Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi publish kisah aku ni. Just nak share pengalaman aku yang mempunyai seorang kawan yang selfish. okay, ceritanya macam ni. kami baru habis belajar, aku masih lagi pergi merata-rata tempat untuk hadiri temuduga. penatlah jugak nak kena bersaing dengan calon yang lebih berpengalaman, tapi aku tak kisah kalau dah rezeki aku memang untuk kerja tu, memang akan dapatlah.
Ditakdirkan aku berjaya dapat kerja di kl, sementara kawan aku ni kerja di selatan tanah air. kerja yang dia dapat lari dari bidang yang kami belajar masa di universiti. aku memang dapat kerja bidang yang kami belajar, dah rezeki aku. sebab aku sendiri pun tak sangka dapat kerja ni.
so kisahnya bermula bila aku dah masuk kerja adalah dalam sebulan, tapi still under probation. means aku kena perform kalau nak jadi permanent staff dekat situ. kawan aku ni asyik whatsApp aku tanya dia pun nak kerja kat kl. katanya teringin nak jadi orang keyell. apa yang best sangat pun tak taulah. aku rase biasa je. lagi kau kena pandai saving nak hidup adalah. aku tak kisah dia nak kerja kl, tapi yang aku annoying, dia cakap nanti kalau dapat kerja kat kl nak tumpang rumah aku.
ewahhh. sukati ko je. dulu dia tak nak kerja kl sebab tak ada kawan nak kerja sekali, lepas tu bila aku dah kerja kat kl dia sibuk nak join sekali, cari rumah sendirilah, aku dah penat2 cari rumah dekat mudah.my transport semua usaha sendiri, dia?? datang-datang nak tumpang senang orang.
masalah aku, aku dah masak sangat dengan perangai dia. dari zaman uni dia suka nak gunakan orang untuk kesenangan dia. projek fyp siap buat baik dengan budak nerd yang pandai supaya budak tu boleh tolong dia siapkan fyp. agak benganglah kat situ sebab pointer dia lagi tinggi dari aku, fyi pointer aku bawah 3 atas 2.5 still dapat kerja, dia aku pun tak paham pointer atas 3 tapi boleh pulak cakap susah nak dapat kerja. pelik aku.
aku taubat tak nak kena gunakan dengan dia, dulu pernah dia pasang skandal kat uni, dia nak balik jb suruh skandal dia hantarkan. tapi skandal dia tak nak hantar sebab masa tu ada kelas. dia pergi ponteng kelas tu. aku balik kelas je, muka dia masam giler tapi beg semua dah siap. yang tak boleh blah, roomate dia nak balik jugak time tuh, tiba-tiba dia tanya "balik naik apa?" roomate dia cakap la tumpang classmate kitaorg, mintak tolong dia hantar pergi bus stand, dia dengan tak cakap pape terus masuk sekali dalam kereta tu, muka tak malu betul.
yang aku bengang tu, dah kerja dekat jb tu duduklah diam-diam kat situ. dia nak tukar kerja sebab katanya gaji kecik. padahal dah tumpang rumah adik beradik dia kat situ, sewa rumah tak yah bayar, bil semua xyah bayar. apalagi nak? agaknya dia fed up kot dengan adik beradik dia asyik gaduh, tapi ada aku kisah? bukan tak nak tolong, tapi sebab pernah terkenalah aku tak nak terkena lagi. dulu dia pernah baik giler dengan aku, sebab nak tumpang kereta aku pergi kelas je, sebelum ni dia tumpang kawan dia naik motor. tapi dia asyik complain kulit gelaplah, panaslah, tak ada class naik motor, tapi motor tu jugak yang dia naik. memang nak bagi tangan je masa tu. lepas tu buat kereta aku macam kereta dia, suka-suka nak tinggal barang, makanan dalam kereta. pas tu ingat aku ni driver dia, boleh dia nak arah-arah aku pergi mana2.
siapa kenal dia kompem menyesal wehhh. sekarang ni bila dia whatsApp aku pasal rumah ke, kerja ke, aku bluetick kan. kalau dia call, aku cakap aku busy. actually malas nak layan orang macam ni. baik mengelak sebelum terkena. nanti kalau dah terkena, boleh meroyan dibuatnya.
– Miss L
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Xyah layan…bodoh py org…hohohhpho…kau buat hal kau je dh..
biasanya kawan jenis cmni best bwk jalan ade je tmpat n perkara happening yg best.. tp tulah… buat yg tu smua pakai duit kite..hihi
Kku sis layan memang sis juga bodoh…truskan abaikan dia…
Jangan kena patuk sampai dua kali. Biar patukan yang pertama tu diingati sampai mati. Ha ha ha!
Kesimpulannya, just stay away from her. Kalau tak, bertambah lak dosa dok menyumpah seranah dia hari2. Keh3..
jgn dilayan..keyel kos sara hdup tinggi..kang gaji dia habis dia mtk awk tanggung dia pulak..
Melayu ni satu jer perangai. Komplen kat facebook. Kenapa x compain direct kat dia? Cakap je lah aku menyampah ko nak pergunakan aku. Direct straight to the point. Takde berlapik lapik. Kerja dan interaksi stail jepun. Tegas.
Dh abis awak hamburkan lps tu block forever & ever.
Setuju… Confessor bukan buat Confession…
jangan layan je.
kalau rajin g bagi die sedas dua tazkirah.
Itu namanya manusia parasit. X mustahil klu ko dh kawin somi ko pun dia nk.
Baik bgtau awal awak x sudi nk serumah ngan dia.buatnya tetiba dia turun key well,mntk awak amik,Ha Ha..haru.
Rasanya penah baca dulu sorang ti kat jb, dia kata kawan dia kijer kat kl dah sombong skg nie. Xnak reply wasap. Xtau la ada kaitan ngan kau ke x
hahahaha
Yelah yelah kau je baik. Kawan kau tu jahat
Pilih kawan based on what they have. Bxtch you’re such a materialistic no doubt .
1st bace je dh thu ni mst crita pmpuan
Block whatsapp