Assalamualaikum. Thanks sekiranya admin approve cerita aku ni. Semoga cerita ni menjadi pengajaran kepada kita semua especially para ibu bapa ye.
Aku manusia biasa. Manusia yang diperlukan untuk push diri sekiranya hendak berjaya. Dari darjah satu, aku pada awalnya tak dapat no. 1 dalam kelas. Adik beradik semua kata aku bodoh. I was like what???? Pelik la. Sebab tak dapat no. 1, aku dikatakan bodoh. Kemudian, aku study macam orang gila.. gila sbg sorang budak umur 7 tahun la kot. And yes, alhamdulillah aku dapat no 1 macam yang family aku nak. Actually dapat siblings aku ni, ada la 3 orang bijak. Sorang dua biasa2 je. Aku ni golongan yang biasa2 tu. Haha.
Parents pulak da tua. Da tak keje. Pencen. Aku anak bongsu. Duit semua abang kakak tanggung family kami. Tambah dgn duit pencen parents.
Tapi sejak kecil lg, aku kalau beli buku sekolah, pakai duit biasiswa. Aku mmg make sure skor setiap kali exam, supaya biasiswa x ditarik balik.
Darjah dua sampai enam. Aku tak pernah dapat no. 1. Hahahaha. Malaslah nak puaskan hati semorang. Aku ada cara aku sendiri. Even tkdapat no. 1, target aku nak dapat stret A utk upsr, pmr dan spm la kan. Cliche target gitew.
Alhamdulillah. Upsr dapat 5a(upsr je pownn). Pmr dapat 5a jugak. Means bukan stret A. Dapat english aku B. Bila siblings tau aku dpt B utk subjek English. Mereka boleh kata aku ni bodoh. Perhh sentap la kan. Aku bukannya tak study. Aku study kot! Lepastu aku pikir, aku yang 5a pmr pon dah kena kecam macam ni. Apatah lagi perasaan kawan2 aku yang kelas belakang tu??
Bila spm. Aku mmg skor nak stret A. Sebab nak amek medik. Dalam adik beradik aku, tkde org amek medik. So aku study sungguh2. But, Allah knows better. Aku dapat 6A je. Alhamdulillah. Tapi manusia sekeliling bising je. Nyampah. Padahal aku just tkde rezeki utk A subjek sains tulen tu je. But still, aku kena kecam. Aku pendam jelah. Sebab malas nak gaduh.
Aku sambung belajar course lain daripada medik. Aku dapat je matrik, uia(program foundation), tapi aku pilih ipts. Gedik gila. Haha. Lepastu, aku skor bebetul ipts tu. Oh ya. Program diploma tau.
Alhamdulillah. Result tu dapat mencapai tuk further studies overseas. But, ujian nak berjaya ni, banyak!! Aku kena hadap test ielts. Aku dapat band 6 ,alhamdulillah. But, biasiswa yang aku nak tu, dia nak band 6.5… aku repeat dua kali utk ielts. Burn duit aku macamtu je. Oh,bukan duit aku. Duit aku first sit exam tu je. Second exam tu, pakai duit abang aku. Unfortunately, tak pass juga. Aku down gila la. Sebab tak pass ielts tu je. Offer letter dah dapat. Mungkin ni bukan rezeki aku. Sebab Allah da aturkan jalan yang terbaik untuk aku. Aku dapat biasiswa lain tapi sambung belajar dalam Malaysia.
Dah dapat biasiswa tu kira bersyukur la kan. Tapi, still kena kecam teruk dengan siblings. Sebab tak pass ielts tu. Nak je aku marah balik kat dorang. Time aku tak pass exam kecik macam tu, macam2 dorang kata kat aku. Biasalah.. manusia just nampak result je. Usaha kita siapa je nak pandang. ALLAH je yang pandang usaha kita ni. Tapi serius, aku rasa nak je repeat ielts tu lg sekali. Tapi no money… #tears.
Semoga para pembaca confession ni doakan aku sukses dengan next ipt aku ni. Semoga kalian semua tak jadi judgemental dengan adik beradik sendiri. Aku ni manusia biasa je kot. Tolong ah paham! (Aku tak tau la tu cara dorang nak motivasikan aku ke hape) yang pasti aku langsung tak rasa termotivasi. Nak je aku saje failed kan diri masa diploma tu. Hahaha. Gelak jahat. Tapi tak sejahat tu lagi. Aku masih ingat parents aku. :p sekian.
– Daun
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Pepasal siblings ko cakap orang bodoh sesuka hati? Mulut..sakit hati baca. Xdelah, ko pandai sebenarnya. Mulut dorang je jahat. Xpandai nak jage hati. Dorg tu pandai sangat ke? Jangan down. Cuba lagi okay :)
Ielts band 6? bapakkk!!!
abis tu derang band 9999 ke ielts tu?
gilaaa lah band 6.
Saya mcm saudara jugak. Dapat offer letter dr oversea dan pass ielts. Unfortunately, xda sponsorship utk study abroad.