“nak sabar yah, mamak/Bapak dah takda” cc Perantau

Para perantau, aku pasti kamu semua amat takut dengar panggilan ni kan. “Nak, sabar kamu yah, Mak/bapak dah takda.” Boleh dikatakan panggilan ni lah panggilan maut bagi seorang perantau yang pergi belajar mahupun pergi bekerja jauh dari rumah halaman.
Yes! Aku pun menerima panggilan ni. Terima panggilan dari bapak “ nak, sabar yah kau disana, mamak ndakda sudah.” Apa yang kamu jangka kamu buat kalau terima panggilan macam ni? Aku? Aku yang sorang anak perempuan dalam keluarga amat-amat terkejut, tergamam. Air mata berjujuran macam air terjun bila menerima panggilan tu. Suara tangisan bergema diseluruh kawasan hostel. Aku dah tak kisah orang dengar tangisan aku tu, yang pasti kesedihan aku nak lepaskan semuanya. Aku tak kisah kalau orang nak cakap kena rasuk ke apa, aku tak kisah. Yang aku kisah aku nak jumpa Mak aku kali yang terakhir dan kucup dahinya cium kakinya!

Telefon berdering tanpa henti dari keluarga. Mana tidaknya, aku belajar dekat Negeri Kelantan dan kampung aku dekat Tawau, Sabah. Kalau nak balik mestilah naik Flight kan. Ketika mendapat panggilan tu, jarum jam telah menunjukkan pukul 9.15pm. flight nak balik ke kampung pun hanya ada pada keesokan paginya. Tapi yang membuat aku pening adalah bagaimana nak pergi ke Kuala Lumpur dahulu. Aku dah tak kisah pasal duit, even aku dah nak kering masa tu, tapi ada saja rezeki untuk aku beli tiket masa tu. Dengan pertolongan ahli keluarga dan sahabat-sahabat dunia akhirat dapat lah aku balik malam tu ke KL dahulu. Sepanjang perjalanan pulang, aku pasti, kamu akan terimbau kembali kenangan dengan arwah mak/bapak ketika disaat hidupnya. Mengenang balik perangai kita dengan mereka, bagaimana kita melayan mereka ketika hidupnya, adakah kita ni anak yang baik kepada mereka atau anak yang menyusahkan. Pelbagai persoalan dan pertanyaan yang bermain dikepala. Dan apa yang pasti, kita tidak dapat sudah untuk membahagiakan mereka didunia sebagaimana cita-cita kita.
Kamu kuat tak bila kamu balik-balik rumah je, sekujur badan yang dah tak bernyawa terbaring dekat ruang tamu kamu? Apa perasaan kamu? Apa riaksi kamu? Sebagaimana drama filem di tv tu, macam tu lah keadaannya.

Hari-hari gembira sudaah pasti tidak ada lagi kehadirannya disisi kita. Dan aku yang baru sahaja kehilangan amat merasai kehilangan ini, raya macam biasa dah, takda persiapan bersama mak/bapak, takda dah masak bersama, berbual bersama, makan bersama. hanya kenangan yang ku ada dihari bahagia.
AL-FATIHAH KEPADA ARWAH MAK DAN BAPAK KITA YANG TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH.

Dan bagi aku yang merasai pengalaman ni, aku tak menyesal merantau jauh dari rumah, sebab setiap perjalanan tu memang dah ditulis oleh Allah. Merantau lah selagi kudrat dikandung badan. kerana merantau lah yang mengajar dan memberi erti sebuah kehidupan. maka, MERANTAULAH!!

Maaf lah panjang pulak entry ni, tapi aku just nak share pengalaman seumur hidup yang takkan dilupakan terutama seorang perantau yang jauh dari kampung halaman.

Terima kasih kamu sudi baca. Selamat Hari raya Aidilfitri semua!

– zuerashi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Strongest girl, you win! Kalau merantau dalam negara, okay lagi. Kalau yang luar negara ni, makan masa dua hari nak sampai. Sepanjang dua hari tu boleh gila teringatkan kenangan lama. Moga aku dijauhkan dari situasi ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *