seutas jam tangan

Seutas jam tangan.

Jam tangan ni hadiah hari lahir saya yang ke18 dari mama. Jadi pada malam 9 April, saya mama abah ke mall untuk cari barang2 utk sy ke ukcg ipg. Igt lg wktu tu kami x buat sambutan hari lahir sbb sy nk fokus dkt ujian ukcg tu. smpai dkt kedai jam tu, mama cakap pilih lah adik nak yang mana. Sy pon pilih punya pilih, lihat hrga smua.. yang ni sy berkenan dihati. Maka, mama pon setuju. Selesai membayar semua.
"Adik, bila tengok jam ni, adik kena selalu ingat mama tau, terutama bila adik sambung belajar nanti"
Pappp. Hati rase tertampar. Allah, adik akan selalu ingat mama. Jangan risau.. balas saya dalam suara yang perlahan. Sebak sebenarnya nak berjauhan dengan mama.
Bila hari pendaftaran di kolej tersebut,selesai semua, mama abah mnta izin nak balik, waktu tu air mata berlinangan. Abah pesan satu je "adik jangan pernah tinggal solat" Sebab abah tahu bila kita jaga solat, allah akan jaga kita disini. Mama macam biase lah pesan jaga diri, nak pergi tandas ramai2 dan macam2 lagi. Bye mama abah. Mereka berlalu pergi.
Disana, sepanjang minggu orentasi, tiap2 hari sy call mama tanya buat apa, masak apa. Hehe.  Orentasi tak pack sangat jadual sbb kebetulan dengan bulan puasa. Dan hujung minggu tu, dapat lah blik berbuka dan sahur bersama.alhamdulillah.
The next week, bermula lah minggu asimilasi. Maka jadual pon mula lah pack sikit. Minggu asimilasi ni 2 mggu dibuat untuk melatih student membiasakan diri disini. Dan mggu utk pelajar bertukar modul/ program. Dan saya pon mula lah busy dengan lab report, assaignment, dan homework. Saya tak call mama dekat 4 hari. Masa hari khamis minggu tu mama call. Sy tak angkat sebab x perasan ad call. Then, bila tengok no mama misscall. Terus saya call, "mama, kenapa call ?terus mama jawab,"adik,kenapa tak call seminggu, adik sibuk sangat ke dik". Allah, waktu tu rase sebak, rase macam anak derhaka nya aku ni. Kenape aku tak perasan aku tak call mama lg mggu ni. Padahal tiap kali ak pakai jam mama bagi, mama pesan suruh ingatkan dia. Saya pon minta maaf dekat mama sebab x call. Sy cakap sibuk sikit maa..sayaa tak pasti jadual padat atau saya tak pandai urus masa lagi di sini. Sebab cikgu2 banyak pesan, bila duk sini kena pandai urus masa sebab kt sini pack sangat2.. dan ini terbukti. Allah, aku bersalah sangat. Ak rase macam anak derhaka.  Trus rase mcm x guna blajar kalu tak call mama mnta izin mohon restu dan doa. Then,sy pon blik dari asrama petang khamis tu macam minggu sebelum ni jgk. Berbuka dan sahur bersama. Bila sabtu malam, nak blik kolej semula.. mama pesan "bila adik free call ye, mama tunggu " Allah, sekali lagi rase macam tamparan hebat singgah di hati. aku jawab ringkas, baik ma. Insya allah. Dan mulai hari tu, aku selalu call mama tnya buat apa makan apa dan sebagainya. Dan hari2 aku berlalu sungguh kuat dan semangat walaupon jadual aku penuh dan tugasan aku banyak. Tapi, bukan aku lupa mama dan abah, sebenarnya aku sentiasa kirimkan untuk mereka doa dan bacaal ayat2 alquran selalu aku sedekahkan buat mereka. Tiap2 hari tak pernah miss. Mungkin itu sebab ak tak rase jauh po dengan mereka walaupon ak tak call mereka.
Moral of the story aku boleh bagitau, call lah ibu bapa setiap hari. Tak kira lah kita ni student atau pon sudah berkerja. Sebab mereka smua tu sangat rindu nak dengar suara anak2 mereka. Betul, ingat satu kisah from my teacher, beliau bgtau dia tiap2 hari akan gi bersalam dengan parents dia sebelum pergi mengajar.. satu hari tu, terlupa nak salam sebab terlewat bangun nk g kerja, dia dh smpai dekat skolah dah, dia turn balik sbb nak salam dengan parents dia. Allahu, pentingnya restu seorang ibu dan ayah.

– cik indah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *