Hai semua. Maaf kalau susah difahami atau tercampur bahasa. Aku saja nak kongsi cerita aku. Dia macam nak kongsi je, minta pendapat tu, kalau ada yang sudi, sila lah.
Hubungan aku dengan kakak aku ni pelik bagi aku. Entahlah kalau benda ni normal bagi korang.
Ada satu masa, hubungan aku dengan kakak aku ni rapat bagai isi dengan kuku. Kadang, dia ajak aku teman beli barang lah.
Bila aku dah teman, dia belanja itu ini lah. Kadang, dia kongsi cerita pasal kehidupan dia (sangat jarangggg yaa tapi aku layankan aje).
Kadang kami bergelak tawa kongsi apa yang kami minat. Kadang, kami jalani hari dengan penuh bahagia sehingga tiada hari esok. Macam hubungan adik-kakak yang sentiasa bahagia gitu.
Dan ada satu masa ni, hubungan aku dengan dia macam orang asing yang tak pernah jumpa. Seminggu boleh sampai berbulan kami tak bercakap.
Padahal kami takda bergaduh, aku takda buat apa pun dekat dia. Tapi diam antara kami sangat terasa, terasa dinginnya hubungan kami.
Dulu² bila jadi macam ni, aku agak menagih kasih la – mulakan perbualan, buat apa yang dia suka untuk dia bercakap ke apa ke, macam-macam aku cuba pulihkan hubungan kami.
Tapi dia diam, tengok muka aku pun tak nak.
Tapi bila dah lama, aku pun dah kenal perangai dia yang satu tu. Bila dia diam, aku pun diam.
Kalau aku mula nak ajak berbual, dia tak balas, aku pulak yang sakit hati dan jenuh fikir apa salah aku buat. Baiklah aku ikut the flow aje.
Mak ayah aku pun tahu hal ni dan kadang² mereka selit la pasal aku dengan kakak aku tapi gitulah dia diam, aku pun diam.
Benda ni macam musim tau jadi bila jadi macam ni, mak ayah aku pun dah lali dah.
Dua-dua bekerja, banyak lagi benda nak fikir dari merungkai misteri tentang hubungan aku dan kakak. Kami boleh duduk semeja, sembang sama² keluarga tapi aku tak interract dengan kakak aku langsung.
Kalau anda tertanya kenapa aku tak tanya je apa salah aku sampai dia diam ke, aku tanyaaa tapi segala soalan dibalas dengan diam. Mahu tak fed up aku? Macam cakap dengan patung.
Jujurlah aku ni takdalah baik sangat, sentiasa buat salah tapi kalau aku ada salah, cakap, bukan diam caranya. Sakit.
Kami pernah melawak dan aku cakap direct dekat dia “ya lah kita ni siblings with benefit ja. Hang cari aku bila perlu and buang bila tak perlu” lebih kurang gitulah dan dia pun gelak² setuju dengan statement aku.
Pap! Kena penampar dengan kejujuran.
Aku menulis ni di saat nak hantar dia balik Kolej. Dan sampai saat dia pergi pun kami masih tak bercakap. Jujur, aku sedih sangat sebab aku sayangkan dia walaupun dia buat macam ni.
Kami berdua sahaja perempuan dalam adik-beradik, jadi aku membesar dengan dia. Tak mudah untuk aku pejam mata dan hadap situasi ini. Silent treatment ni sangat sakit dari sakit fizikal.
Bila aku fikir balik memang sekarang ni hubungan kami lagilah macam orang asing sebab dah hantar dia ke kolej, dia tak boleh balik untuk jangka masa yang panjang dan bila dia balik rumah pulak, aku dah masuk kolej waktu tu.
Entah bila lah nak jumpa. Memang buat hal masing-masing sungguh.
Entahla kakak, aku harap hubungan kita baik-baik sahaja nanti. Walaupun kau tengok aku ni macam cool sahaja, aku tetap sakit dengan cara kau.
Sudah kita masih dalam fasa ‘dingin’ jangan haraplah kita nak bertukar kiriman kan jadi aku hanya harap agar kehidupan kau di
Kolej baik-baik saja. Cukuplah aku simpulkan tiada khabar itu bermaksud khabar gembira. Aku sayang kau, kak :)
– Adik (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit