assalamualaikum w.b.t.
first of all, terima kasih admin sebab approve confession ni. tujuan aku menulis disini bukan sebab nak mengaibkan sesiapa dalam ahli keluarga aku, cumanya aku harap apa yang aku post bakal dijadikan iktibar untuk semua. aku tak pernah cerita perihal keluarga aku pada sesiapa even kawan baik aku sendiri dan aku rasa medium ni tempat terbaik untuk aku luah semua benda ni.
aku anak bongsu dari 5 beradik. ada 3 orang abang dan seorang kakak. alhamdulillah, kakak dan 2 orang abang aku dah selamat mendirikan rumah tangga dan mereka dah pun dikurniakan dengan beberapa orang anak. total anak buah aku setakat ni semuanya 10 orang dan yang paling besar baru nak masuk tahun 6.
mak aku sakit dan ayah aku pun tak berapa nak sihat sangat. apa yang aku nak cakap kat sini, aku rasa kakak dan abang2 aku dah buat mak ayah aku macam hamba dan nursery anak2 mereka. mana taknya, tiap kali kakak aku balik dari kerja, anak2 semua dia hantar kat rumah mak aku. sedangkan dia bersenang lenang kt rumah dengan alasan nk berehat sekejap sebab penat bekerja. mak aku sakit, ayah aku tak sihat, tapi terpaksa jaga anak2 kakak aku. typical budak-budak mestilah nakal dan tak boleh duduk diam. kadang-kadang aku kesian tengok mak ayah aku dengan penat memasak untuk kakak dan abang-abang aku, baru je nak rehat tapi terpaksa jaga cucu-cucu pulak.
tambah lagi mak aku ni walaupun sakit tapi dia jenis yang suka jaga kebersihan dan suka kemas rumah. senang cerita, dia tak boleh tengok rumah bersepah. tapi kakak dan abang-abang aku ni jenis tak faham or senang cerita takde common sense. bila diorang datang je rumah mak, rumah tu jadi macam tokang pecah dan lepastu boleh je balik rumah tanpa kemas langsung. dengan jajan yang merata bersepah, dengan air yang tumpah xde siapa nak lap, dengan keadaan pinggang mangkuk tak tolong basuh. lastly memamg ayah aku je yang settlekan semua benda tu.
aku ni belajar. kadang-kadang je hujung minggu aku balik rumah. pernah aku buat keputusan nak berhenti belajar sebab aku kesian tengok mak ayah aku dekat rumah. aku rasa kakak dan abang-abang aku buat mak ayah aku macam bibik tak bergaji kat rumah sendiri. pernah aku menangis masa kt universiti sebab tak sanggup tengok keadaan mak ayah aku macam tu. tapi mak dan ayah aku tak pernah merungut walau aku tahu dorang penat. aku pulak tak nak la jadi batu api untuk mak ayah aku. walau aku geram kakak dan abang2 aku layan mak ayah aku macam tu, aku tak pernah suarakan pada mak ayah aku.
lagi satu yang aku paling geram dengan kakak aku ialah pasal aurat. aku ni adik perempuan dia, dia seharusnya faham. yang abang ipar aku ni pulak jenis suka melepak dekat rumah mak ayah aku. dan tiap2 kali dia datang tu bukan sekejap tapi berjam lamanya.. yang aku ni memang bertutup litup dr atas sampai kebawah la. aku bukannya nak pertikaikan benda tu, tapi tolonglah ada common sense. kadang-kadang tu aku nak mandi pun fikir 2 3 kali sebab segan. dengan keadaan cuaca yang panas sekarang ni, korang fahamla perasaan aku mcmana. aku pakai tudung, baju lengan panjang dengan stoking walaupun nak memasak kat dapur sebab abang ipar aku ada kt rumah. aku tak mintak banyak cuma aku mintak kakak dan abang ipar aku faham je situasi aku. aku bukan nak pertikaikan terpaksa tutup aurat, tapi biarlah ada common sense. sepanjang aku balik rumah, sepanjang tu jugak dia nk melepak kt rumah. aku rasa aku tak pernah ada privasi dekat rumah sendiri. mak ayah aku pernah jugak bagi hint dekat kakak dan abang ipar aku, tapi tetap jugak macamni dah 4 tahun dah aku terpaksa hadap benda ni.
apa yang aku nak tekankan kt sini, tolonglah untuk yang bergelar anak tu jangan buat mak ayah korang macamni. korang yang beranak pinak, korang la yang patut jaga anak-anak korang. mak ayah dah tua bukan masa untuk jaga budak-budak lagi. korang patut sedar dengan tanggungjawab korang bila korang dah kawin. aku bukan malaikat, dan aku pun bukan orang baik. cuma apa aku harap, apa yang aku confess kat sini tolong jadikan iktibar. taknaklah sebab benda kecik macamni kita nk bergaduh semua. cuma biarlah ada "perasaan" kesian dekat mak ayah tu.
– miss y :)
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Bersabarlah miss y :) insyaAllah, ada masa awak tlg mak ayah.. tlg urutkan badan mereka, tlg masak lauk kesukaan mak ayah.. meriahkan suasana kt rmh.. sy yakin mak ayah awk akan happy, bersyukur. Biarlah kakak dan abg awk buat cmtu.. teruskan berdoa moga2 one day mereka sedar. Dan selagi awk ada masa dgn mak ayah, awk gembirakan hati mereka.. tahniah miss y. Awk anak yg baik! :)