Assalamualaikum wbt…
Hi…aku sekadar nk share apa yg aku lalui. Skang umur aku 20 tahun. Blaja lg kt U. 20 thn yg aku lalui, aku dh merasa idup dengan 3 orang wanita yang dipanggil emak.
Aku adalah anak perkahwinan abah yg pertama dgn bonda. Jodoh mereka xpanjang, Umur aku 8 tahun, mereka berpisah sebab sikap bonda aku sndiri yg materialistik. Masa tu abah hidup susah..kerja kampung. Bonda suri rumah tapi jarang masanya ada dirumah…abah yang akan selalu take over hal dirumah. Bonda selalu keluar atas alasan business….hgga akhirnya abah dpt tahu rupanya bonda ada skandal dgn laki orang anak 4. Masa tu mmg aku kecik tp aku tahu sgt apa yang sdg berlaku. Hak penjagaan dpt kat abah…abah struggle gile besarkan aku…uruskan makan pakai dan hal persekolahan aku. Bonda selepas berpisah dgn abah…xtau hilang entah ke mana. 2 tahun abah idup berdua dgn aku smplah abah jumpa mak….
Pd mulanya…semuanya ok sampailah mak dapat anak sendiri. Aku disisihkan. Mak sgt tegas dengan aku. Wpon umur masa tu 11 tahun, tp fizikal aku kecik dr kawan2 sebaya. Mak mendidik aku dgn sikap garang dan panas barannya. Setiap kali abah pergi kerja, aku mulai susah hati. Takut xtau apa yg akan mak lakukan…pernah mak suh aku ambil air kat perigi wpon masa paip rumah mmg dh ada. Pernah aku kena rotan teruk sebab adik menangis time mak solat. Mak ckp aku kacau adik sedangkan waktu tu aku kat dapur…adik ada di sofa depan..tergolek jatuh sebab baru belajar jalan. Apa2 yg mak buat kat aku…aku tak pernah ngadu dgn ayah sbb aku xnak keruhkan keadaan…aku kesiankan ayah sebab masa tu ayah kena buat 2, 3 kerja untuk tampung kehidupan. 1 hari Allah nak tunjuk, ayah x sihat…so dia blik awal dr selalu…masa tu mak tgh ligan aku dengan rotan keliling rumah sbb dia kata aku xnak tlg dia bantu kerja rumah. Rotan mak dh libas aku 2 kali…aku yg ketakutan masa tu terus lari…pusing rumah sebab nak elak kena rotan lagi..Hr tu aku juga demam…mmg aku oening sgt smp xlarat nak bgn tlg mak…dh pkol 10 aku masih baring2 sebab nak bg reda dlu demam…Mak mengamuklah sebab dia ingat aku nak mengelat tlg dia kat dapur…Tika ayah tibe rumah…dia nampak insiden tu depan mata dgn msa tu aku menangis teresak-esak ketakutan…mula2 ayah tnya aku…kenapa? Aku x mampu menjawab sebab terlampau sedih…abah tanya mak…mak diam..Tiba2 pakcik aku sebelah rumah dtg beritahu abah yg sebenarnya dh selalu dgr aku menangis dan dengar bunyi libasan rotan kalau abah takde kt rumah. Abah tnya aku betul ke? Aku hanya mampu mengangguk…aku peluk abah erat2 masa tu…Abah selak belakang badan..mmg ada kesan birat2 rotan yang mak bagi…apalagi..abah mengamuk btol masa tu..abah bg last warning kat mak…abah ckp kalau ada apa2 hal…bgtau dia…So aku ingat perkara tu habes mcm tu je…rupanya mak simpan dendam x puas hati. Ada 1 hari tu…aku balik skolah..kena ujan masa otw nak balik ke rumah…smp rumah mak mengamuk sbb tgk baju basah n kotor sebab kena myk rantai basikal…dlm sejuk2 tu aku dapat 2 libas rotan…Allah mmg nak tunjuk lg..nenek masa tu smp dengan niat nak antar makanan….bile tgk mcm tu..nenek terus telefon abah…xlama abah smp…pakcik pon ada…bila tgk keadaan aku mcm tu..abah menangis depan aku…dia peluk aku…dia usap2 blakang bdn aku…abah pusing dan toleh kat mak..abah selawat dan abah lafazkan cerai talak 1 kat mak…semua org terkejut masa tu…abah ckp…abah tak boleh idup dengan mak yg menzalimi anaknya…mak terkata apa..aku perasan masa tu mak menangis..mungkin x sangka abah akan buat keputusan mcm tu..masa dalam edah..mak masih lagi duduk rumah abah…sementara aku dan abah menumpabg duduk dirumah nenek…
Peristiwa tu meninggalkan trauma yg dalam kt aku…hampir 2 bulan aku xnak g skolah..aku takut nak cakap dengan org luar kecuali nenek dan abah…sepanjang tu nenek pujuk aku…nenek yg byk bagi kata semangat…nenek kenalkan aku pd sorang makcik ni…anak kawan nenek…aku panggil Acik Ina…Acik Ina byk tlg pulihkan semangat aku…bg aku keyakinan semula…Acik Ina ckp..x semua mak tiri tu jahat…. hubungan baik aku dengan Acik Ina mengembalikan keyakinan aku semula. Masa aku tgkatan 1, nenek pinangkan Acik Ina untuk abah…nenek tanya pendapat aku sebelum tu…Aku suka sgt sebab Acik Ina seorang yg baik..berpelajaran tinggi (masa tu dia tgh buat PhD) tetapi sgt low profile…
Dengan restu keluarga..abah dan Acik Ina disatukan…Selepas jadi mak tirinaku..aku panggil dia Ummi…bonda dapat tahu abah berkahwin kali ketiga…tiba2 bonda muncul dan minta hak penjagaan pd nya. Tika itu..ibu dh berkahwin dgn pakcik (skandal dia dlu)…Aku serba salah…lalu abah ambil jalan tengah..abah masukkan aku ke asrama…blaja skolah agama…mula2 aku memberontak…tp bile kawan2 bg support…lama2 aku dpt terima… aku marah dengan sikap bonda tp aku x mampu berbuat apa2…wpon dah bersuami…bonda masih lagi mtk duit pd abah setiap kali terdesak…bile abah xbg…bonda akan desak aku pulak mtk duit kt abah utk beri pd dia…aku sebenarnya malu dengan perangai buruk bonda…pernah masa hari raya…disebabkan abah xberi ibu duit…ibu x izinkan aku beraya bersama abah dan ummi…jiwa aku memberontak dengan perangai bonda…tp aku selalu igt…pesan ustaz kt skolah…buruk2 mana pon ibu kita…kita tetap kena hormat…bonda x kerja…tp sikap boros…tak pernah ckup dengan nafkah yg suaminya beri….dibelakang suaminya bonda selalu mesej ayah nak pnjm duit(wpon x pernah bayar balik)…. dan demi aku…ayah bg jgk bonda duit dlm rm50. Dan perangai tu masih lg berlaku smp skarang. Dan ummi tahu hal tersebut. Demi Allah…aku x pernah jmp manusia sebaik ummi…kdg2 ummi yg akan bank in duit kay aku utk aku pass pd bonda..ummi ckp…Xpelah mengalah…asalkan aku dapat jmp abah dan ummi pd waktu cuti sekolah. Aku lernah terbaca meaej bonda pd abah…bonda nak balik semula pd abah…bonda akui kesilapan dia..dia rela berpisah dgb suaminya kalau abah sudi terima bonda semul….Dan abah tak balas mesej tersebut. Wpon dia bondaku…tp aku malu sgt dengan sikapnya yg x pernah berubah…sejak abah berkahwin dgn ummi…kehidupan kami sekeluarga mmg senang…abah sudah ada bisness sendiri hasil perkongsian dengan ummi…Aku selalu doakan agar ummi terus diberi kasabaran dan kekuatan utk idup bersama abah…dgn perangai bonda yg mcm tu….Mak jgk smp hari ini masih merayu kat abah utk hidup semula dgn abah…mungkin bila lihat kehidupan abah dh berubah…semua nak abah smula…tp abah x bodoh…abah tetap setia dgn ummi…hgga kini…Allah blom beri ummi zuriat…aku masih x putus2 mendoakan agar ummi diberikan zuriat…kesian ummi…dia bersabar dgn cakap2 org..bonda sendiri pernah ckp ummi mandul. Masa tu aku rasa mcm nk lempang mak sndiri tp aku sabarkan hati…
Aku pon xtau smp bile perangai bonda dan mak akan berubah….aku hanya mampu doakan agar bonda dan mak dapat hidayah dr Allah swt…belajar mengakui kesilapan diri…itu adalah lebih baik…
Mak smp hr ni x pernah bg adik untuk tggal dengan abah wpon cuti sekolah. Kalau abah rindu nk jmp adik…abah akan ajak adik keluar makan. Dengan syarat mak pon kena ada bersama. Wpon abah xselesa dengan keadaan itu…tp demi adik…abah terpaksa juga makan semeja dgn adik dan mak…
Dan Ummi sekali lg aku sgt puji kerana ummi sgt memahami ayah…umii xpernah sekali pun marah kalau ayah jmp adik dan ada mak sekali…Malahan…ummi yg akan ingatkan ayah kalau lama sgt ayah x pergi tgk adik…
Allah….Kau dtgkan manusia sebaik ummi disisi abah aku…aku berdoa semoga kau berilah kelapangan rezeki…kesabaran dan keimanan yg tggi buat abah dan ummi dalam melayari rumah tangga mereka…..
Jujur aku cakap..aku lebih sygkan ummi dr bonda aku sndiri…doaku xpernah putus agar bonda diberikan peluang untuk berubah dan bertaubat….
– Zaza
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Rupanya tak semua ibu tiri itu jahat dan tak semua melayu itu kaya dan berjaya menjadi ceo seperti sering diterjemahkan dalam drama. Drama melayu menipu. Jangan percaya pada drama. Huhu. Apa-apa pun syukur kerana dikurniakan ummi yg baik. Semoga di murahkan rezeki untuk menimang adik
Huuuuu…tq ye share life kau..byk pngjran..keep strong ye…
Ntah kenapa aku rasa kesian dekat anak mak kau (adik). Mesti dia rindu ayah dia
Awak mmg sgt tabah
bila bce confuse.. skjp bonda skjp ibu.. skjp abah skjp ayah.. hihihi.. ape2pn smoga ummi awak dikurniakan zuriat.. dan kehidupan keluarga awak sntiasa di bwh lindungan Allah.. :D
Bonda tu ibu kandung (isteri pertama). Lps berpisah kawen dgn yg no.2, dia panggil emak. Lps berpisah lg..kawen dh no.3 yg di panggil ummi… Simple
cube bce balik.. ade dia tulis ibu xp mybe dia nk mksudkn bonda.. perenggan ke 5..
3 wanita teladan dan tauladan
3 moms with different character..
I feel you. Tapi parents saya cerai sbb orang ketiga masa saya dah besar. Hidup dalam keluarga yg bercerai memang susah. Macam2 perasaan datang. Xrasa nak balik rumah, xpercayakan parents dan macam2 lagi. Sometimes, you’ll feel mad to your parents for ruining previously my happy family. But in the end, you have to take care of their feelings as they are my parents. You will be stuck in a position where both of your parents are fighting against each other but you cannot show to them which side are you on. Sangat memenatkan sebab nak jaga hati 2 pihak punya pasal. Its very complicate. I went through hell on earth at first. Emotionally and financially wise. But in the end, my brother and i can accept the fact that our family is no longer what it used to be. And alhamdulillah hidup saya dan adik stabil skit lepas parent kami cerai beberapa tahun lepas. Saya just harapkan bila saya kahwin nanti, saya xnak family saya jadi macam parents saya.
In a nutshell, pada mereka yg nak berumah tangga, please think of your future, especially your children. Jangan ambil mudah lepas berumah tangga. Didik anak dgn agama dan kasih sayang. Jgn rosakkan keluarga dgn perkara xelok dan ingat pada Allah. Kalau hidup mmg berpandukan Islam, insyaAllah nak buat salah pun mmg rasa takut.
Kalau betul sgt jodoh xberpanjangan, buat dgn cara baik. ingat la, dalam proses penceraian tu anak akan nampak masa depan dia gelap. Saya merayu jgn rosakkan keluarga anda.
Buat pedoman utk semua.
Yes. Memang betul. Hidup dlm keluarga yg bercerai memang susah.
Betul saya pun dlm situasi sama. Susah kan bila tersepit di tengah2. Nak kawin pn rasa susah bila ade org xboleh nk terima fmily kita berpecah belah. Tp prinsip saya stu, xbole terima keluarga saya, lupakan je saya.. I’ve got 2 families. ..
Cita kita lbh kurang sama…tp saya mak kandung sendiri meninggal masa saya 6 thn pastu ayah kawin lain bertahan 9hari ja sbb mak tiri xnak jaga kami 3 beradik termasuk adik saya yg oku…lps setahun ayah kawin lg dgn mak skrg,dah 28thn mak bersama kami jaga kami dgn penuh kasih syg spt anknya sendiri…wlpun skrg ayah dah xde,kami masih menumpang kasih mak tiri yg baik hati,yg x pernah pilih kasih antara ank sendiri dan ank tiri…syukur Allah kurniakan mak tiri sebaik mak
awak sangat matang n berfikiran rasional…moga dipermudahkan segalanya
sya pernah jumpa mak tiri yg baik sgt2… tpi anak2 tiri pulak buat hal…. mcm2 kan dunia ni
thru bca kisah ayah akak yg melindungi akak..ayah akak mmg yg trbaik.slalu nya law org lain lps kawin lain,msty lps tggungjwab kt ank kndung..tpi ayh akak x..mmg hbat.
Norhayati Kamarudin
Sangat tersentuh part abah peluk anak dia tu masa kena rotan.. Dapat rasa apa perasaan abah dia tu.
Bila seorang wanita itu berilmu dan beragama, banyak indahnya dari yang buruk
.
Ummi adik sangat sabar dan penuh beradan sopan. Sangat beruntung adik berjumpa dan bertemu dengan seorang wanita yang diadun dengan ilmu dan agama.
.
Jadilah anak tiri yang baik pada ummi adik. Permata yang timbul jangan disia-disiakan. Jadilah juga anak yang terbaik buat bonda adik. Doakan agar bonda adik mendapat taufik dan hidayah dari Allah swt.
Aamiiin..
Perempuan yg baik untuk lelaki yg baik. Mula2 tu ujian jumpa yg salah dulu.