Assalamualaikum.. Sebelum start bercerita aku nak bagitahu aku ni belajar dekat universiti biasa biasa je? Hahahaha mesti nak marah kan dgr universiti biasa2 je? Maksud aku biasa biasa tu universiti yg masih baru dan bukan universiti yg dh lama berkembang maju. Masa aku masuk universiti pun last choice dalam list upu aku. Tapi aku still bersyukur sbb aku masih diberi kesempatan utk sambung belajar nak compared dgn org lain yg tak dapat sambung mana mana.
Aku nak start cakap pasal pointer. Masa sem awal awal aku sambung belajar pointer aku biasa biasa je. Cukup cukup makan. Lepas la 3 pointer. Masuk sem 2. Aku bekerja keras sikit. Time exam tu, kalau rajin aku stay up lah. Kalau tak, takde lah. Alhamdulillah pointer aku naik sikit tapi still tak lepas target aku. Tapi takpe. Aku still bersyukur sbb pointer meningkat. Masuk sem 3, tu aku dah mula rasa takut. Time belajar tu mmg aku mcm main main masa masuk kelas tu. Dengar tak dengar je dlm lecture. Tapi tang assignment n final exam mmg aku pulun habis buat yg terbaik. Lagi2 time final exam. Memang malam sebelum exam tu aku tak tidur langsung study pulun habis. Takut jugak blur tapi style aku study kalau lagi banyak tidur lagi blur. So sbb tu aku tak tidur byk mlm sblum exam tu. Alhamdulillah. Result sem 3 tu pointer aku naik mendadak. Aku dapat dekan. Daripada pointer aku sem 2 dapat 3.27 meningkat sehingga 3.7. Alhamdulillah. Pointer aku pun maintain lah sampai skrg sem 5. Dan cgpa aku dari rendah aku dapat capai target aku utk dapatkan dekan. Semua atas izin Allah. Apa yg aku kekalkan ialah effort masa study week n hari sebelum exam tu. Mmg aku pulun tak ingat dunia. Cuma time kelas tu aku masih tak insaf lagi lah heheh. Assignment pun ada jugak yg kdg2 buat last minit. But still Alhamdulillah dapat jugak carrymark yg okay. Cuma kadang ada la jugak subjek yg carry mark still rendah.
Apa yg aku nak cerita kat sini, aku tak pernah terfikir pun boleh dapat pointer setinggi tu. Mungkin bagi org lain takde lah byk sgt. Tapi aku bersyukur sgt. Sebab masa aku study zaman sekolah result upsr dan pmr aku tak memuaskan langsung sampai mak ayah aku pun kecewa gila dengan aku. Masa spm je result aku naik sedikit. Masa zaman matrik pulak aku tak pernah merasa pun dapat pointer dekan walhal kawan kawan aku semua 4 flat. Padahal kitorang semua study sekali. Masa aku kecewa tu abang aku pernah pesan kat aku. Dia cerita dia ada kawan. Kawan dia selalu fail dlm exam. Pmr, spm semua dapat sikit je A. Tapi dia lah yg dekan setiap sem bila dah masuk universiti.
Bila aku ingat balik pesan abang aku tu aku tersenyum sorang sorang sekarang. Baru aku faham. Baru aku faham kenapa time sekolah dulu aku tak dpt 5A,9A mcm org lain. Kenapa aku tak dpt dekan mcm org lain kat matrik. Baru aku faham sbb Allah nak bg dekan tu time aku kat universiti sekarang ni. Alhamdulillah. Sekarang aku menunggu keputusan exam sem 6. Takut jugak result menurun tapi aku serahkan semua kat Allah. Aku dah cuba sehabis baik.
Sesiapa yg tak dapat result tinggi tu jgn sedih sedih sbb Allah dah tetapkan rezeki kita. Mungkin belum lagi kan. Atau pun mungkin rezeki korang time kerja nanti kan. Tapi berdasarkan pengalaman kakak n abg aku, orang zaman sekarang mmg pilih orang utk ambik jd pekerja berdasarkan pointer. Sebab tu pointer penting sgt. Mmg orang kata pointer bukanlah segalanya tapi at least pointer ni bekalan kita utk kerja n sambung belajar nanti. Tapi kalau takde rezeki nak buat mcm mana kan at least korang kena try the hardest effort korang selama korang belajar. Jgn korang study malas malas pastu cakap "emm takde rezeki nak dpt pointer tinggi nak buat mcm mana" haa yg tu korang sendiri yg tolak rezeki. Inshaallah Allah tak pndang hasil kita tapi Allah pndang Usaha kita. Kepada sesiapa yg masih sedang belajar tu do ur best okay. Bukan utk korang sendiri pun demi mak ayah yg dah susah penat cari duit utk bagi korang belajar. Peace yow
– Miss F
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit