Belajar jangan sebab nak pass exam je

Assalamualaikum.

Saya cuma nak share tips nak belajar je.

Note: Kalau kamu nak belajar sebab nak dapat markah tinggi, post ni bukan untuk kamu.
Tapi kalau kamu nak tips untuk belajar supaya berjaya dalam hidup, mungkin post ni sesuai untuk kamu.

Saya ex-student IIUM.

Saya bukan seorang student dean list.

Saya student yg markah cukup makan je.

Kawan-kawan saya, assignment copy-paste, pulun nota lecturer seminggu sebelum exam, diaorg dapat dean list, jadi top student.

Saya belajar dengan sungguh gigih. Tapi still result tak cantik.

So saya gave up nak kejar result exam.

Saya bermula belajar ikut style sendiri, tapi apa yang saya belajar tu saya make sure saya ikut syllabus lah.

Saya guna lecture note dan past year papers sebagai guideline. Saya baca buku, buku text tebal yg biasanya dibaca oleh post-grad students. Saya jadi kaki library. Record peminjaman buku saya kat library adalah paling tinggi di dalam campus (librarian yang bagitahu). So usaha saya memang sangat banyak, berbanding dgn kawan-kawan. Apa yang saya belajar, saya make sure saya faham betul-betul.

Saya juga berusaha untuk mengajar junior-junior saya. Bagi saya, kalau saya tak reti nak explain kat junior saya, maksudnya saya masih tak faham lagi apa yang saya belajar. Saya juga share nota saya dengan junior-junior dan kawan-kawan lain.

Untuk assignment, saya memang buat dari scratch. Saya anti-copy-paste. Saya baca journal article dan buku teks yang tebal-tebal semata-mata untuk mendapat reference yang boleh buat discussion untuk idea saya dalam assignment. Assignment saya memang original.

Dan saya rapat dengan lecturer-lecturer saya. Sebab saya baca buku post-grad, baca journal articles, so saya lebih faham bila lecturer sebut benda-benda yang high-level sikit. Lecturer-lecturer saya sangat suka saya. Kadang-kadang lecturer pun minta nota dari saya juga.

Tetapi, result saya masih cukup makan sahaja.
Dan saya takde masa nak lepak-lepak dengan kawan-kawan saya.
Takde masa nak shopping dan bagai.
Saya jadi forever alone dalam socializing.
(But don't get me wrong, saya masih ramai kawan, kawan yang jenis "if you need help then come to me, if you don't need help then don't disturb me")
But who cares. Saya rasa puas dengan cara saya belajar.

So, saya dah grad.
Result saya sangat rendah berbanding dengan kawan-kawan saya.
Orang expect saya jadi student DL tapi sebenarnya saya dapat markah yang agak rendah dalam setiap subject.

I said to myself, well at least I've tried.
It doesn't matter. Asalkan saya happy.

Sekarang, saya dah jadi master student, buat mix-mode.
Waktu semua orang tengah mencari kerja, lecturer saya tarik saya masuk Master terus. Sebab diaorg kenal saya.
Ilmu yang saya belajar waktu undergrad, saya ingat sampai sekarang.
Saya boleh siap mengajar kawan-kawan post-grad lain lagi dengan ilmu yang saya ada.
And my life as a master student is not as scary as what others are telling.
Alhamdulillah, semua smooth je.
Papers yang saya publish, semua accepted with minor corrections.
Ada yang published dah pun.

So, pengajarannya adalah:
1. Jangan belajar semata-mata nak pass exam je. Ilmu tu dari Allah. Perlu dicari dengan cara yang baik.
2. Hard work takes time to show the result. Jangan ikut nafsu "instant gratification" sangat. Whatever you do, give your best. Zaman muda ni bukan zaman main-main.
3. Sharing is caring. Ilmu tu dari Allah. Jangan simpan sorang-sorang. Syok sendiri, tak best. You don't get anything beneficial from "syok sendiri".
4. Whatever we do, kena iklhaskan hati. Apa itu ikhlas? Bagi saya, ikhlas is, when you do things without expecting something in return from people. "Ya Allah, saya buat ini kerana inginkan keredhaan dari Mu." Full stop.
5. Integrity. Kena jujur. Saya kalau buat kerja memang nak ikut style Sahabat-Sahabat kite (yeah walaupun kerja saya selalu tak perfect macam diaorg). Baca lah Sirah. Dunia ni syok sekejap je. Kite buat kerja duniawi kena mengejar Akhirat juga.
6. Last but not least, doa. Doa dari ibu-bapa, doa dari lecturers, doa dari diri sendiri. Niat, belajar kerana nak membantu Ummah.

When we do everything for Allah, everything else in our life will fall into the right place.

Allah tahu, kite sibukkan diri kite untuk mencari keredhaan Dia, maka Dia akan menjaga benda-benda lain yang kite terlepas pandang. Rezeki kite dah ditulis.

Don't be sad.
Don't worry.
Everything will be okay.

Wallahu'alam.

– student biase je

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

16 Comments

  1. Confessor, you’re really inspired. Reminder “Belajar kenara Allah, dan untuk Ummah” sgt berdesup kat hati. Haha. May Allah bless you. :)

  2. Mencari keberkatan dalam belajar.. bagi sesiapa yang merasakan master dan phd tu susah… ubahlah fikiran awak… sebab master dan phd lebih mudah dari degree.. perlu usaha lebih sikit je.. sentiasa fikir positif..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *