Apa patut aku buat? Please bantu aku.

Hari ni jatuh air mata aku..

Sebelum tu, aku perkenalkan aku seorang cikgu muda di sebuah skolah negeri melaka. Baru dipostingkan dan tahun ni la jugak tahun yang bermakna dan sedih bagi aku. Kenapa?

Sebab dalam kelas aku ada seorang murid lelaki yang istimewa. Seorang anak syurga. Yang dijaga dan ditatang penuh kasih sayang oleh seorang nenek yang agak berusia dan uzur.

Biarlah aku gelarkan murid ni Azam. Dia murid tahun 3 yang baik. Mendengar kata dan jaga tingkah laku dalam kelas. Dialah juga murid yang paling aku sayang sbb dia paling manja dengan aku. Sampaikan dia panggil aku ayah. Aku pon dah anggap dia cam anak atau adik aku sndiri.

Dulu, waktu aku mula-mula posting kat sini dan ditugaskan ajar kelas dia, aku dah perasan. Azam ni mulanya sangat pendiam dan selalunya tak bergaul dengan budak-budak lain. Sebab apa pon aku tak pasti. Kalau time rehat, dia tak pergi rehat. Hanya makan nasi yg dibekalkan nenek dia. Time balik sekolah, aku selalu nampak dia jalan kaki dengan nenek dia sebab rumah azam ni tak jauh dari sekolah. Terfikir jugak aku, mana mak dan ayah dia? Kenapa nenek dia je yang selalu ambil dia.

Tapi waktu tu aku tak kisah sangat hinggalah satu kejadian berlaku waktu aku nak masuk mengajar kelas dia.

Si azam tunduk menangis dan aku nampak buku berselerak atas meja dia. Murid-murid lain macam duduk jauh dari dia. Bila aku tanya semua orang diam. Aku pon panggil si Azam ke meja guru.

Aku tanya la apa yg berlaku. Kenapa dia nangis dan buku berselerak atas meja dia.

Korang semua tahu apa ayat yang keluar dari mulut dia?

" Cikgu, saya anak haram ke? " Tersentap gila aku. Aku pon tanya kenapa awak kata camtu?

" Kawan-kawan saya ejek saya, diorang kata saya takde mak. Takde ayah. Mak ayah tak sayang saya. Anak pungut. Saya ni jahat ke? Saya anak haram ke cikgu? " . Sumpah air mata aku jatuh. Aku peluk dia dan cakap " Tak awak anak syurga Azam. Mak ayah awak ada. Nati diorang balik ".

Seharian tu aku tak mengajar kelas dia . Aku hanya membebel, beri nasihat dan denda murid-murid yang ejek Azam. Sebelum keluar kelas, aku dah warning siap, sapa yang ejek lagi Azam, cikgu akan bagitahu guru besar.

Rupanya kata guru kelas, Azam, anak luar nikah. Si ibu dan ayah melarikan diri sebab malu dengan keluarga dan orang kampung. Lalu dia dijaga oleh neneknya. Katanya lagi, dulu Azam ni selalu diejek dan dihina orang. Time ada majlis bersama ibu bapa, neneknya akan datang. Ibu bapa yang ada situ pandang semacam je kat dia. Kesian dia.

Aku speechless. Allah begitu hebat dugaan untuk anak sekecil dia.

Sejak dari kejadian tu, aku berazam nak didik si Azam ni bersungguh-sungguh. Ada masa aku belanja dia time rehat. Ada masa aku bermain dgn dia. Alhamdulillah hari demi hari, akhirnya aku rapat dengan dia. Sampaikan ada masa dia terpanggil aku ayah.

Aku happy tengok dia senyum.

Tapi, aku silap. Aku pernah cakap kat dia " Mak Ayah awak ada. Nati diorang balik ".

Korang tak harini si Azam buat pe?

Harini last aku mengajar sebelum cuti raya. Tapi bagi aku takde dah semangat nak mengajar. Semangat raya je lebih. Waktu dalam kelas aku suruh la budak-budak melukis suasana kampung waktu hari raya. Then aku suruh diorang submit lukisan tu nanti.

Selepas waktu rehat tadi. Aku tengok balik lukisan murid-murid aku. Semua kelakar. Helaian demi helaian aku belek. Sampailah mata aku tertarik dgn satu lukisan ni.

Gambar orang lidi. Ada 4 orang lidi. 3 dewasa dan 1 kecil. Diatas orang lidi tu tulis "mak" , "ayah" sambil pegang tangan si lidi kecil, "Azam". Dan yang last tu aku.

Aku pandang lama-lama gambar tu. Air mata aku jatuh. Hati kecil aku berdoa semoga "Anak syurga ini bahagia suatu hari nanti"

Dan sebelum balik tu, Azam datang ke bilik guru, jumpa aku. Dia ajak aku beraya kt rumah dia. Dan last tu, dia mintak aku post kan gambar dia lukis tadi pd mak ayah dia. Katanya tahun ni nak beraya dengan mak dan ayah. Wajahnya sangat innocent. Allahu.

Aku peluk dia dan terus cakap insyaAllah.

Aku rasa sangat bersalah sebab kata-kata aku dulu seolah beri harapan yang sangat besar pada dia. Aku taknak dia kecewa kalau tahun ni dia masih beraya tanpa mak dan ayah.

Harap korang dapat bantu aku. Aku buntu nk cakap camne kt Azam.

– Diari seorang Cikgu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

44 Comments

  1. Cuba jumpa nenek azam tanya ttg mn pergi parents azam. Unless cikgu blh tau mn nk cari parents dia. Kalau tak dpt jumpa dua2 unless jumpakan dia dgn mak dia pun ok.

    Semoga cikgu pun terus kuat utk bg sokongan pd azam. InnshaAllah dugaan ms kecil ni lah akn mematangkan azam utk jd insan lebih berguna

  2. Selalu nya jiwa anak2 kecik yang selalu diduga lebih mudah memahami… kejujuran pilihan yg tepat buat masa sekarang dari anak tu digula2kan dengan harapan yg mungkin tinggal harapan…

  3. Tears ..jd ayah angkat azam..xperlu crita kisah lama ttg ibubapanya..hanya akan menambahkan calar dhatinya..didik dia shingga dia lupa ttg kesedihan hdupnya..indeed,u r such a good soul..semoga Allah swt berkati hidup cikgu..amin..

  4. Cikgu kene cari mak ayah azam tu.. Dapat jumpa mak dia pun takpe.. Kot2 mak dia lawo ke.. Untung cikgu… Mungkin sebelum ni salah ayah dia.. Mak dia baik..

  5. Amik iktibar. Jgn mudah bjanji sb dlm agamapun janji itu hutang. Mberi semangat bkn dg cara mberi hrapn yg tak pasti. Cgu kna ceritakn pd azam satu kisah baru yg mnarik ttg kshsyg ibubapa pd azam, ttg ibubapa yg jauh tdk dpt dihubungi dll tp tdk mkin lupa pd azam, ttg cgu yg akn berusaha mjejaki mrk n ttg allah yg syg pd azam hga ke syurga lbih dr semua yg ada n allah akn makbulkn.. Jgn pdg azam kcik tp ingat slu yg dia akn semakin bsr n cerdik utk phm.. Mdampingi bdk2 yg serba tdk ada adalah satu kesempatan baik utk kita mgenali hdup yg luas utk kita phm ttg hdup n nilai2 agama. Semoga allah merahmati cgu n mberkati azam n neneknya hga akhirat. Hrp ibubapa azam sedar satu hri nti akn anaknya sdg menanti. Masyarakat hri ini byk yg zalim, menidakkn hak allah dlm mberi keampunan malah mhukum tlalu cepat n awal hga org2 yg bdosa tdk boleh meneruskn hdup malah ada yg lari jauh tglkn org2 yg mrk syg. Kita jgn mjadi sebahagian drp org2 yg zalim. Amin.

  6. Menangis saya baca kisah cikgu dan azam.cikgu jumpa nenek azam..tanya perihal ibu dan ayah azam.pertemukan azam dgn ibunye.ibu mane yg x sayang ank.klau ibunye x nak..cikgu mintak dgn Allah s.w.t permudahkan usaha juga.lembutkan hati ibu azam.proud of u cikgu..

  7. Bro, aku cadangkan kau jangan pergi jauh sangat dengan perihal peribadi Azam ni sebab itu dah bukan tugas kau sebagai guru. Jangan libatkan diri kau dengan perkara yang boleh bawa kau masalah. Tapi, kalau kau nak tolong Azam sampai dapat jejak mak ayah dia, lakukan BUKAN sebagai seorang guru, sebab itu bukan tanggungjawab seorang guru. Dan seeloknya kau distract dia daripada memikirkan mak ayah dia. Jangan pula kau cari orang berlakon jadi mak ayah Azam tu.

    • Selain dr apa yg En Mahfudz Al-Faiz cdgkan, cikgu ajar budak tu supaya rajin solat dn setiap lepas solat , suruh dia berdoa agar Allah lembutkan hati mak dan ayahnya utk balik. Pesan kt dia jgn putus berdoa lbh2 lg waktu afdhal doa. Atau klu ayah maknya masih x balik, beritahu budak tu, mungin Allah dh atur yg lbh baik tp kita hambaNya x tau dn x perasan.

      Klu dia terlalu bergantung dgn cikgu, andai cikgu ditukarkan, apa jd pd budak tu?

  8. ade masa cikgu dan keluarga datang beraya ke rumah azam.. berikan sedikit kegembiraan bersama keluarga kpd azam.. yg paling penting sekali cikgu tolong CILI kan mulut org atau bebudak yg mengejek si azam anak haram

    • Hehe…bahaya kalau cili anak org, nanti cikgu kena pakai baju oren pulak naik trak polis. Hehe…in sha Allah , doakan kami cikgu ni diberi kesabaran utk mendidik anak2 yg nakal ini :)

  9. Jangan salahkan dia kerana berjanji. Dia masih muda dan masih belum bersedia berhadapan masalah anak-anak yang dtg secara tiba-tiba. Dia terlalu marah dengan sikap anak murid lain, sebab tu terkeluar janji itu. Jangan menghukum benda yg dah jadi dan tidak boleh lagi diperbaiki.
    Sama-sama kita beri sokongan untuk cikgu muda ini membantu Azam dalam mencari kebahagiaan dalam hidupnya

  10. Moment yg menyentuh hati mcm ni mesti akan dirasai oleh sesiapa sahaja yg bergelar pendidik. Sy pernah berdepan dgn situasi mcm ini cumanya di sekolah menengah, konflik emosi agak berbeza..terlalu banyak konflik sehingga dieorg memberontak, cari perhatian & kasih syg dari org luar sampai merosakkan diri. Jgn jemu bg teguran kpd student yg selalu menghina supaya lama2 dia sedar kesilapan & dia tak patut ckp benda yg menyakitkan hati. Itu proses mendidik, bukan lagi mengajar. Utk adik Azam, mungkin boleh terus bg perhatian, berterus terang sbb lama2 dia akan faham. Cari masa yg sesuai.

  11. Jgn buatkan dia trlalu bergantung pada cikgu.. Lebih baik cikgu rujuk kpd kaunseling. Berbincang dgn pakar kaunselor..
    Sy lihat, dia sdikit sbyk dah bergntung harap pada cikgu.. Sy bimbang kalo cikgu nnti tukar ke tempat kerja lain atau azam ke sekolah lain..susah cikgu.. Susah..

  12. Saya selalu nasihatkan …bila kita bekerja, walau apapun tujuan atau apapun suasana jgn jadikan sesuatu hubungan itu peribadi (kecuali kita boleh membuatkan hubungan itu menjadi hubungan peribadi yg sah). Berbuat baik adalah perbuatan mulia ttp menjadikannya peribadi adalah sesuatu yg berbeza…dlm perkara ini cuba lihat kesan awalnya pd azam…pd cikgu dan pd anak murid yg lain..malah kpd pentadbiran sekolah…semuga menjadi iktibar. Saya doakan cikgu berjaya selesaikn masalah ini dgn cara yg terbaik..

  13. Lupakan sajalah kisah silam dia. Buat perkara yg happy yg blh melupakan ttg perkara tesebut. Jgn sebut lg pasal keluarga. Topik keluarga pun kadang kadang jadi masalah nak ajar di sekolah.

    Sbb sek saya pun dah pernah jadi kes gini. Bdk thn 4, nenek yg jaga. Kejap dtg x dtg ke sek. Bila selidik, backgroud famili, mmg ada sesuatu. Kaunseling cuma blh buat, tarik minat dia utk hadir ke sek, mcm skrg, belikan baju raya, supaya dia happy dtg sek. Berdoalah cikgu, insyaAlllah. Moga anak murid cikgu kuat dan terus bersemangat utk meneruskan hidup. Dan kepada cikgu, moga tak pernah putus asa. Dampingi dan sayangilah azam. Moga urusan dipermudahkan selalu

  14. Mengalir ayaq mata bacaa. Ckgu tulis dr hati kott. Terima kasih cikgu bahagiakan dia, semoga cikgu terus bantu semampu cikgu :)
    Saya pernah jd kaunselor tuk adik2 yg bermasalah. Kita perlukan telinga dan masa utk dengar luahan dan melayani mereka. Proses tumbesaran mrk akan memberi kesan jika, masyarakat terus mengejek (buli emosi) utk kanak-kanak sekecil Azam, yg polos, yg masih bertatih, dan tercari-cari kasih sayang orang kesayangan.
    Agaknya apa akan jd kalau neneknya meninggal kelak?
    Moga Allah memeliharanya.

  15. Tetima kasih cikgu sbb concern psl murid istimewa mcm ni. Cikgu mcm ni yg masyarakat perlukan, bela students yg dibuli oleh classmates. Semoga Allah permudahkan urusan cikgu. Insyaa Allah.

  16. Rumit.. tpi kalau sanggup cari mak bpk dia lagi baik.. biar budak ni tahu betapa x berotaknya mak bpk dia.. lagi pula ditinggalkan brsama nenek. Panas hati dgr.. jpn polis hospital skmm semua tu tentu boleh trace kat mana bpak mak budak ni.. jumpe dakwa dia atas pengabaian anak biologi di mahkamah.. biar letup isu ni sampai parlimen.. biar kita beringat bahana ikut hawa nafsu dan kebodohan padahnya mcm ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *