Assalamualaikum
Adik-adik, kisah perjodohan adalah rahsia Allah. Kalau ia belum datang menjenguk kita, walau bagaimana telah kita cuba sekalipun, jangan berputus asa dari rahmat Allah. Putus asa bukan sifat mukmin sejati.
InsyaAllah akak nak share kisah sendiri. Kisah akak kecil, tapi moga ada manfaatnya untuk adik-adik yang masih risaukan tentang jodoh.
Akak, seorang perempuan biasa, phd holder, menjaga batas pergaulan dan periang. Tinggal dengan ayah dan nenek kerana emak sudah meninggal dunia sejak kecil. Sepanjang umur 34 tahun ini, pernah beberapa kali dirisik tetapi kesemua lelaki menarik diri kerana rasa kurang keyakinan diri dengan status akak sebagai phd holder. Akak tak pernah rasa bahawa tahap pendidikan akak adalah isu dalam rumahtangga. akak berlapang dada kerana akak faham bahawa jodoh belum sampai.
Pernah juga makcik-makcik dan kawan-kawan akak aturkan date untuk akak dengan alasan kenal-kenal dulu,keluar makan,tengok wayang, kenal hati budi bagi calon mereka. Tapi sesungguhnya perkara begitu tak pernah terlintas untuk akak buat. Even nak letak gambar dalam FB pun, akak tak selesa, inikan pula keluar berdua, calling dan messaging.
Dan bagi akak sendiri, lelaki yang setuju untuk keluar berdua dengan akak tanpa ikatan yang sah adalah calon yang perlu akak tolak awal-awal. Bukan begitu caranya. Akak letakkan syarat mereka datang ke rumah akak, minta izin untuk kenal di rumah orang tua akak. Tapi, dalam kebanyakan mereka, seorang pun tak pernah berani datang :')
Nenek dan ayah akak pula,masih anggap akak ni macam anak kecil sehinggakan mereka tak pernah risaukan hal perjodohan akak. Sehinggalah satu hari, apabila nenek dan ayah akak nak tunaikan haji, akak tergerak sangat untuk bercakap hal jodoh dengan mereka. Akak cakap tahun depan, akak nak kahwin. Tapi sesungguhnya akak tak ada seorang calon pun masa tu.
Mereka senyum bila akak mengaku yang akak belum ada calon. Akhirnya, kami bersepakat untuk sama-sama bersolat hajat sepanjang permusafiran mereka ke tanah suci dengan hajat yang sama; memburu calon menantu/suami. (nenek yang beri cadangan sebab ustazah di tempat nenek akak mengaji pernah suggest cara ini) Setiap malam mereka mesej bila mereka nak tunaikan solat hajat. Mereka di tanah suci, akak di Malaysia. Setiap malam selama berminggu-minggu. Ada beberapa kali juga kami terlepas solat bersama.
Sehinggalah seminggu sebelum mereka pulang dari tanah suci..
Tiba-tiba akak dapat satu email daripada seseorang. Yang rupa-rupanya telah baca blog akak sejak akak di zaman universiti lagi.
Katanya ingin taaruf di rumah bersama orang tua akak. Disertakan semua personal detail dan link tentang dirinya. Facebook. Web office. FB adik beradiknya (untuk kesahihan), blog, dan apa saja link berkaitan dirinya (termasuk link berita tentang kemalangan yang ada gambarnya membantu mangsa secara sipi-sipi.Perlu ke?) :')
Perenggan terakhir emailnya lebih kurang begini (dia tulis dalam english) "Maaf kalau cara saya tidak meyakinkan. Tapi mohon beri peluang pada pembaca blog sejak 2003. Saya menerima xxxxx (nama akak dalam blog) seadanya . Sebagaimana xxxxx menjaga diri untuk tidak dipertonton di alam maya, seteguh itulah keyakinan saya bahawa xxxxx seorang yang menjaga diri dan maruah". Akak menangis. Sebak. Malam itu akak tidur dengan satu perasaan yang tak pasti. Akak hanya mahu peluk nenek.
Akak istikhorah.
Seminggu lepastu akak beri jawapan.
Nenek dan ayah akak balik, dia beranikan diri untuk datang. Seorang saja. Sopan . Berani. Jelas. Walaupun soalan-soalan ayah kepadanya ibarat pakcik polis dan pesalah, tetap juga dia jawab dengan tenang. Untuk beberapa bulan seterusnya, ayah akak dan nenek lah yang 'menjalankan penyiasatan' kepada bakal menantunya itu. Akak serahkan semua pada mereka. Kerana akak ni anak perempuan tunggal, ayah akak sangat protective.
Itulah kali pertama kami bertemu. Kali kedua bertemu, insyaAllah minggu hadapan untuk bernikah.
Raya nanti kami akan diijabkabul. Paling akak syukuri ialah bagaimana eratnya kemesraan antara kedua-dua belah keluarga, terutamanya antara ibu bapanya dan bapa akak.
Ada dua perkara yang akak nak highlight disini:
a) Doa parents sangat ajaib. Antara kita dan ibu bapa, jangan ada rahsia, terutamanya tentang perancangan kehidupan. Sebenarnya kita hidup di dunia ini, kebahagiaan yang kita kecapi adalah hasil doa-doa ibu ayah kita. Mudahnya kehidupan kita, hasil rayuan dan tangisan mereka dalam doa yang panjangkepada Allah.
b) Kadang bila kita rasa macam 'tak laku',kita ada tendacy untuk merobohkan atau mencairkan dinding prinsip sebagai muslimah sejati. Kita mula membanjiri wall kita dengan gambar-gambar kita (walhal sebelum ni tak pernah pun), mula layan lelaki, mula tonjolkan diri dengan ketawakuat-kuat untukdapatkan perhatian dan lain-lain.
Buat semua wanita muslimah, teruslah menjaga diri kalian. InsyaAllah, di satu masa yang telah Allah aturkan, Allah hadirkan seorang lelaki dengan cara paling terhormat.
Akak doakan semua pembaca akan mengecapi kebahagiaan masing-masing. Doakan akak juga.
Belum dan tidak berjodoh, bukan bermakna bahagia menjauh.
Kakakmu,
Illiyyin
– Iliyyin
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Akakkk, *peluk* moga dipermudahkan urusan selalu kakk.
C’ty Nur Wajihah Basabrin
Ismi Suriyani Ahmad
Tq adik ;-(
Tq adik :-(
Terharunya baca cite akak. thanks akak bg motivasi ☺
Bintu..best citer dia.yakin pd jnji Allah..hehe
Nursyuhada Taufik
Nisha Mohd Omar Amirah Rara Ainil Halim Khairunnisa Mohd Yunus
Thank you akak atas perkongsian. Paling penting kita kena yakin dgn Allah kan. :)
Rohayu Rubaidi
Mira Huda
Athirah Azlira Saza Rivuan Nur Sahira Othman Nor Faila
APa blog sister ni ye. Teringin nak baca.
Sama lah. Akak pun teringin nak baca..
Ok
Perempuan yg baik utk lelaki yg baik. Mabruk akak! Moga dipermudahkan segalanya
Izyan Mei
Tahniah akhirnya jumpa jgk..
Najihah Faisal
Nadiah Syamimi Syera Ghani
Sebak pulak baca rasa mcm bertimbun dosa…….:’/
Menarik. Antara confession yg terbaik.
Nurul Izzati Fara Musa
Khairan Haafidzie….bertabahlah…ada jodoh untuk anda nanti…
Aku rase ko salah mention ni haha
Kahkahkah….selamat ari raya
Nur Zalikhabinti Johar. Ad Lin suruh tag. Haha
Lydia Aidylonearis…bertabahlah….
Hehdhdh….selamat ari raya
OK…fine..
OK ….bye
(Y)
Nur Mawaddah :)
akak nak link blog
Muhammad Hanif
Mieyra Ammirrah
Aina Aziz tringat kat kaklong
Nuswatun Hasanah
nak baca blog…
Norazlin Syairah Siti Noor Ain Hazira Joh ☺
? ape blog dia
InsyaAllah…tq bidadari yan…*muahciked
Hahaha insyAllah smpai masa pasti ada yg terbaik dtg utk kita. ❤❤❤
Amin ?
Nadzurah ZA
Saya Nina Fariha Malik Hidayah Sabri Nur Idanis Abu Saamah syamira
Hayatul Shyahidhatul
Aku sorg ja ka yang baca dengan nada yang lembut.
NurLiana RosLee Farhan Hanis Fajar Fatiha Sayuki
Ishhh kuih raya done ke?
Tak habis lagi… Ada lagi 3 jenis….
Aku pun baca dalam nada tu jugak. Mungkin orangnya seorang yg lemah lembut.
Terima kasih akak..
Fatnin Aziz
Tq Aĭşyah Hümaĭra Alĭaş
Barakallah akk. Semoga berbahagia bersama sampai syurga. Hehe. Nangis baca..
Ke hadapan adindaku, Shuhada Sharif. Bagus perkongsian ni :D
Bila sy bce confession akak ni btol2 buat sy rse mcm bgn balik dr perasaan “tak laku”..thanks akak..
Azwa Hafiza II
Maryam Ghani
Syukran kak. Saya baca sambil berlinangan air mata kak. Saya kagum dgn akak. Moga Allah beri kebahagiaan buat akak. U deserved it sis. Moga dipermudahkan & bahagia hingga syurga..amin. mabruk kak.. doakan utk saya juga
AL Khansa
kak Rafidah Shaharun Farhah Sazali Shafizah Jaamat bestkn cerita dia..hihi
Norazila Alias
Nur Cahaya Nur Fadzilah Norizan :)
Farah Hana Atiqah Hamid
Aisha HjSubari