Awal tahun hari tu, kami sekeluarga baru melangsungkan perkahwinan adik yang sudah bertunang tahun lepas. Namun sebelum bertunang semuanya okay. Selepas bertunang, keadaan mula berubah sedikit demi sedikit. Bakal suami adik seperti tidak memahami bahawa kami sekeluarga duduk di kawasan perumahan murah. Orang akan berkata sekiranya dia kerap singgah rumah sewaktu ibu dan abah keluar pergi kerja kerana bakal suami adik cuti pad hari Isnin. Kerana masing-masing degil dan tak dengar cakap, saya, ibu dan abah ambil keputusan untuk nikahkan mereka.
Abah, ibu dan saya keluarkan simpanan masing-masing kerana adik saya tiada sebarang simpanan. Tambah menyedihkan lagi, bakal suami adik hanya ada RM2000 masa itu daripada RM8000 yang dipersetujui. Setelah berbincang dan adik ipar juga ada mengatakan sekiranya melarang dia bertemu dengan adik saya, dia akan bawa adik saya bernikah di sempadan, abah dengan berat hati menambah baki duit hantaran yang tidak cukup itu. Perangai adik ipar saya sewaktu sebelum bertunang dan selepas bernikah sangat berbeza.
Malah, restoran yang dibuka menggunakan hasil duit EPF abah saya dan diamanahkan kepada adik dan adik ipar saya untuk uruskan ditutup tanpa pengetahuan kami sekeluarga. Adik ipar juga bertindak menjual hampir semua barangan di dalam restoran tanpa memaklumkan kepada kami apa-apa langsung. Setelah mendapat duit hasil jualan itu, adik ipar dan adik saya bertindak pindah keluar daripada restoran itu dan menyewa di suatu tempat yang kami sendiri tak tahu.
Betapa sedihnya hati saya mengenangkan mereka sanggup buat begitu. Mereka fikir berkatkah hidup mereka sekiranya mengambil duit yang bukan hak mereka.
Sepatutnya tahun ini kami gembira kerana ada tambahan ahli keluarga tetapi rupa-rupanya saya dan yang lain kehilangan adik dan ibu abah saya kehilangan anak mereka.
Restoran itu dibuka untuk memastikan kami adik-beradik mempunyai duit yang mencukupi untuk meneruskan pelajaran masing-masing. Kerana perangai mereka yang begini, saya sendiri terpaksa tangguhkan pengajian untuk bekerja supaya adik-adik saya dapat tamatkan pengajian mereka.
Satu yang kami minta pada Allah di bulan mulia ini, sekiranya mereka tidak mendapat pembalasan di atas dunia ini kerana menyakitkan hati ibu abah kandungnya sendiri, maka kau berikan lah pembalasan di akhirat sana.
– Nur'Ain
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
adik ipar awak hisap gam ke?
baham pil.kuda ni
Adlah penting utk sesiapa jika hendak menikahkan anak masing-ii dgn mngetahuan sgla latar blkng seseorg itu dri segala aspek….
Boleh plak ugut2~adoi perangai
adek awak tu mungkin dah rosak.
sebab tu die nk jugak kahwin degn laki tu.
kesian bapak awak ade restoran tp adik awak pandai2 ttup.
kalau saya,saya cri diorang sampai jumpe.
biadap adik dn adik ipar awak tu
duit hasil bapak awak die pulak yg pandai2 jual.
saman je senang crite.
kalau die tk mampu bayar biar die duk dalam pnjara
Biadapnyer…jgn bg apa..biar mrk berdikari…dahla dpt kawin murah..taktau hargai..