Salam.
First, akak nak cakap terima kasih dik kerana kau berjaya membuka mata akak lepas baca confession (juga boleh dibaca sbg warning) kau.
Akak bukan menantu yg baik. Pernah terjadi 1 pergaduhan besar dalam family mertua akak disebabkan hati, mulut & tangan akak.
Mulut yg terlalu sedap menasihati biras akak itu ini, menghasut adik2 ipar akak kekononya nak bagi nampak akak ni baik, akak ni penyelamat maruah keluarga mertua.
Tangan yg seronok buat status di FB kononnya nak mengajar dgn cara kasar, biar dia terasa bila dia baca. Macam2 akak kata dia kat situ. Pakai tudung sebab suami suruh, walhal akak sendiri tak pakai tudung di rumah mertua. Memang dia baca, memang dia mengamuk sakan kat suami dia (adik ipar akak).
Hati ni seronok bila dapat tahu MIL akak tahu apa yg akak buat. Hati akak puas kekononnya pergi rumah dia minta maaf, kekonon masing2 tak paham hati memasing. Tapi sebenarnya akak dengki. Akak jeles dgn kehidupan dia.
Adik ipar akak memang beza jauh langit dgn bumi kalau nak dibandingkan dgn abgnya iaitu suami akak. Serba serbi berbeza. Adik ipar akak kerja bagus (plg berjaya dlm family), solat tak tinggal, lemah lembut, sopan santun, rupa pun boleh tahan. Tapi suami akak kerja biasa2, panas baran wlpn pendiam, segalanya berlawanan dgn adik ipar.
Hati ni tak puas hati dgn segala benda yg biras akak buat. Akak sindir dia depan2 family, akak arahkan dia jgn makan kat rumah MIL kalau tak tolong masak, akak lagakan dia dgn adik2 ipar. Dlm wasap group family, akak post macam2 kekononya akak la menantu plg layak dan plg baik. Macam2 lg la. Akak nak dia menderita. Nak buat kat adik ipar tak boleh kan, so buat dekat bini dia.
Disebalik kekurangan suami akak tu, akak tak sedar yg selama ni suami akak tak hulur sesen pn kat MIL utk belanja bulan2, hatta RM50. Kami duduk luar dr negeri rumah MIL. Kalau bg pun time balik kampung je, dan bila je kami balik kampung, hanya sekali sekala.
Akak dapat tahu adik ipar hulur almost RM2000 sebulan kat MIL, tak duduk rumah sewa sbb nak jimat, bawak biras akak duduk rumah MIL yg penuh adik beradik lelaki tu, biras akak ni yg jaga MIL sakit yg masa tu suami akak tak boleh balik kampung utk jenguk sbb akak ada kelas, biras akak ni la yg duduk rumah tu, jatuh & keguguran sbb adik ipar yg OKU kencing kat lantai, byk lagi la kalau nak sebut satu2.
Biras akak takde baju mengandung pun sepanjang dia mengandung anak sulung. Sbb adik ipar tak dapat nak bg duit poket sgt kat dia. Sbb adik ipar terpaksa tolong family MIL memandangkan suami akak tak dapat tolong sbb gaji kecik dan cun2 je untuk kami 3 beranak.
Apa yg jadi lepas tu memang akak malu sangat dgn family MIL. Rasanya minta maaf sampai sujud kat kaki pun belum tentu boleh tebus apa yg akak buat. Suami akak malu dgn adik ipar.
Kata suami "saya dah malu since ayah mati lg sbb tak boleh membantu mak. Sampai dia terkontang kanting seorang diri tolong support family, bg duit supaya adik2 boleh sekolah, korbankan nafkah isteri lagi. Awak buat perangai pulak."
Kesannya sekarang adik ipar kena naik turun mahkamah syariah, biras akak dah tak tahan, dia tuntut melalui mahkamah syariah sama ada cerai ataupun tuntutan nafkah. Dia menang hak dia. Adik ipar akak kena sediakan rumah lain memandangkan rumah MIL ramai lelaki bukan muhrim so tak boleh utk dia tinggal kat situ masa adik ipar pergi kerja, belanja dapur, nafkah anak mereka, belanja peribadi isteri (biras). Huru hara hidup adik ipar akak. MIL sedih sampai demam2 sebab adik ipar tension asyik bergaduh.
Itu 1 perkara, lagi satu, adik ipar akak terpaksa bayar balik nafkah yg tak diberi sepanjang perkahwinan.
Dalam keadaan tu memang adik ipar akak boleh bayar semuanya dgn gaji dia tapi kesan lebih besar bila jadi macam tu siapa nak hulur kat MIL memandangkan adik2 ipar yg lain pn bukannya kerja bagus2. Terpaksa la suami akak mencatu apa yg patut di rumah kami utk sama2 tampung perbelanjaan di rumah MIL.
See, semuanya berbalik kepada diri sendiri jugak akhirnya. Sendiri yg cari penyakit, Allah balas balik kat dunia lg. Biras akak dah senang lenang boleh duduk rumah sendiri, tak perlu pening kepala tlg jaga family MIL. Akak yg kena potong ASTRO, bila MIL sakit terpaksa balik kampung segala sbb suami berkeras, malu sgt2 dah.
Sampai sekarang biras akak tak balik rumah MIL. Adik ipar pun dtg sorang jenguk kadang2. MIL memang menyesal jugak dgn apa yg jadi sebab dia pun sesama campurtangan backup akak, sbb pada dia akak kan baik masa tu.
Kata MIL "Mak tak layak nak kecik hati dgn dia. Mak dah byk buat dosa huru hara kan hidup dia sedangkan dia yg byk tolong mak selama dia dok sini. Mak je yg buta sgt."
See, semua ni bermula dari detik berkumpul sesama family besar. Tak jaga adab. Tak hormat sesama sendiri. Apa yg adik Tuan Rumah cakap tu ada benar nya.
Mungkin untuk sesetengah orang tak paham bila dia bahasakan menantu as tetamu, as org luar yg diupgrade. Dia cuma nak kita faham yg walau mcmana pun kita dianggap sbg family, macam mana pun kita tak batal wudu' dgn in laws sampai akhirat tapi bukan hak kita sbg menantu utk bertindak sesuka hati dalam family in laws. Kita bukan darah daging mereka, kita tak membesar bersama mereka. Ada 1 part kehidupan mereka yg kita ni sbg menantu pun tetap org asing.
Jgn jadi anak dan menantu yg memecahbelahkan family. Raya bukan hari untuk menjadi titik perpeceahan keluarga. Sama2 la beradab dalam keluarga.
Tuan rumah, akak support dik!
– Ipar & biras
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Tahniah akak dah insaf..moga family akak dgn biras tu bersatu semula akhirnya
Baiklah..
biasalah org perempuan ni suka dengki mendengki tak leh tgk org lebih. syukurlah awak sedar akhirnya. ada sesetengah org dah jadi camni tak sedar2 jugak. satu masjid dah musnah. doa je la supaya semuanya baik2_ belaka.
masyaAllah kak.. kesian biras sampai keguguran..
Mcm cite tu la…almost same..tp yg tu kakak ipar anak kpd MIL..bkn lelaki tu…adik ipar yg lelaki tu mmg anak MIL tu…haaa..kan da pening..smpai prmpn tu tuntut cerai dan da complete hidup dia..
Kan. Sy pn terfikir benda yg sama. Tp citer tu suami kakak ipar dia lgsg xkeja n 100% mengharapkn dia n MIL xsakit kn. Yg ni keja tp ckup2 jek utk famili sndrik.
terlajak perahu boleh diundur.. terlajak kata dan perbuatan buruk padahnya..tapi bab gaji cukup tu.. hulur la kat mak abah mertua walaupun sikit..inshaAllah ade rezeki kite tu nnt.. xdpt didunia tp di akhirat☺️
Berusahalah minta maaf selalu terhadap biras, adik ipar dan mentua. Mungkin suatu hari mereka akan hilang rasa marah terhadap awak dan berbaik di antara mereka. Itu je yg awak boleh buat skg utk cuba perbetulkan keadaan.
Alhamdulillah. Cerita ni bole jadi teladan.
Jahatnya la ko kan…tp nasib ko dh berubah…nasib ko sedar ko salah time tu