Wanita Dalam Konteks Bangsa Melayu

Assalamualaikum.. Terima kasih admin jika siarkan artikel aku yang tak seberapa ni.. Aku tak pandai nak olah artikel jadi lebih menarik jadinya aku selit beberapa point yang terbuku dalam hati aku selama ni

Nama aku Mawar Merah berasal dari JB.. Aku dah kahwin dekat setahun lebih tapi belum lagi dikurniakan cahaya mata.. Di sini aku nak kupas sedikit tentang wanita dalam konteks budaya melayu..

Tidak dinafikan bangsa melayu memang penuh dengan ciri ketimuran seperti bercakap lemah lembut, beradab, berbudi bahasa, pendek kata dalam setiap aspek kehidupan mesti diselitkan dengan adat.

Berbalik kepada tajuk aku, terpulang kepada korang nak kecam aku pun, bagi aku bangsa melayu tak kira perempuan atau lelaki, memang merendah-rendahkan martabat wanita.

Walaupun aku baru berkahwin setahun lebih, memang ramai mempersoalkan kenapa aku masih tidak mempunyai anak? Kenapa aku tidak ada isi lagi?

Siap tanya lagi, “Ada isi tak lagi? Bila nak bela anak pula?”. “Si polan tu kahwin lambat dari kau tapi dah mengandung dah, kau bila lagi?”

Kenapa ye orang melayu kita menjadikan perempuan (yang sudah berkahwin) sebagai objek eksperimen?

Contoh si Minah baru kahwin tapi ramai yang tanya dh ada isi ke belum? Ibarat seperti orang bertanya kepada tuan kebun durian “lama kau tanam pokok durian, dah ada hasil ke belum?”.

Di sini masyarakat menjadikan perempuan seperti pokok durian di mana orang sentiasa menanti2 kan buah durian yang gugur jatuh ke tanah, itulah hasilnya.

Seolah-olah si suami itu adalah ‘tuan kebun’ dan si isteri adalah ‘pokok durian’. Begitu hina nya perempuan diperlakukan sebegitu.

Tidak kah masyarakat berfikir mengenai hati dan perasaan perempuan? Kuasa mengawal keluar masuk roh ke dalam rahim bukan nya terletak pada tangan perempuan tapi itu semua kerja Allah SWT.

Jika orang bertanya bila mahu dapat anak, jawab saja boleh tanya Allah sebab aku sendiri tak mampu nak jawab soalan itu.

Itu bagi perempuan yang baru berkahwin. Bagi perempuan yang dah lama kahwin tapi tak dapat lagi anak, lagi besar dugaan yang mereka hadapi. Nak hadap soalan pelik2 lagi dari orang, siap ada sindiran lagi tu.

Bagi aku, soal mengandung ni semua hal peribadi suami isteri. Maksud aku, kalau kita tanya kepada si polan “dah ada isi ke belum?”

Aku rasa soalan macam ni terlalu peribadi sangat untuk ditanya kepada suami isteri sebab seolah-olah perlekehkan skill hubungan intim suami isteri terbabit. Adab mana adab?

Aku sendiri dah masak dah dengan perangai orang melayu keliling aku. Aku suka bela kucing. Dekat rumah ada 10 ekor kucing.

Orang siap tanya lagi, “bila nak bela anak pula?”. Amboi soalan macam tu macam senang je nak cari anak untuk dibela. Dekat pasar borong ada jual ke?

Satu perkara lagi masyarakat melayu menjadikan trend mengandung sebagai “perlumbaan”.

Apa ingat orang perempuan ni kuda lumba ke, siapa cepat mengandung dikira berjaya? Dan siapa yang tak mengandung lagi dikira “loser”?

Kadang-kadang aku terfikir, orang putih kat barat sana ada menyibuk tak pasal orang lain mengandung tak lagi? Yelah tolak ketepi lah mat saleh yang sekedudukan tu.

Sampai di sini saje luahan hati aku. Doakan aku kuat hadapi dugaan ini dan aku doakan semoga aku dan korang semua yang belum dikurniakan cahaya mata akan tercapai impian korang satu hari nanti.

– Mawar Merah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *