Assalamu'alaikum
First of all, i would like to thanks for reading this confession :)
Kisah yang mahu saya confess, berkaitan dengan tajuk di atas 'mak abah' saya tak sama dengan 'mak abah' orang lain. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga besar…mak abah pula sibuk bekerja demi kami, anak-anak mereka. Dari saya kecil sampai dah dewasa…Alhamdulillah.. saya ada mak abah yang sporting.
Masalah terbit bila mengenangkan mak abah yang jauh tali Allah. Sebagai seorang anak, saya mengharapkan supaya suatu hari nanti kami sekeluarga dapat berjemaah dalam melakukan ibadat pada-Nya. Bukan tak pernah menasihati, tapi selalu berakhir dengan rajuk dan terasa hati..kadang2 terasa nak putus asa tapi hingga kini, saya tak pernah berhenti berdoa..setiap Kali nampak parents yg ala2 islamik, saya mesti teringatkan mak abah…
Saya kurang pendidikan agama, walau cukup keperluan materials. Walau bekerja, adakalanya financial keluarga goyah,tapi saya selalu bersangka baik dengan Allah..rezeki setiap hamba, Allah lebih tahu. Walau jauh di sudut hati saya tahu, keberkatan rezeki sebenarnya berkait dgn sebaik mana hubungan kita dengan Allah. Mungkin kurang keberkatan dalam sesuap nasi yg mak abah beri kerana faktor ini.
Betul kata bijak pandai, mak abah kita mencorak peribadi anak2. Perbuatan mak abah sebelum mereka kahwin, akan terpamer melalui anak2. Baru saya faham yg pemilihan pasangan sebelum nikah amat penting, sejajar pesanan Rasulullah SAW yang mnganjurkan agama sebagai syarat utama. Saya sebagai anak,nampak benar kesannya.
Harapan Dan doa saya agar keluarga saya kini hidup berlandaskan syariat meskipun kami belum setapak melangkah dalam hidup yg Allah redha. Sebuah keluarga bahagia nanti.
Doakan kami.
– Ryuzaki
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit