kos awk ni ade kerja ke nnti?

Salam, aku pelajar asasi sains. Aku student uia. Kos allied health science. Semestinya kos ni bukan kos idaman yang aku mimpikan lepas dapat result SPM yang alhamdulillah cemerlang.

Aku pun tak expect sebenarnya aku dapat kos ni. Sedih, memang sedih sebab tak dapat kos idaman iaitu medik(pilihan pertama dlm upu). Haha, asal result cemerlang je mesti medik kan. Bosan pulak aku dengar. Kalau dapat straight As tapi tak amek medik tu ialah satu kesalahan besaq baq hang bak kata masyarakat melayu yang short minded. Macam tu la aku rasa sekarang. Orang pandang lekeh kos yang aku ambik ni.

Lecturers tak ketinggalan, dalam kelas asyik kata kos aku ni tak de masa depan, takde kerja. Kalau korang dalam situasi aku, korang stress tak? Tanya lagi, semestinya stress lah! Tak ada orang yang bagi semangat, memperlekehkan ada lah.

Okay tu hal kat unibersiti, balik kampung satu hal. Keluarga dekat kampung ni memang sama lah. Sedara aku cakap aku buat kesalahan yang paling besar sekali sebab pilih uia padahal banyak je uni lain yang boleh bagi masa depan yang cerah untuk pergi bidang perubatan. Hilang selera makan aku beb! Dari lapar tak sabar nak buka puasa terus jadi kenyang. Dari awal aku dapat tawaran untuk kos ni lagi, tak henti henti mengata masa depan aku nanti end up dengan tak da kerja. Bayangkan, aku yang semangat nak masuk uni time tu terus down. Rasa macam takmau belajar.

Mak aku sampai kata, tak payah masuk uia. Sambung matrik je kalau taknak matrik, sambung stpm.. boleh ambik medik. Tak payah ambik kos tu, tak de masa depan. Ya Allah, menangis aku weh. Aku tak henti henti doa supaya Allah tunjuk jalan. Matrik ke uia.. Hati aku berat nak ke uia sebab aku antara peminat setia uia dari sekolah menengah. Islamisation in uia adalah faktor kenapa aku suka uia. Dan aku nak belajar bahasa arab haha kelakar kan. Masuk uia dapat masuk kelas arab free untuk orang yang memang sah2 tak exempted Arabic Placement Test(APT) macam aku ni.

Aku cuba buat rayuan mintak tukar kos, tak dapat. Mungkin bukan rezeki. Apapun, aku bersyukur dapat masuk uni idaman aku walaupun tak dapat kos idaman dan dpt pulak kos yang dipandang sipi oleh masyarakat luar. Mungkin rezeki aku ke depan lebih luas, siapa tahu kan. In shaa Allah.

Dan aku bertekad, aku nak study betul2 untuk tutup mulut semua orang dan buktikan dekat diorang yang aku boleh jugak capai cita-cita klise tu(doktor). Ingat budak allied kat uia tak boleh ambik medik ke time degree nanti hah?! Boleh je. Dengan syarat 4flat and lepas interview la dik non.

Seandainya aku ditakdirkan untuk kos allied ni sampai habis degree, aku nak buktikan dekat semua orang kos aku ni mampu lebih ke depan daripada medik farmasi dentistry yang orang duk bangga melangit menggunung jerai kinabalu tu walaupun orang kata impossible. Doakan aku berjaya. Amin.

– budak allied.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

69 Comments

  1. Aku dulu ada kawan time asasi dpt dentistry, lepas tu boleh dia tukar ke perubatan… Depends la rezeki.. sebab kot kot ada yang dapat uia medik tu, kalo dapat scholarship pergi oversea ke apa ke, ada la kot kekosongan untuk change to medic…apa apa pon for now, awak search je la dulu pasal course awak, ke mana hala tuju untuk pergi.. abaikan je la pandangan orang tu.. fokus je apa yang ada depan mata dulu..

  2. Chill je, percaya pda allah, aq pun dlu mse msok poli, xthu scope kerja, bila org tnye kerja ape, aq ckp xthu, just go on je, time bljar nnt ko akan thu ape yg ko nak n pegi mne, ambik kos hebat2 pun bljar malas xde guna awakk,, btw alhamdulilah aq kerja dlam bidang yg kne ape aq bljar kt poli,
    #telco
    #psas

  3. Betul tu. Stret A’s tapi tak amek medik macam satu kesalahan besar je :'( . Saya antara manusia yang cuba lawan arus mainstream tu dengan nak amek pure physics tapi tulah, masih lagi ada suara2 yang cakap camtu, “apsal tak amek medic?” hum :'( sabor jelah

  4. Saya pun salah seorang graduated dr bidang health sciences.. Alhamdulillah.. Belum graduasi dh mula keje dlm bidang ni.. Sekarang saya bersyukur dgn rzki dlm bidang ni walaupun di awal belajar dlu, ramai yang tertanya2 mengenai masa depan amik course ni..

  5. Dulu, sy non stop merayu minta ditukarkn bertugas dr perak ke slangor. Turun naik putrajaya dh berpuluh kali, dr sesarat2 mengandung sampai lahir ank sulung, kami x putus asa merayu d putrajaya. Tp x berjaya. Namun alhamdulillah, hari ini slps beberapa tahun, kami boleh senyum bahagia, manisnya dan hebatnya percaturan Allah.. since He Knows Best..

    Percaya sistur, Allah dh sediakn yg terbaik utk u ☺

  6. kenapa nak ambik medic? kalau sebab gaji, income meniaga lagi tinggi. kalau sebab banyak berbakti, jadi askar bomba, polis, cikgu pun tak kurang hebat bakti dan jasanya. kalau sebab nak title di mata masyarakat, sekarang orang lagi pandang title ostad, kalau kalau kalau..
    kalau memang minat medic takpa, go on. asala cemerlang je mesti medic. come on. kos lain takde kerja, awak cipta lah kerja. daripada minda pekerja, kita tukar pada minda pemberi kerja!

  7. Lepas ni kalau ditakdirkan sis/bro still tak dapat tukar course.. pilih la course ape yg betul2 awak minat untuk degree..sy budak allied.. degree amik audiology….Alhamdulillah saya dan rakan2 adalah audiologist yang bahagia sehingga hari ini…percaya lah tak salah pun kalau tak amik medic..yang penting redha dan usaha belajar sungguh2…mane budak2 allied nak tau lebih pasal audiology boleh pm saya

    Dan…siapa kata course allied dipandang sipi oleh masyarakat luar?? Siapa! ….Dan kalau ade yang fikir mcm tu..maka teruskan perjuangan sis/bro dalam bidang ni..buktikan pandangan sipi mereka itu salah..

  8. Jujur nak cakap, Medic ni orang yg tak pandai pun boleh ambik. Kenapa? Sebab belajar secara hafal-dan-muntah-balik-waktu-exam je. And then banyak practise communication skills dan procedure skills, and tada! You berjaya grad MBBS. Kalau you jenis betul-betul pandai, MBBS actually kills your talent.

  9. Dik non, belambak je batch sy yg dari allied masuk medic. Takde la skor sgt, around 3.6 above dah boleh dpt. Tapi nxt time taktau la mcm mana sistem dia. Ada jgak yg inveited je terus sbb skor sgt. Btw, dont die with expectation! Hehe

  10. Jadi budak irkhs lagi banyak kena cemuh takde masa depan. Bersyukurlah. Setiap kos ada kelebihan masing-masing. Rezeki tu Allah yg bagi, bukan manusia. Masyarakat kita kebanyakkannya short minded, haha.

  11. Dear budak allied..
    1) Rezeki Allah luas..tak kira la bidang ape yg awk amik, dgn niat yg betul inshaAllah urusan awk akan dipermudahkan
    2) Allied Health Sciences sgt menarik untuk diexplore..We have a lot of programmes here; optometry, audiology,dietetics, biomed, radiography&physiotherapy (nutrition & speech pathology will be offer soon). if u try learn to love then u’ll love to learn more about allied health sciences. 3)Bijaknya lecturer yg kata “allied health xde masa depan” tu. I don’t know how to define&classify that “lecturer” attitude. Pity them.

    But, for you my dear budak allied, bidang mana pon kalau kita amik, tapi tak tonjolkan kebolehan diri..tak ke mana pon kita. Akak tak pernah menyesal selama 16 tahun akak join allied health sciences & i’m happy to be me right now ;)

    Hope u’ll come & join us..

    Best regards,
    Miss Hanna

    • Its because lecturer tu sndri xdapat keje or xboleh survive dalam industry thats y they end up jd lecturer..sendiri xperform jgn pkul rata..awk yg mengajar kalau xde masa depan then smthing wrong dgn ur teaching..buck up and improve patutnya

  12. Aku budak allied uia, kos biomedik, kalau dik non berminat nk teruskan allied pm la. Kalau dik non nak amek medik jugak, xyah pm, haha. Boleh je bejaya allied ke x allied ke,

  13. Nanti dah masuk degree lagi byk nampak peluang pekerjaan.

    Make sure kena adakan link dgn jurusan berkaitan. Selalu consult lecturers dan join program2 luar terutama yg berkaitan jurusan allied tu

  14. Hakak amik kos hs major history lg org kutuk ckp xde msa dpn..tp alhamdulillah..rezeki Allah yg bg..skrg hakak jd lecturer tp ngajar sociology..haha..rmai geng2 hakak yg dh keje bgs2..jgn risau..keje apa pn kita lps grad..Allah dh tentukn..yg pntg kita usaha sungguh2 utk cari rezeki halal..

  15. Hai adik confessor.. i graduate audio allied uia. Betul, i setuju nng allied ni xde masa depan. Bayangkan lepas grad sebelum convo i cuma dapat 3 job offer dr kampeni swasta..sikit kan? Pastu masing2 ofer gaji basic starting 3k ke 3.3k sebulan. Campur elaun2 lain bagai, ade la dpt dekat2 4k sebulan. Then, ade ke lepas keje setahun dua, gaji i naik sikit je dekat2 5k je sebulan. Ape ni? Malu kt org kampung.. sebab gaji sikit, i xpuas ati dan benti keje.padan muka majikan i.. so sekarang i tengah sambung master. Haih xtaulah ape nak jadi dgn i ni..

  16. Kos ni dlm 5 ke 10 thn akan jadi bidang yg amat tinggi permintaan.. Sebab skrg we are moving toward ageing society.. now demand negara spt Singapore, Japan, Taiwan dn negara maju lain pun dh tinggi.. Perlu pilih sub bidang yg tepat.. Cadangan, careworker , physiotherapist, occup. therapist.. Syg malaysia x da EPA dgn jepun seperti indonesia, boleh direct kerja di jepun lps graduate.. Sbb jepun skrg sgt2 tinggi demand as for now.. Diorg ada long term care insurance dan mampu byr gaji mahal

  17. Aku ada seorang kawan ni. Result SPM dia power tapi dinafikan masuk uni Malaysia walaupun dia orang Malaysia. Dia amik BioScience masa matrik dan ambik Biomedik masa Degree…now dia dah ada Master dan berkerjaya hebat dengan Ahmad… ND Oppa

  18. ade hikmah la tu Allah letak awk di allied sc..mana tahu tahun2 akan dtg allied sc plak demand tinggi..kalau semua nak amik medic , nnt lebih supply graduan medic susah jgk…kene c0mpete each 0ther…

  19. Hai. Kalau awk nak amik medic sebab awk memang minat dan rasa boleh bawak (as in studies AND the job itself) dan awak rasa awak nak berjasa dalam bidang tu, teruskan jelah mencuba. Btw lepas dapat straight A’s tapi kena reject medic uia tu ada buat personal appeal letter tak? Dulu saya buat sbb nak jugak masuk sains kemanusiaan uia, dapat je tempat kalau nak teruskan appeal (tapi tak teruskan). Maybe sbb requirement kos tu lagi rendah drpd medic agaknya so senangla nak appeal. In fact saya kena reject dulu sebab overqualified lol. Saya nak bidang tu sebab nak buat psychology dulu. Ye straight A with mostly A+. Tapi taknak amik medik. Dapat bayangkan tak persoalan dan kecaman yang dihadapi tu cemana lolol. Amik pulak psychology, bukan engineering ke apa apa yg ‘wow kebabom’. Kalau awk nak amik medik sebab nak meet people’s expectation je tak payahla. If it’s your own expectation then go on. Amik course pape pun, yg awk nak atau tak, i think you’ll get to the point where you question what you’re doing. Saya buat psychology sekarang ni pun pening kalau pikir grad kat mesia nanti keje apa, tapi takpelah kita teruskan je tengok nanti camne. Kot kot boleh jadi pioneer

  20. ade je kja dik, in shaa Allah..sy nk pesan,kna btulkan niat jugak, belajarlah bkn krana nak ade kja, tpi sbb nak cri, bljr, tmbh ilmu Allah yg luas ni, bila niat kita btul,dunia tu akn dtg kpd Kita, in shaa Allah..

  21. Alahai.teruskan positif..anda semua amik bidang y logik2 di mata masyarakat Malaysia kini.biomedik.biosience.dentist.health science.and so on..sis amik Astronomi Islam..siap org kata kami budak course ni takda masa depan( org kate gile pon ade jugak).?apadahalllll..semua course ade keistimewaannya..dan semua ilmu sebenarnya berhubung antara satu sama lain.diri sendiri kene take part and chance kelebihan ilmu y diberi..contohnya blaja astronomi ni bkn blja bintang sahaja..kami belajar semua benda.fizik.kimia.bio.sejarah.matematik (trigo n geo).syariah(segala fiqh kami blaja).c++.and byk lgi la..so..blaja sungguh2 na..baru kite feel ape kite blaja..peace✌

  22. Sama je semua kos. Budak medic yg bru lepas grad pun byk je menganggur. Jgn pandang pada kos kalau nak berjaya. Yg penting minat. Lagi satu usaha, kalau rasa nak sgt2 kos medic, usaha lah kuat mana. InsyaAllah dpt kalau Allah swt izinkn. Kalau tak dpt tu jgn bersedih. Maybe kos yg adik dpt tu sesuai dgn adik. Sbb medik ni perlu org yg boleh tahab stress yg tinggi.
    Ikhlas, budak medic uia

  23. Klu ada org tanya lg ckp gini dik ‘ ntah la..tp sy x suka buat keje Allah.sy punya part sy uruskan.Allah punya part Allah uruskan.sy trima jer’.

  24. Muhamad Fais Mohder semoga adik bertabah dan teruskan mencari peluang lain..banyak lagi pekerjaan selain jadi Doctor dan dapat berbakti pada agama dan masyarakat.

  25. Alhamdulilah.bersyukur. kira oklah…makcik sedara ko…ckp keje ni xda masa depan..dry aku…ambik apa?? Ambik geology. Owh yg gali tanah kubur uh eyh..nmpk x…kekeliruan di situ

  26. I dont know how uia’s system work, hence x sure if you can still ambik medik if dah habis foundation. But,one thing for sure, if your intention of becoming a doctor root from the people around you,better think twice,dik. Sebab medik ni tough,and if you had a burning passion within yourselves,it will help, big time. It is you yang akan tempuh segala benda tu,not them,hence why bother. All the best dik: )

  27. nk kerja ap nanti lpas grad? anggap lah soalan ini dtanya krn mrk tdk tahu.. maka kita terangkan smpai biar tbuka mata mrk.. mcm sy amek pngajian quran dgn multimedia.. rmai tny kos apa tu xpernah dgr, kluar nnti sng ke nk krja?? sy terang kn bru mmbulat mulut mrka bkata oooo..bru tau. dan hasil ny skrg dah grad dan sy tdk bkerja lg..hahaha bkn xda krja tp smbg blaja lg.. ;)

  28. Akk ada 2 biras perempuan doktor perubatan lulusan luar negara. Masa mula2 adik2 ipar nak kahwin banggalah mak mertua sbb anak kahwin doktor. Tapi lps 5 tahun ni, mak mertua dah mula pesan kat cucu2 perempuan yg dah sekolah menengah, klu pandai mana pun usahakan untuk jgn jadi doktor. Sebab? Dia kesian kat anak2 lelaki dia yg terkejar2 tlg jaga anak sbb wife sibuk on call kat spital. Kdg2 dtg lawat mak pun isteri takde. Ada family program pun takleh join sbb wife sibuk. One of them even berhenti kerja lps dpt anak sbb bg laluan kat wife.
    Itu pengalaman akk la, bukan generalisation ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *