Cadangan buat para pendidik & asatizah , jauhi gerakan feminis & liberal

Kepada para pendidik dan asatizah , saya dengan rendah diri mencadangkan agar apabila pelajar-pelajar Islam diajarkan tentang ilmu solat , faraid (pembahagian harta pusaka) , perkahwinan , menutup aurat dan sebagainya , ajarlah sekali hikmah dan kebaikan yang ada dalam ilmu-ilmu tersebut.

Hari ini , kebanyakan pelajar , muslimah terutamanya , mereka diasuh untuk menutup aurat , dilabuhkan tudung hingga menutupi dada sejak di bangku sekolah lagi. Mereka diajar untuk menutup aurat , malangnya segelintir daripada mereka tidak diberitahu tentang kebaikan dan keindahan menutup aurat. Maka , kita risau mereka akan merasakan menutup aurat itu satu 'paksaan' , tidak adil dan cubaan untuk mengongkong mereka.

Oleh itu , dalam kita menyuruh mereka menutup aurat , ceritakanlah juga kepada mereka kenapa Allah serta Rasul suruh buat itu dan ini. Beritahu mereka hikmah , sebab dan keindahan menutup aurat. Terangkan secara lisan , jangan harapkan sepenuhnya pada buku teks sahaja untuk mereka baca. inshaAllah barulah mereka akan sedar dan merasakan apa yang Islam suruh buat tu adalah satu perkara yang sangat mulia , baik serta mengangkat martabat wanita.

Apa-apa pun buat umat Islam , kaum hawa khususnya , janganlah sesekali terpengaruh dengan gerakan liberal dan feminis. Sekadar cadangan daripada saya yang juga bergelar pelajar. Wallahu'alam.

– Cik Doraemon

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

9 Comments

    • Ye tak perlu pukul sama rata. Tapi nasihat saya jauhilah daripada terlibat dengan gerakan/fahaman ni. Bagi saya gerakan liberal dan feminis walaupun visi dan misi mereka tampak baik serta murni , tapi ia amat berbahaya pada umat Islam seperti mana fahaman-fahaman lain.

  1. Saya dengan rendah diri mencadangkan kamu keluar dari gua,dan tgk sendiri silibus sekolah. Benda2 itu dah lama diajar dan diperbaharui. Semua salah cikgu,hmm..

    • Salam saudara/saudari. Saya yang menulis confession di atas , saya tak maksudkan semua cikgu , dan saya tak menyalahkan cikgu langsung , mencadang tak bermaksud kita salahkan cikgu. Sebab tu saya kata awal-awal saya juga bergelar pelajar , saya kata begini atas pemerhatian saya sendiri. Ada cikgu yang ajar Alhamdulillah , tapi ada segelintir yang tidak , maka mudah-mudahan pesanan ni sampai pada pihak yg ‘segelintir’ tersebut. Terima kasih.

    • Wasalam saudara. Hikmah,kebaikan dan sebab sesuatu perkara semua telah termasuk dalam silibus. Lagi2 saudara petik ‘jangan la bergantung pada buku teks’ dan ‘terangkan secara lisan’. Adakah saudara fikir cikgu/asatizah tak buat kaedah ni. Cikgu skrg siap tunjuk video dan amali. Belum lagi field trip ke tempat perlindungan remaja. Cuba selidik skit format PT3, penuh dengan assessment dan kefahaman,bukan hanya exam.

    • Saya sedia maklum kebaikan dan hikmah semua tu telah dimasukkan dalam silibus. Saya melihat buku teks juga dah beritahu hikmah itu ini di penghujung bab. Namun , macam apa yang saya pesan , jangan bergantung sepenuhnya pada buku teks dan mengharapkan pelajar baca sahaja , terangkan secara lisan , terangkan secara depan-depan dengan pelajar , kerana cara itu lebih efektif dan masuk ke dalam jiwa pelajar berbanding mereka baca. Orang yang membaca buku tarbiah dengan orang yang ditarbiah secara lisan oleh orang lain , mana satu cara saudara/ri rasa lebih berkesan ?

      Macam apa yang saya cakap , saya tak nafikan ‘semua’ asatizah dan pendidik , ini pesanan umum , untuk segelintir sekali. Sebab tu saya highlighkan ‘segelintir’ dan ‘kebanyakan’ , saya tak pukul sama rata kata semua asatizah begitu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *