt pdg pasir gurun sahara lama2 tak mampu bertahan jugak. Layu and mati. Sbb bkn environment yg seswai dgn kita.
Mungkin awk boleh bt checlist harian..bt jadual. Hr ni buku agama apa awk dh bcaa., zikir bt brapa byk, qiran bca berapa juzuk dh, dhuha bt ke tak. Bykkn dgr radio ikim sis. Best byk sgt tazkirah n ceramah best2 menyiram hti n jiwa yg layuu di tasikk hempedu.
Then..Cuba listkn, plan kan apa yg awk prlukan..apa yg boleh buat awk rasa kuatt n taff skit? Paatu…go slowly towards it.
Adik kuatkan semangat.. InshaAllah kasih Allah sentiasa pd adik walau apapun berlaku..
sis nak berubah? nak belajar ilmu agama? sis boleh join program di Pondok Baitussaadah, Kota Damansara
Link Fb
https://m.facebook.com/Baitussaadah/?tsid=0.9927844295743853&source=typeahead
Sy sokong sis.. sy pon join pndok ni sis.. sama2 kite cari kbaikan… smoga dpmudhkn :)..
Tak semua org dberi hidayah
Alhamdulillah dlam keluarga adik… Allah pilih adik utk dberikan hidayah Nya..
Semua manusia tak dpt lari dari berbuat dosa.. Sebaik2 org yg berdosa ialah yg sedar dari dosanya dan mencuba utk menjadi lebih baik… Hidayah itu milik Allah.. semoga adik tabah dan teruskan mencari jalan Islam .. Kuatkan semangat .. Semoga Allah memberikan pertolonganNya..
Fighting!!banyak kan hadir majlis ilmu.. InsyaALLAH akan dapat pergaulan yang lbih baik..may ALLAH ease your journey..
Keluarla dr rumah tu
Bila environment dari kecik sendiri dah sebati …..mmg benda ni dah jd tegar …. pelan2 positif ke arah kebaikan …. apa jua keadaan mereka masih Mak dan ayah …..doalah yg terbaik buat mereka ….moga Allah mendengar setiap doa yang dipohon …. hidayah tu milik Allah …..insyaAllah cuba tabah ….
Sy thu betapa susahnya nk ubah diri sendri apatah lg org tua pd kita…berat dugaan awk tp bersyukurlah allah pilih awk dpt hidayah..klo sy di tempat awk pon sy xmmpu nk ubah org lain dgn diri sendri pon xde ilmu agama..tp awk ubah lh diri awk slow2 jga mruah awk dulu pedulikan org mengata awk yg penting awk bt bnda yg ptot awk bt..sy hrp awk dpt cri suami yg ada agama yg dpt bimbing awk sentiasa dan support awk..bila awk dah stabil bru awk blh nk tarik slow2 org lain..sy pon xthu nk kata bila org jahil agama ni susah sgt2..awk kena kuat,bykkan berdoa lg satu memang btol pon persekitaran adlh faktor yg penting..sbb tu klo nk jd baik kita kena byk kwn dgn org baik2..semoga allah p’mudahkan urusan awk..
Cari kawan2 yg baik2 n boleh bimbing adik,atau hadir ke kelas2 agama anjuran masjid mksudnya tpt yg senang adik pergi,cuba berbaik n rapat dengan prngajar,ustazah lagi elok…pasal keluarga adik doakan mereka selalu dlm solat… supaya hati mereka Allah bukakan hidayah, doa adalah senjata paling mujarab… yg penting istiqamah,mudah2an
Keluar dari rumah tu, dik. Tempat seperti itu tak menyumbang untuk kita berubah bahkan membantutkan lagi. Cari keje yg betul², yg jauh dari keluarga. Sewa bilik. Cari kawan baru yg soleh dan boleh bimbing. Balik rumah jarang². Jangan putus doa untuk keluarga. Mengadu kepada Allah. Suarakan semua keresahan dihati. Dan cari pasangan yg soleh yg mampu mendidik ilmu agama kepada adik. Insyaa Allah, tiada yg mudah tapi Allah itu maha pengampun dan pemaaf. Jangan putus asa.
kamon..semua support awak. jgn risau. yg penting Allah tu ada. dan Dia Maha Melihat akan usaha dan kesabaran yg awak tunjukkan.
semua tu akan diberi ganjaran yg sgt besar nanti insyaAllah :-)
Sbr
better keluar dri rumah tu. berhijrah lah. cari kerja yg jauh dri rumah. berdamping dgn org soleh . sntiasa bngun malam. yg pnting slalu berdoa untk kluarga awk
Syifa Huzna
Kau pindah je dri rumah tu. Belajar berkawan dngn org yg baik2. Tp jngn la cri kawan yg nk mnyesatkan lg.
Hi buatpe tu
Ak tngh bagi nasihat ni..kesian dia dlm dilema
kalau jaga hubungan ngn ALLAH pasti ALLAH baiki hati2 org yg terdekat dgn kita,sbb hati ni ALLAH yg pegang ,habluminaALLAH wa hablumminnas :) sy stuju awk dh mula jaga aurat,rasa malu bia d pupuk lg2 kita seorg wanita islam,ingt bialah org mengata yg bukan2 mngenai perubahan awk,yg pntg awk x mendekati untuk melakukan perkara2 dosa besar (sprti zina) yg kakak dan adk awk buat,itu mereka ngn ALLAH , ALLAH akn bukan jalan untuk family awk .. sy yakin ! insyaALLAH ;)
terkedu kejap…kuat ujian sis…sis trikat untk dinikahkan…buatnya bakal suami tu org yg nth pape..lgi jenuh sis…so..sy rse baik sis cri suami yg baik skrg…dn pindh rumh…sekurg kurgnya sis dpt rasa bahagia tu…tntg keluarga sis…bnykkn doa…sbut nama stu2 dlm doa…dh kwin nnt…ajk suami doa skli..dn tnjukkn kemurnian islam..insyaallah trbuka pntu hti mreka nnt…
Buat mse ni…sis berubah la mne mampu…x prlu bg tau keluarga sis nk brubah (sbb mreka x bntu)…solt tu jga dlu…dn x prlu ke prubhan drastik..bile sis dh ad suami nnt bru boleh…skrg ni sis x de backup langsung..kesian sis nk hdpi sorg2…
Berubah je..pelan2..libatkan diri sendiri dulu..pastu dah boleh patuh perintah Allah secara mnyeluruh (solat,ttup aurat dll) baru ajak..lama2 diorg nak tu..tp diorg kne tgk u brubah btul dlu
Adik pm saya please..