aku pernah ada pengalaman hampir dibunuh oleh seorang lelaki. sejak dari peristiwa itu aku memang agak alergik dengan lelaki. rasa macam tak selamat kalau jumpa mana mana lelaki. ayah aku satu satunya lelaki yang aku percaya dalam hidup.
perangai alergik aku ni terbawa bawa sampailah aku masuk universiti. seboleh mungkin aku akan elak untuk bergaul apatah lagi berkomunikasi dengan mana mana lelaki. sampaikan ada orang yang label aku stok baik. sedangkan hakikatnya aku alergik dengan lelaki.
sampailah satu hari semasa tahun pertama pengajian ada seorang lelaki inbox fb aku. aku tak tahu macam mana dia boleh jumpa fb aku. sebab fb aku hanya untuk kawan kawan perempuan. dia inbox katanya dia kenal aku melalui kawan dia. dia kata ikhlas nak kawan dengan aku. katanya dia tengah mencari calon isteri. aku memang sah sah tak layan
masuk tahun kedua. sekali lagi dia inbox. ulang ayat yang sama. aku memang tak layan lagi. sampailah masuk tahun terakhir. kali ini dia inbox aku. ayat yang masih sama. melihat pada kesungguhan dia aku buat istikharah. tapi aku tak dapat apa apa petunjuk.
aku cuba selidik latar belakang dia melalui kawan aku. dia budak baik. stok surau. budak pengajian agama. aku stalk fb dia pun semua yang baik baik. dengan lafaz bismillah. aku balas mesej dia buat kali pertama. aku cakap kalau betul dia serius minta dia untuk datang jumpa keluarga aku. selepas itu dia terus senyap.
seminggu kemudian. dia minta gambar aku untuk tunjuk pada keluarga dia. aku dah bagi warning awal awal. aku cakap aku ni pendek gemok dan hitam hitam manis. dia kata tak apa. dia tak memandang rupa. dia terima aku seadanya. selepas aku hantar gambar sekeping. sekali lagi dia senyap.
sampailah tiba minggu study week semester kedua akhir. tiba tiba dia inbox aku katanya nak datang rumah merisik. aku cakap kat dia aku tengah study week. minta dia datang selepas aku habis exam. tapi dia kata hanya itu sahaja masa yang keluarga dia ada. dia minta aku pulang ke rumah sebab nak tengok jumpa aku face to face.
aku nak tak nak beritahu keluarga dan segera pulang ke rumah. pagi itu dia datang dengan keluarga. terkejut aku. dia datang dengan deretan kereta mercedes. rupa rupanya dia dari keluarga yang berada. aku jadi segan. sebab aku dari keluarga yang sederhana sahaja. rumah kayu beratap zink.
tapi alhamdulillah. sesi merisik berlalu secara sederhana. dia minta untuk kahwin dalam masa tiga bulan. tapi aku cakap yang aku nak habiskan semester terakhir aku dahulu. jadi kami decide untuk bertunang dahulu.
aku ingin langit cerah sampai ke petang.
tiba tiba lagi dua minggu nak bertunang dia mesej aku. katanya ada perkara penting nak berbincang. aku yang tengah kalut kalut dengan fyp spent kan sedikit masa. aku terkejut bila dia bagitahu nak batalkan pertunangan. aku kata kenapa tiba tiba. dia bagi alasan tak bersedia. aku cuba pujuk dia jangan batalkan sebab aku fikir family aku. macam mana aku nak bagitahu family aku. aku teringat betapa gembira hati ibu bapa aku bila aku beritahu aku dah belajar untuk buka hati terima lelaki dalam hidup. discuss punya discuss. akhirnya kami setuju untuk tangguhkan dahulu pertunangan.
sejak itu aku makin perasan yang dia semakin berubah. dia banyak menyentuh bab bab fizikal aku.
" awak ni gemuk lah "
" cubalah lawa sikit "
" awak ni makan banyak "
" awak tahu tak saya ni tinggi. awak tu pendek. nanti berdiri awak dekat ketiak saya je "
mula mula aku terasa hati juga. tapi aku cuba take it positive. aku cuba berdiet. aku cuba pakai produk produk kecantikan. aku belajar pakai high heel. aku beli baju cantik cantik. semuanya demi dia.
dua bulan selepas itu. masa aku tengah kalut kalut prepare untuk viva. dia inbox aku. katanya dia bermimpi bekas kekasih dia. dia ceritakan pasal bekas kekasih dia yang ayu sopan santun tinggi kurus. memang kontra habis dengan aku. masa ni hati aku betul betul terasa. tak ada wanita suka dicomparekan. aku jadi tawar hati.
aku tanya dia kenapa tiba tiba cerita semua benda ni pada aku. siapa aku pada dia. aku ingat dia betul betul bersungguh sebab dia approach aku 3 kali. 4 tahun pulak tuh. tapi jawapan dia mudah je.
" awak ni nothing. saya dulu try awak pun sebab kawan saya cakap awak nih jual mahal dengan lelaki. lagipun saya kawan dengan awak untuk hilangkan bosan saya. dan saya pun tak tahu siapa awak pada saya. saya tak sanggup jadi menantu ayah awak. elok rasanya awak cari orang yang sekufu dengab awak "
masa itu hati aku betul betul hancur. aku rasa maruah aku dipijak pijak. tapi setitik air mata pun tak jatuh. sebab aku dah janji dengan diri sendiri tak akan menangis untuk cinta manusia.
" terima kasih untuk segala galanya. minta maaf sebab saya tak memenuhi citarasa awak. saya doakan semoga awak sentiasa bahagia "
lepas aku balas mesej dia. aku block no dia. aku buang semua tentang diri dia. aku bagitahu keluarga. dan aku memang fokus pada viva aku yang berbaki lagi beberapa hari. aku buat buat ok depan semua orang. mujur kawan kawan tak tahu pasal pertunangan aku.
cuma yang aku sedih bila malam sebelum viva tiba tiba adik dia contact aku marah marah aku. katanya kenapa buat abangnya macam itu. aku tak tahu apa yang dia bagitahu pada keluarganya. dan aku pun tak nak ambil tahu. aku cuma telan kemarahan adik dia.
sampailah keesokan harinya selepas aku viva aku terjumpa quote ni " kalau tak ada bahu untuk bersandar. kita masih ada dahi untuk bersujud "
aku cepat cepat ambil wudhuk dan solat sunat. selepas solat aku menangis semahu mahunya. aku tak sedar macam mana aku boleh menangis. mungkin sebab aku pendam sorang sorang. perit tapi aku rasa lega sangat sangat selepas menangis..
sejak hari tuh aku jadikan solat sebagai terapi aku. asal rasa lemah aku solat. asal rasa tak tenang aku solat. slow slow aku bangkit balik. aku belajar join usrah. belajar terlibat dengan kerja kerja kebajikan. aku gembira bila tengok orang lain gembira. aku pun start buat bisness kecil kecilan selepas habis belajar.
sampailah satu hari. kak naqibat aku ada sentuh pasal isu maaf dan memaafkan. katanya " kadang kadang kita maafkan seseorang bukan sebab kita kuat. tapi sebab kita nak hati kita tenang. kita nak balik pada Allah dalam hati yang tenangkan? "
aku tersentap. tipulah kalau aku boleh maafkan 'dia'. aku tak kisah sebenarnya aku tak jadi bertunang dengan dia. aku bersyukur sekurang kurangnya benda ini terjadi sebelum aku kahwin dengan dia. cumanya aku terkilan dengan kata kata dia. perbuatan dia.
slow slow aku belajar memaafkan dia. slow slow aku belajar untuk redha. sebelum nih bukan aku tak redha. cumanya aku bizikan diri aku dengan harapan untuk lupakan semua yang terjadi. tapi aku silap. makin aku cuba lupakan makin aku rasa sakit. dan bila aku dah belajar maafkan. aku dapat rasa satu ketenangan yang tak dapat aku gambarkan.
dan mungkin Allah nak uji aku. tiba tiba lima bulan selepas itu aku dapat satu kad jemputan kahwin dari dia. aku pun tak tahu kenapa dia hantar kad kahwin tersebut pada aku. sehinggalah pada hari perkahwinannya baru aku tahu rupa rupanya pengantin perempuan itu adalah classmate pada bestfriend aku semenjak kecik. alahai keciknye dunia.
alhamdulillah. setahun dah berlalu. bisness aku makin berkembang maju. aku pun dah semakin kuat. berat badan aku pun dah makin berkurang. kulit aku pun dah semakin ok. cumanya aku tak mampu buat apa apa dengan 'ketinggian'aku.
tipulah aku tak kecewa dengan semua yang terjadi. tapi aku bersyukur Allah uji aku sebegini. hikmah dari ujian ini aku mulai rapat dengan Allah. rapat dengan alquran. dan belajar untuk jangan mudah menilai manusia pada luaran.
cumanya aku tak tahu bila aku akan buka balik hati aku. atau mungkin tak akan terbuka sampai bila bila. sebab aku dah cukup selesa sebegini. ada bisness untuk tampung family. ada sahabat usrah yang sentiasa ingatkan aku tentang perkara perkara kebaikan. ada keluarga yang sentiasa ada dengan aku susah dan senang.
doakan aku dapat bawa ibu bapa dan keluarga aku menunaikan haji ke mekah yer semua
– unknown
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Kuajaq sngguh la smpai melibatkan femli. Buat kt anak org esok2 tau la nt kena kat anak dia berdabel2 Allah balas
Adik ni baik sangat.. kalo aku mmg aku pijak dh perut mamat tu dengan heels. Selagi ada parut, selagi tu dia akan ingat aku haha.
Terima kalau bukan jodoh. Tapi jgn sampai menghina. Kita bkn selamanya berada di atas. Btw, sy doakan awk tetap bahagia. N sentiasa kuat.
semoga tabah menghadapi dugaan yang mendatang
Nak nangis rasa…xpe,Allah sayang kan awk sbb tu ujian awak berat
sedihnyee.. sabarlah, tuu mungkin ujian untuk diri menjadi.. susah sebenarnya nak jadi kuat balik seperti dulu..
Shela Sshi,sedih lak bce.
Kuat dia ni. ??
Anis Ameera jahat gila nis. Hg baca ni
Keep strong sis..saya pun ada pengalaman lebih kurang macam sis. Lagi masa minggu ke 13 tiba-tiba mesej minta bukakan pintu hati awak untuk orang lain. tambah dua hari lagi nak exam Allah temukan saya dengan perkara yang betul-betul meremukkan hati saya. Bila saya jumpa dalam keadaan camtu, kita tahan je air mata kita.
Masa awal-awal, saya susah nak terima. Sebab satu u, satu gerak kerja. Untuk legakan hati saya, saya fikirkan mungkin ni saya ada buat dosa apa-apa yang saya tak sedar kat orang lain.
Kadang Allah biarkan hati kita hancur berkecai supaya kita sedar tiada kebahagiaan dan harapan yang abadi melainkan pada Allah.
From now on, saya tak fikir dah nak tunang/kahwin. Fikir family, sibukkan diri, upgrade nilai-nilai yang perlu saya tambah pada diri saya. Biarlah orang nak cakap apa, tak percaya kita tak ada sesiapa.
iium confez ni apa? sory aq noob sket
Page untuk student uia confess tanpa bgtau sape mereka
ow… tq ye…
Tapi orang luar pun ade confess jugak
Laa uia saje ke..huhu
Viva tu apa? Maaf tak tau
Utk present kat depan org rmai tentang final year project kita kat universiti
Owh baik baik. Terima Kasih
Igt kn dia beli kreta viva. Haha. Presentation fyp rpanya.
Nur Syazwani Sulaiman
Allah. Hurmmm. Speechless. Hukjk
Apa la org laki mcm tu…naseb baek awk x jadi kahwin dgn laki mcm tu
urmmm. tak baik mainkan perasaan orang. dah siap jumpa family lagi. siap bertunang dah. kesian dekat awak. sedihnya. semoga awak jumpa dengan orang yang lebih baik.
Nur Badriah baca ni.
Jahatnyaaaa
Izzat ‘Arif Shakir saya pun pendek dan gelap. Tapi saya tak sekuat minah ni if anything bad happen in the future. Saya percaya awak.
“kadang kadang kita maafkan seseorang bukan sebab kita kuat. tapi sebab kita nak hati kita tenang”. Jln cerita kita hampir sama cuma kita kena ingt; Bila kita terima kehadiran seseorg dlm hidup kita, kita juga kena bersedia menerima kehilangannya. Sbb xda yg kekal dlm dunia ni. Semuanya meninggalkan @ ditinggalkan :) #qowiyLillahiTaala
semoga tabah sis. somehow jalan cerita kita sedikit sebanyak ada yang sama. betul, melupakan tu susah. untuk bahagia, caranya memaafkan.
still long journey to go.. thanks for sharing this confession
Zuriani Zakaria weh baca hat ni
Hahaha. Aku nak tnya asal tag zuu haha
Rahciewlah ihikz
Nanti aku tag kau pulak keh hikhik
Btw zuu. Aku selalu bahan kau hitam pendek gemuk lembab pemalas semua tu ak minta maaf raya nnti keh. Haha
Tp tu bahan je tw. Takde serius pn.
Ok weh. Ko pun aku cakap ko xhensem, selekeh, semua kan. Nnti aku minx maaf hari rabu keh (tapi bukan merubah fakta xhensem tu tau ihikz)
Korang kalau nak bermaafan boleh whatsapp je nanti listkan kesalahan dengan lebih detail gituuuu
Aeyn Nazir ni yang tadi aku bagitahu.
Sob2..sedih…
Terbaik
Asyla Suhaimi Atiqah Yusoff wow ni kejam gila
?
Allah yuftah alaikum
jahat betul laki camni
Semoga sis tabah.. sy pun ada pengalaman yg menbuatkan sy jd takut ngan lelaki.. maksud sy bila mereka berkata2 dan berjanji dan perbuatan mereka. Sbb sy penah dikecewakan oleh sorg lelaki yg sy kenal hampir 8taun… last2 sy dpt tau dia da pompuan lain yg lebih dlu dia kenal dr sy. Bila dpt je berita tu trus sy lepaskan dia utk pompuan tu sbb sy fikir jantan mcm nie tk bleh dibuat psgn hidup. Tak perlu nk berebut psl jantan mcm nie. Sejak tu sy jd susah nk terima lelaki lain dh… kalau ada pun skrg nie sy lebih selesa berkwn sje.
Sham Sani AlPerlisi baca ini
Kesian perempuan ni..?
Takpelah sis..ada hikmah atas semua yang berlaku kan…dia bukan yang terbaik :'(
giler ah….blh dye buat main2 gitu…herm…jgn la buat gitu…kalu xnak, bgtau awl2…ni dh dkt nk kawen kot….mohon jangan membiak spesis mcm ni…
n sy msih ade rasa phobia tu
U deserve better sis
Zaty Izzaty Rani Shita Decq
Kalau dia bukan orgnye..tetap bukan orgnye kan..
Maizatul Akmal Khalid
Sedihnya…mmg xbaik la lelaki tu.mainkan perasaan perempuan.
Tak faham kenapa lelaki tu macam tu.. dia yg merisik, dia yg nak sgt bertunang. Then??? Tak faham la manusia ni.. sabar sis.
amin sis,smoga dpt ke mekah dan mndpt jodoh yg baik
Aien Cyikin
Faham perasaan ni. Smoga tabah ya sis
Saya pun pernah dipermainkan oleh seorang brother di UIA Gombak. Dia yg mula dulu nk kenal sy menerusi fb. Lepas dah berkenalan. First time jumpa kat library. Pastu jumpa kali kedua time dia konvo. Berkawan hampir 2 tahun. Last sekali dia bgtau yg dia pilih kawan sekelas yg dia dh lama dia kenal. Hati mmg kecewa sgt. Kali kedua kenal seseorg ni dr UIA Gombak tp tk pnh jumpa. Dia pun mempermainkan perasaan je. Selepas sy terluka. Tiba2 kat Edu Cafe, sy gi bilik air dan tinggalkan buku2 yg sy pinjam. Dia rupanya yg tolong jaga buku2 tu. Kami berkenalan. Dia minta contact no. Mula2 tk nk bagi. Tapi last sekali sy bg. Sy ngn dia berkenalan 6 bulan je. Masa bulan puasa sy ternampak dia duduk ngn seorang perempuan lain kt meja kt cafe edu. Perempuan tu belai2 dia dan pegang tangan dia. Dia tk nmpk sy atau buat2 tk nampak. Tk tahu la. Lepas tu sy bergaduh ngn dia. Sy terus block dia. Avoid dia. Sampai skrg dia cuba contact sy. Message dlm email sy. Sy cuma balas biasa2 je sbg kawan.
jahatnyaaa :(
Betul tu
You are beautiful… you deserve more than him
You are beautiful… you deserve more than him
You are beautiful… you deserve more than him
Sy dh tk de perasaan nk berkenalan dgn sesiapa di UIA. Sy dh jd cikgu. Sy belajar drpd hati yg kecewa.
WN Aliysah Adlin
Boleh buat conclusion kot ramai pandang rupa , bukan semua lah segelintir .
Tak baikk Fatimah Atirah Nur Syahindah
Semoga awk trus istiqomah dan semoga awk berjaya dunia akhirat…. In syaa Allah ade bakal imam awk… Xdunia di akhirat nnti….
Chan Mei Kheng <3
Mohd Ikmal paras rupa dan ketinggian menjadi asbab utama . Jumpe laki mcm ni ketuk kepala die bg mati. Main2 plak bab perasaan.
the moment bila lelaki tu dah start condemn bab2 fizikal ni gemuk lah pendek lah sis dah boleh slow2 tinggalkan dia kot. nampak sangat dia tak ikhlas terima sis dari awal so dah boleh angkat kaki rasanya. siap compare dengan bekas kekasih bagai eii kuajo sungguh
tapi benda dah jadi kan, lain orang lain cara penerimaan dia. mungkin Allah nak kasi yg lebih baik utk sis. mohon tabah & semoga sis berjaya dunia akhirat.
:’) terima kasih
smoga terus tabah dan berjaya hendaknya..
Same goes to me..boleh tak kalau diorang ni dari awal tu kalau rasa nak berkenalan tu buat berkenalan sbg kawan biasa..last2 bila da dpt jd gf hubungan pun da makin dingin..dia pun mula berubah..lps tu ckp awk gemuk la ape la..adoi..dari awal kan dah tau dia mcm mana..jgn la dah cuit hati org tu..dah buai perasaan dia..lps tu suka hati nak campak nak hancurkan mcm tu je..yes..btol ckp sis..xtau bila hati ni boleh terbuka utk terima lelaki..dan xtau la sama ada boleh buka atau tak..sbb rasa dah selesa mcm ni..rasanya mcm dah tak boleh dah nak terima mana2 lelaki..x dinafikan rasa sunyi..tpi lebih baik bercinta dgn Allah sbb Allah x pernah kecewakan hambanya..